BAB 8
Panggilan yang
aku terima dari Aril sepupuku tadi betul-betul membuatkan aku gembira.Sudah tiga
tahun kami tidak berjumpa kerana dia melanjutkan pelajarannya ke Jepun.Sebelum
dia berangkat ke Jepun dia sudah berjanji apabila balik nanti, akulah orang
pertama yang dia ingin jumpa.Sebenarnya kami sentiasa berhubung melalui
Facebook dan laman Chatting.
Aril adalah
sepupuku yang paling rapat denganku tambahan kami sebaya dan membesar bersama.Aril
anak sulung daripada empat beradik.Emak Aril adalah adik kepada abah aku.Aril
lelaki yang sederhana tetapi baik hati.Kalaulah dibuat anugerah pertandingan
sepupu lelaki paling romantik sudah pasti Aril menjadi pemenangnya.Aku senang
sekali jika berada disamping Aril, mungkin kerana dia yang suka mengambil berat
tentang diri aku.
Teringat aku
semasa aku ditingkatan satu semasa aku mula-mula datang bulan, aku masih tidak
pandai menyesuaikan diri dalam keadaan begitu.Entah macam mana, kain sekolah
aku ditembusi darah.Aku hanya menangis kerana malu dan bimbang menjadi ejekan
kawan-kawan lelaki.Arillah yang datang memujuk aku walaupun kami berlainan
kelas.Lucu bila aku terkenangkan peristiwa dulu-dulu, bodoh sungguh aku waktu
itu.Keakraban aku dan Aril menyebabkan kami menjadi bahan ejekan.Tapi itu semua
aku tak ambil peduli.Dia orang bukan tahu pun kenapa aku dan Aril seakrab
itu.Namun ditingkatan tiga Aril bertukar ke Sekolah Teknik aku pula masih di
sekolah lama.
“Hoi! Termenung
jauh nampak..dah sampai kemana?” Sergah Azrul membuatkan lamunan aku terhenti
disitu.
“Ish!kau ni
Azrul, aku baru nak beli tiket kapal terbang..kau dah potong …jadi tak sempat
sampai ke destinasi lagi..” Jawabku.
“Kau ni kan
kalau bercakap mesti guna ayat yang susah nak faham… selalu aku kena pikir dulu
apalah maksud yang kau cakapkan.”
“Oh! Aku
biasalah bakal sasterawan Negara memang bercakap menggunakan bahasa yang susah
nak faham. Aku rasa kau kena pergi kelas bahasalah, tingkatkan pengetahuan
bahasa. Tu belum lagi aku berpantun….”
“Banyak la
pantun kau..” kata Azrul.
“Azrul… Mr. Leong
ada tak hari ni?” Perlahan suara aku bertanya.
“Ada..dalam
bilik dia..kau tak nampak ke masuk tadi?”
“Tak..aku rasa
bos kita tu boleh jadi halimunan kot.. tu pasal aku tak nampak dia masuk.”Aku
dah mula melalut.
“Jangan nak
merepek… kenapa kau tanya dia?”
“Aku nak cuti
empat hari.Ada hal emergency.”
*****
“Diana! Esok
sampai Jumaat aku cuti.Sepupu aku Aril, dia nak datang rumah.”
“Oh! Aril nak
datang… hrmm..lama betul aku tak jumpa dia.. macam mana dia sekarang?”
“Macam tu lah
juga..tak berubah pun.”
“Bila kau sebut
nama Aril aku terus teringat masa zaman kita sama-sama sekolah dulu. Ya Allah
nakalnya dia tu..dah la palingsuka buli orang. Tapi kalau orang buli kau mesti
dia siaplah orang tu dikerjakan.”
“Dia sayangkan
aku, mestilah dia protect aku..tambahan pulak..kan mak aku yang jaga dia masa
dia kecil, bukan kau tak tau kita kan kawan dalam perut sampailah keluar dari
perut pun kita masih lagi rapat.”
“Ezran tau tak
yang kau nak cuti ni?” Tanya Diana. Ish! Diana ni baru je aku nak bergembira
menyanyi lagu Lalalala… dah potong angin aku.
“Tak…” Ringkas
jawapan aku.
“Kau bagi tau
dia juga..sian dia nanti… jangan buat
diam je.. susah sangat ke nak hantar sms, bukan rugi sangat pun.. aku kesian la
tengok dia.”Diana mula membebebl. Mungkin hari ini telinga aku akan hangus
dengan bebelan tanpa henti.
“Yes madam!
Nasihatmu terpahat di dalam hatiku selamanya.”Aku tersengih. Diana
menyambungbebelan free tanpa wayar.
Satu persatu bebelan
Diana keluar dan masuk dari telinga kanan ke telinga kiri. Sambil aku mendengar
dia membebel aku menghantar satu sms kepada Ezran memberitahu aku yang aku akan
bercuti. Dia juga tak perlu risau kerana aku pulang ke kampung.Pesanan
ringkasku tidak berbalas, mungkin dia sedang sibuk dengan kerjanya.Aku lihat
Diana berlalu ke dapur.Haus agaknya setelah penat membebel.
Aku tersenyum
senang hati apalah perancangan yang aku nak buat untuk menyambut kedatangan
Aril.Masih belum ada idea yang terlintas di dalam fikiranku.Deringan handphone
mematikan idea yang baru nak muncul.
“Hello…
Assalamualaikum…” Suara seorang perempuan dihujung talian.
“Waalaikumsalam…
boleh saya tau siapa bercakap ni?” Tanyaku hairan. Aku langsung tak kenal suara
perempuan ni.
“Saya Elya… Saya
nak..”
“Elya??Apa hal?
Dari mana kau dapat nombor telefon aku ni.” Belum sempat Elya menghabiskan ayat
aku memotong cakapnya.Hairan aku, dari mana dia dapat nombor telefon aku.
“Tolonglah
Ros..saya nak jumpa awak hari ini.. saya betul-betul ada hal penting.. awak je
yang boleh tolong saya... tolonglah.” Elya merayu.Sedih bunyi suaranya dihujung
talian. Aku ni pula kalau ada yang merayu mulalah aku kasihan. Serba salah aku
dibuatnya. Nak tolong ke tak..nak tolong ke tak. Hati aku berbelah bagi.
“Hrmm.. oklah
awak tunggu saya kat kedai dua ringgit depan bank tu… kebetulan saya nak balik
kampung ni.” Jelasku.
“Terima
kasih..saya tunggu awak kat sana.” Kata Elya.Perbualan kami tamat disitu
sahaja.
Aku bergegas
masuk ke bilik, mengambil dua helai baju t-shirt untuk dibawa balik ke
kampung.Laptop, broadband, handphone adalah barangan wajib yang perlu dibawa
bersama.Aku meminta Diana menghantar aku stesen bas.Namun aku rahsiakan
pertemuan antara aku dan Elya daripada pengetahuan Diana.
*****
Laju kaki aku
melangkah ke kedai dua ringgit.Pasti sudah lama Elya menunggu aku disitu.Dari
jauh aku sudah nampak Elya berdiri di hadapan kedai.Termengah-mengah aku sampai
dekat Elya.
“Elya..Sori
..aku lambat sikit.. by the way.. kenapa angin takde ribut takde kau nak jumpa
aku ni? Ada masalah ke?”Aku bertanya.Muka Elya yang lemah seperti orang hilang
semangat aku pandang tepat.
“Aku nak..nak…”
belum sempat Elya menghabiskan kata-kata berjurai airmatanya keluar. Aku dah
mula serabut. Apahal pula minah ni..boleh pulak ada scene menangis kat tengah
orang ramai macam ni.
“Adoi..kau ni
kenapa menangis pula.. bukan aku lempang kau pun.. masa kau lempang aku dulu..
aku tak nangis pun.. Hey.. Elya jangan macam..cuba kau cerita apa masalah kau
sebenarnya. Aku tak de masa ni..kejap lagi bas aku sampai.”
“Aku nak minta
tolong dengan kau..tinggalkan Doktor Erlanda.. tolonglah aku..aku merayu.. aku
sanggup melutut pada kau.. tolong tinggalkan dia.. aku betul-betul cintakan
dia.. tolonglah aku.”Kata Elya sambil memegang lenganku tiba-tiba.Aku rimas
bercampur kasihan, perlukah aku bagi nasihat kepada Elya. Aku ni pula nak balik
ke kampung, karang pasal tak pasal kena tinggal dengan bas pula. Aduh! Serabut
alam sekitar betul.Walau macam manapun aku perlu selesaikan masalah ini
dahulu.Baru senang hati. Tenag
Ros..tenang semuanya dalam kawalan. Aku bermain dengan emosi sendiri.
“Okey-okey..macam
ni.. jom kita pergi minum dulu…” Aku menarik tangan Elya menghala ke
Kopitiam.Elya pula hanya menurut ajakan aku.
Sampai ke
Kopitiam terus aku mencari tempat duduk yang agak privacy sedikit untuk
berbincang.Kami sama-sama duduk.Elya tersenyum tawar memandang aku tetapi aku
tersenyum ikhlas.
“Aku betul-betul
cintakan dia.. kau tolonglah aku.” Tukas Elya.
“Ye..aku tau kau
cintakan doktor tu.. aku tak kisah.. tapi soalnya kau tanya tak dengan Doktor
Erlanda.. dia sukakan kau ke tak?” aku bertanya Elya. Niat aku bukan untuk
memalukan dia tetapi untuk menyedarkan dia tentang hakikat sebenar.
“Aku dah tak
kisah dengan semua itu aku sanggup buat apa saja untuk Doktor Erlanda.. Cuma
aku tak mahu ada yang menjadi penghalang cinta aku. Masalah aku sekarang ni..kau yang menjadi
penghalang cinta. Disebabkan kau Doktor Erlanda berubah hati dan nak bertunang
dengan kau. Tak adil! Tak Adil!” Keras suara Elya membuat kenyataan.Aku
mengawal emosi aku sebaiknya supaya tidak menimbulkan apa-apa masalah antara
aku dan Elya. Aku rasa Elya ni memang dah psiko. Confirm dia tak sedar apa yang
dah berlaku ke atas diri dia.
“Macam nilah
Elya, aku tak suka nak berebut-rebut benda yang remeh-temeh macam ni. Aku rasa
elok kau jumpa dengan doktor yang kau cinta sangat tu. Aku tak nak masuk campur
hal macam ni..aku pening la.” Aku berasa sedikit cuak. Bosan dihimpit masalah
cinta bersegi-segi macam ni. Kenapalah si Elya ni takde perasaan malu. Sanggup
merayu-rayu, memaki, memarah dan memukul demi mendapatkan cinta yang tak pasti.
“Tolonglah
aku..aku harap kau tolong aku.. aku betul-betul mengharap doktor tu akan jadi
milik aku.. aku merayu pada kau.. aku sanggup buat apa saja demi mencapai cinta
aku..” Elya menangis semula.Aku mula berasa tak sedap hati kerana perangai Elya
boleh bertukar-tukar sekali marah sekali menangis.Bimbang juga kalau dibuatnya
tiba-tiba Elya ketawa.
“Elya..bertenang
ok.. aku nak kau balik rumah dulu.. nanti aku cakap dengan Doktor Erlanda yang kau
cintakan dia sangat-sangat.” Kataku memujuk. Aku terpaksa buat begitu kerana
aku lihat Elya seakan boleh hilang pertimbangan dan akan bertindak agresif.
Walaupun aku bukan doktor psikologi tapi aku selalu membaca info tentang
masalah psikologi jadi dari wajah Elya sudah menggambarkan dia di dalam keadaan
tertekan.Lebih baik aku pujuk dia supaya dia tidak bertindak agresif.
“Betul..janji
ye… beritahu doktor yang aku sangat mencintainya sepenuh hati.” Kata Elya. Dia
berhenti menagis wajahnya tiba-tiba bertukar ceria.
“Betul..aku
janji..” Kataku ringkas sambil tersenyum.Elya bangun dan meminta diri untuk
pulang.Kelihatan dia begitu senang hati berjalan keluar dari kopitiam sambil
bernyanyi.Dia tak mengendahkan orang yang sedang makan dan minum memandang ke
arahnya.Aku pula hanya menggeleng-gelangkan kepala melihat kelakuan Elya.
Aku menghirup
milo panas yang sudah menjadi suam perlahan-lahan.Aku ingatkan cerita Elya
Penagih Cinta dah tamat masa kat hospital dulu.Rupa-rupanya masih ada lagi
kesinambungan cerita.
“Hoi! Jauh
termenung..ingatkan siapa?” Aku menoleh ke kanan.Azrul rupanya.
“Haish! Kau ni
buat aku terkejut je. Nak join..marilah..” Kataku mempelawa Azrul.
“Memang pun nak
join walaupun kau tak pelawa aku. Kata nak cuti kenapa tak balik lagi?”Tanya
Azrul sambil menarik kerusi dan terus duduk.
“Aku dah tau kau
memang tak malu. Nilah aku nak baliklah ni tapi ada hal sikit tadi. Orderlah
aku belanja.”
“Aku heranlah
tengok kau ni..duit tak pernah putus padahal kerja kat syarikat tu berapalah
sangat gajinya. Aku ni selalu je tak cukup. Paras-paras hidung je duit gaji
aku.” Kata Azrul.
“Betul lah tu,
kau pakai kereta, kau hisap rokok banyak belanja tu. Aku ni takde apa yang ada
nak kemana-mana kena jalan kaki. Sebab tu duit aku cukup.”
“Aku tak
percaya.”Kata Azrul sambil menghirup air kopi.
“Tak percaya
sudah. Alamak! Azrul aku kena gerak dah ni. Kejap lagi bas nak jalan pasal tak
pasal kena terlepas bas nanti. Okey lain kali kita borak lagi ye..bye.”
Tergopoh-gopoh aku meminta diri.Tercengang Azrul memandang aku yang berlalu
darinya.Aku terus menonong keluar tanpa menoleh.Sampai dipintu aku terlanggar
seseorang.
“Ya Allah, minta
maaflah encik salah saya tak pandang kedepan. Alamak habis jatuh dokumen
encik.Minta maaf sangat-sangat” Kataku sambil mengutip kertas yang jatuh ke
lantai.
“It’s ok..small
matter.. bukan awak sengaja nak langgar saya.” Katanya.
Kertas yang aku
kutip aku pulangkan ke tuan yang empunya iaitu mangsa langgar aku. Dia
tersenyum memandang aku. Aku mengundur setapak kebelakang dan menganggukkan
kepala tanda terima kasih.Kelewatan aku hari ni boleh menyebabkan aku ditinggal
bas. Aduh! Laju aku berlari menuju ke stesen bas.
*****
Perjalanan
selama lima jam setengah ke Cameron highlands yang melalui Jerantut- Lipis-
Cameron Highlands agak memenatkan. Sepanjang perjalanan hanya Aril yang memandu
aku pula sibuk membuat tahi mata.Sesekali ada juga Aril merungut kononnya
menyesal bawa aku yang asyik tidur.Memberatkan kereta dan membanyakkan
makan.Dia tahu aku kuat makan.Dari awal lagi aku berniat nak rabakkan poket
seluar Aril hari ni.
“Ros..bangun..
dah nak sampai ni.. kita nak ke mana dulu ni?” Tanya Aril.
“Kita isi perut
la dulu..nanti tak larat nak jalan.. dah lah cuaca kat sini sejuk.” Jawabku.Aril
menurut perintahku terus mengahala ke kedai makan.
“Okey Madam.Hari
ini mintalah apa-apa pun.Permintaan akan ditunaikan.”Kata Aril dengan suara
yang agak kuat.
“Hai, dah
memberikan offer yang baik. Peluang depan mata. Kalau orang makan duit orang
lelaki mak mesti marah.Tapi kalau duit Aril mesti mak tersenyum bangga.”Kataku.
Percutian kami
berdua kali ini agak menyeronokkan setelah sekian lama tidak berjumpa.Cerita
kami berdua memang tak pernah habis.Aril tak habis-habis bercerita pengalaman
semasa menuntut di luar Negara.
Sebelah petang
aku dan Aril menikmati The ‘o’ panas bersama wafel berperisa strawberry.
Sedaplah pula makan wafel kat Cameron Highlands ni tak sama macam kat tanah
rendah. Aril asyik memandang aku yang sedang makan manakala dia masih belum
menjamah razeki di depan mata.
“Hrmm.. awak ni
tak berubah langsung.. dari kecil sampai besar tetap macam ni. Aril suka kalau
kita boleh lebih rapatkan bagus..”
“Ha! Jangan nak
main sedap mulut je cakap ingat asal usul kita… Dah! Makan... kata nak pegi
Ladang Teh lepas ni.” Kataku sambil bercakap mulut penuh dengan wafel.Aril
ketawa memandang aku.
“Ingatkan
oerangai dah berubah bila dah besar panjang.Rupanya tetap macam tu juga.
Gelojoh!” kata Aril.
Setelah selesai
makan, aku dan Aril terus ke Ladang Teh Bharat.Kami sama-sama menuruni tangga
menuju ke Ladang Teh.Permandangan disini sungguh cantik.Cuaca yang sejuk dan
terasa nyaman sekali.Entah mana kaki aku terpelecok semasa menuruni tangga.Nasib
baik Aril sempat menyambut aku daripada jatuh tergolek di tangga. Kalau macam
ni tak dapatlah aku nak menikmati suasana kat sini..sedihnya! Kataku dalam
hati.
“Aril macam mana
orang nak turun ni..kaki sakit ni.” Kataku sambil memicit-micit kaki.Aril terus
duduk di sebelahku.
“Meh sini kaki
tu… ni mesti kes tak sabar-sabar nak turun ke bawahkan..rasa-rasa boleh jalan
tak? Kalau tak boleh Aril boleh gendong..kat belakang.”kata Aril tersenyum.
“Boleh jalan
tapi tunggu la kejap lagi.sakit ni.. rasa macam nak nangis woo.. sakit sangat.”Aril
memicit kaki aku yang sakit.
“Kalau macam ni
tak payahlah kita turun ke bawah..dah sakit macam ni macam mana.. karang lagi
teruk.. apa Aril nak jawab dengan mak kalau dah balik nanti.” Aril bimbang
kalau mak marah.
“Ish! Aril ni
macam tak kenal pulak macam mana..takkan lah dia nak marah.. apalah Aril ni.”
Aku ketawa melihat muka Aril yang cuak. Aku bangun, Aril cuba membantu aku
dengan memenang ketiak aku. Kami naik semula ke atas.Niat untuk turun ke bawah
terbatal macam tu saja.
Kami mengambil
keputusan untuk meronda di sekitar Cameron dengan menaiki kereta sahaja.Jagung
bakar yang masih panas kami nikamati sewaktu meronda-ronda memang sedap.Setiap
kali aril keluar membeli aku pula hanya menunggu di dalam kereta dek kerana
kaki yang sakit.Nasib baik Aril nak melayan aku yang banyak kerenah.Inilah masa
aku kenakan dia setelah tiga tahun tak berjumpa.Sempat juga berposing bergambar
dibeberapa lokasi yang kami singgah untuk kenang-kenangan.
Aku bercerita
kepada Aril tentang Ezran.Aril mendengar semua cerita dari awal hingga Akhir
sehinggakan kontrak tak rasmi antara aku dan Ezran aku ceritakan juga.Aril
ketawa berdekah-dekah bila mendengar cerita aku.Aku meminta pendapat Aril
adakah patut aku menerima Ezran dalam hidup aku. Melalui apa yang aku ceritakan
Aril suka jika meneruskan hubungan aku dengan Ezran. Tapi aku seperti tawar
hati hendak meneruskan hubungan dengan Ezran bila terkenangkan Elya.Aku faham
perasaan Elya yang terlalu mencintai. Perlukah aku bukakan pintu hati aku ni?
Tanyaku pada diri sendiri.
“Dia tau tak
kita datang ke sini?” Tanya Aril.Soalannya mengejutkan aku.
“Tau..dah bagi
tau dia semalam.” Kataku.
“Bimbang juga
nanti gaduh pula bawa lari buah hati orang ke Cameron ni.”Aril ketawa kecil.
“Ish!!belum
betul-betul declare lagi.. lagipun kalau
sebab ni pun nak gaduh.. ni dah kira kes cemburu buta… macam lagu kumpulan
Angkasa Band.” Giliran aku pula ketawa kecil.
“Mana kita tahu
hati orang..tapi tak pe kalau ada perkara berbangkit nanti.. bagitau Aril..
senang Aril nak settlekan.” Serius muka
Aril bercakap.
“Takkan
punyalah… dah malam ni jomlah kita check-in hotel..Ros dah siap sewa dua
bilik.”Aku dah terasa penat seharian memusing-musing di Cameron.
“Tak nak ke
singgah beli apa-apa kat sini untuk mak?” Tanya Aril.
“Esok jelah dah
penat ni..kaki pun sakit lagi ni.” Kataku.
*****
Dua minggu Ezran
mendiamkan diri.Aku juga begitu pada telahan ku dia sibuk bekerja sepanjang dua
minggu ini.Diana pun hairan biasanya hanphone aku sentiasa sibuk dengan sms
yang aku terima dari Ezran.Cuma hari ini aku menerima sms dari Ezran menyuruh
aku memasak dan mengemas rumahnya selepas waktu kerja.Dia memberitahu aku supaya
aku menunggu dia balik ada hal yang hendak dibincangkan.Eloklah tu aku pun
macam tu juga nak beritahu dia pasal Elya.
Aku mengaku dalam
hati sudah ada bibit sayang dan rindu bila tak bersua.Setidak-tidaknya hari ini
aku dapat melihat muka dia pun jadilah. Cuma aku tak mahu terlalu menunjukkan apa
yang ada di dalam hati. aku mengajak Diana menemani aku memasak di rumah Ezran
hari ini. Nasib baik Diana sudi temankan aku.Nanti tidaklah bibik menjadi
mangsa menemani aku berbual sehinggakan kerja bibik tak menjadi.
“Diana
perancangan majlis kawin macam mana?Semua beres ke?”Aku mula menyibuk bertanya.
“Semua dah
beres..tapi hantaran mamcam biasa kau buatkan ye.. nanti masa aku kawin kau
ajak la Ezran datang.”
“Pasal gubahan
no problem… aku boleh settle. Tapi kena bayar service charge la.” Kataku
tersengih memandang Diana yang sedang memandu.
“ Hai dengan aku
pun nak kena bayar juga ke? Kalau macam ni kau pergi sorang jelah ke rumah
Ezran..aku tak naklah temankan.” Gertak Diana.
“Mudahnya
merajuk… aku gurau je.”Aku mencebik melihat muka Diana muram.
“Orang berdarah
manis..biasalah sensitive.” Kata Diana membela diri.
“Cuba kau toreh
sikit jari kau tu sampai berdarah..nak juga aku rasa darah kau manis sangat
ke?” Kataku berseloroh.
“Kau ni memang
suka membelit-belitkan ayat..malaslah nak layan kau.. sakit hati je.”
****
“Ros ni gambar
sapa ni?” Ezran menghulurkan handphonenya kepadaku.Aku yang dari tadi duduk
disebelah Diana terkejut dengan pertanyaan Ezran.Aku sambut handphone Ezran
dengan berhati-hati.maklumlah handphone yang aku tak mampu nak beli. Terbeliak
mataku melihat gambar aku bercuti di Cameron Highland bersama Aril di dalam
Handpohone Ezran.
“Macam mana awak
dapat gambar ni?” Soalan Ezran aku tak jawab sebaliknya aku pula membarikan
soalan.Mana tidaknya macam mana gambar aku dan Aril sampai ke tangannya. Mesti
dia pasang spy untuk mengintip aku. Aku tak suka jika diperlakukan begini.Diana
hanya mendiamkan diri tanpa sepatah kata.Dari riak wajah dia nampak Diana
bimbang berlaku sesuatu yang tak baik.
“Kenapa Diana
muka cuak je..kau takut aku gaduh ke?” Aku tanya Diana depan Ezran.
“Macam nilah
korang berbincanglah dulu aku keluar jap..nanti kalau dah settle telefon aku.”
Diana meminta diri.Aku tahu Diana tidak mahu campur urusan peribadi aku. Yang
si Ezran ni pulak macam manalah boleh dapat gambar aku ni. Seingat aku semasa
di Cameron hari tu aku tak nampak pun dia.
“Kan saya dah
bagitau awak yang saya nak ke Cameron dengan sepupu saya.Awak yang tak balas
sms saya. Mak dan abah saya izinkan saya pergi..jadi saya pergilah. Kenapa pula
awak macam tak puas hati.”Aku membuat penjelasan.Bibik tiba-tiba keluar dari
dapur bila dengar kami bising-bising.
“Memang saya tak
puas hati.saya tengok gambar-gambar ni buat hati saya panas je. Awak takkan tak
tahu batasan..boleh je awak bergambar siap peluk-peluk bahu sepupu awak. Siap
ada lagi adegan berpimpin tangan kat tangga ladang teh. Apa ni..saya percayakan
awak.. tapi awak buat saya macam ni. Murahnya awak ni..dengan sepupu pun boleh
jatuh hati.”Ezran tak dapat kawal perasaan.Bibik masih tercengang-cengang
melihat kami berdua.
“Apa awak cakap?Murah?
Hrmm… lain kali kalau nak menuduh biar berasas..saya pun tak sangka awak hantar
spy suruh ikut saya.. lain kali kalau dah tahu saya murah.. awak carilah
perempuan yang mahal. Terima kasihlah encik doktor!”Kataku terus keluar dari
rumah Ezran tanpa mengucapkan selamat tinggal.
Aku berjalan
kaki dalam kepekatan malam menuju kerumahku.Ezran mengejar aku dari
belakang.Aku tak endahkan panggilannya.Apa yang terucap dibibir itulah hakikat
bagiku. Dia menilai aku murah.Seharusnya dari awal lagi aku sedar siapa diri
aku yang sememangnya tidak sepadan dengan Ezran. Aku berlari dengan pantas supaya Ezran tidak dapat bersaing
dengan aku.
Sangkaan aku
meleset sama sekali, Ezran dapat menyaingi aku. Entah macam mana mungkin kaki
aku yang terpelecok masa di Cameron masih belum pulih sepenuhnya aku
terjatuh.Habis siku aku berdarah.Ezran mendapatkan aku.
“Ros kenapa awak
lari? Saya minta maaf..saya tak dapat kawal perasaan saya tadi.. awak..” Kata
Ezran sambil cuba membantu. Airmata aku dah mula mengalir kerana sakit akibat
jatuh dan ditambah dengan sakit hati.
“Awak dah maki
saya..senangnya awak nak minta maaf.. mudah sungguhkan. Dahlah tak payah bantu
saya..saya boleh bangun sendiri. Selama ni pun saya boleh je hidup sendiri.
Lagi satu, lepas ni tolonglah jangan mudah membuat andaian sendiri tanpa
periksa. Perkataan murah yang awak keluarkan tadi adalah hinaan bagi orang
kelas bawahan macam saya.”Aku berkata sambil menyapu darah disiku.
“Ros..jangan
macam tu.. tolonglah memang salah saya.. cakap awak macam tu.. memang mulut
saya ni teruk.. jahat.. saya tak patut cakap macam tu tadi.. pada mulanya saya nak kawal perasaan saya
sebaiknya tapi saya tak boleh.” Ezran merayu. Dia cuba memegang tanganku tapi
sempat aku merentap.
“Doktor… saya ni
murah..murah sangat.. orang macam saya bersepah dekat pasar malam.. kat tepi
kaki lima pun banyak.. carilah orang yang mahal setaraf dengan doktor.. lagi
satu Elya tu cinta sangat dengan doktor.. dia jumpa dengan saya sebelum saya
bercuti. Doktor balaslah cinta dia.”
“Tak..saya
sayang awak sorang je.. tolonglah maafkan ketelanjuran apa yang dah saya cakap
tadi.. tolonglah.”
Aku melangkah
meninggalkan Ezran menuju ke taman tempat aku jogging kerana disitu ada jalan
pintas balik kerumah sewa. Ezran masih tak berputus asa mengekori aku sambil
meminta maaf berkali-kali.Aku yang berasa tidak selesa dengan Ezran berhenti
seketika.
“Awak..untuk
pengetahuan awak.. Aril tu sepupu saya..kami adik-beradik susuan dari kesik mak
saya yang jaga dia sebab mak dia tak sihat lepas melahirkan dia.. kami tak
batal air sembahyang.. tak boleh kawin.. jadi tak jadi masalahkan kalau kami
bergambar macam tu. Dan untuk pengetahuan awak kaki saya terpelecok masa nak
turun ke Ladang Teh. Disebabkan kaki saya yang cedera tu..Aril pimpinlah saya.”Aku
memberi penjelasan.Terkedu Ezran mendengarnya.
******
TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI MEMBACA...
ReplyDelete