Tuesday 30 October 2012

CINTA KFC BAB 15



BAB 15

Ezran memberhentikan kereta betul-betul dihadapan pintu pagar rumahnya. Ada dua buah kereta parking di porch depan rumahnya. Satu kereta Danish dan yang lagi satu kereta ayah Ezran Nissan Murano.

“Saya minta sangat awak pandailah menyesuaikan diri dengan keluarga saya. Bolehkan.” Pinta Ezran. Aku angguk. Kami sama-sama turun dari kereta berjalan masuk ke rumah. Kelihatan Danish sudah menunggu kami di muka pintu.

“Ibu....ayah.... anak menantu dah sampai.” Panggil Danish seraya tersenyum. Cepat ibunya menjengah ke pintu rumah. Tangan ibu Ezran aku cium serta aku dipeluk ibunya. Tergamam aku. giliran aku bersalam dengan ayah mertua pula. Alahai! Baiknya ayah mertua aku ni. senyum memanjang.

Danish menghulurkan tangan untuk bersalam dengan aku tapi cepat di sambut oleh Ezran. Tercengang aku. kenapa pula?

“Ehem!  kirim salamlah ye... ” Ezran sengih sambil mengeyit mata pada Danish.

“Ibu.. abang dah pandai cemburulah sekarang... waa.... tak sangka.. dulu dialah yang beria-ia tak nak kawin.. atlast tak menyempat-nyempat.. semuanya nak cepat... apa kes?” Gurau Danish. Tak semena-mena kepala Danish terus diketuk Ezran. Pandai dia mengusik abangnya.

“Kau mana tau... kau masih budak lagi... girlfriend pun tak de lagi kan?”

“Eh!! Sudah-sudahlah tu.. malu buat perangai macam tu.. dah ada isteri dah pun.. takkan masih nak berperang lagi adik beradik.” Tegur ibu. Ayah yang sedang makan goreng pisang tersenyum.

“Kami gaduh-gaduh sayanglah ibu. Betul tak abang?”

“Sekarang ni abang dah tak sayang kau dah... abang sayang isteri abang je.” Jawab Ezran.

“Ros! Jom kita minum, ibu dah buat air pun. Goreng pisang pun masih panas lagi. Biarkan aje dua beradik tu bergaduh. Kalau dia orang dah penat karang mesti dia orang diam.” Ibu menarik tangan aku ke meja makan.

“Sayang! Awak tinggalkan saya...”laung Ezran.

“Kak Ros jangan layan dia.” laung Danish pula. Aku tergelak sedikit.

‘Ibu sekejap ya..” kataku sebelum sempat aku duduk.

“La.. nak kemana?”

“Panggil tu...”berat mulut nak bercakap. kalau aku panggil Ezran je nanti dia cakap aku kurang ajar. Susahlah macam ni. Panggil abang? Tak boleh.. masih ada ruang di antara kami. Senang-senang panggil encik suami.

“Siapa?” sampuk ayah.                                                                                                                                                                                            

“Encik suami...” Jawabku sambil tersenyum.

“ohh!!”ringkas jawapan ayah.

“Tak penat ke gaduh macam ni.. mesti tekak hauskan.. jom kita minum.. encik suami...Danish pun sekali.”Pelawaku. terhenti sebentar percakaran dua beradik. Mereka berdua mengekori belakang aku.

Kami duduk semeja sambil menjamu selera. Bibik kelihatan sibuk di dapur memasak sesuatu. Aku rasa elok kalau aku membantu dia memasak. Kasihan dia membuat kerja seorang diri. Kalau aku menghulurkan bantuan mesti ringan sikit beban dia. cepat aku hirup air teh ‘o’. Goreng pisang yang aku kuyah terus aku telan.

“Nak kemana ni? cepat-cepat je?” Tanya ayah Ezran.

“Nak tolong Bibik masak.. ayah..”Janggal untuk aku menyebut perkataan ayah. Ezran menarik tangan aku supaya duduk.

“Tak pe nanti Danish boleh tolong....betulkan?” Ezran memandang Danish penuh makna.

“Boleh..boleh... tak pe kak Ros duduk je.. minum.. nanti Danish tolong bibik.” Jawab Danish serba salah. Ezran pun cepat  meneguk secawan air teh ‘o’. Ibu mengukir senyum bermakna. Tapi aku tak tau apa maksudnya. Biarlah.. jayakan ajelah lakonan ni dulu.

“Ibu.. ayah... saya nak naik atas kejap nak bersiap pergi kerja.” Tangan aku ditarik oleh Ezran supaya mengikutnya ke atas. Mahu tak mahu aku turutkan langkahnya. Ibu dan ayah Ezran menggeleng kepala bila melihat aku diperlakukan sebegitu.

Laju kaki aku melangkah menuruti langkah Ezran. Dia terus membuka pintu bilik. Wanginya bau bilik dia. cepat dia menutup pintu bilik. Serapppp!! Terasa darah aku naik ke muka. Ahh!! Sudah.. dia nak buat apa ni?

“Saya nak tunjuk ni bilik kita. Suka tak?” Kata Ezran. Tangan aku yang masih digenggamannya perlahan-lahan aku leraikan. Adoi la... bikin aku terkejut je.

“Hrmm... ni bilik ni? Kita? Tidur sama-sama? Kenapa kita tak tidur bilik lain-lain?” Ini masalah besar. Kenapa nak kena tidur sama-sama. Mana boleh.

“Kenapa awak takut? Saya bukan spesis makan orang. Lagipun malam ni saya tak balik. Awak jangan risau ye.”Ezran menghampiri aku. dup..dap..dup dap... bunyi jantung aku. aku mula menggaru kepala. Aku tersengih tak senang hati.

“Nanti kalau ibu dengan ayah dah balik.. bolehlah saya balik ke rumah sewa sayakan.”

“Nanti kita bincang kemudian. Tapi saya rasa elok kalau awak stay kat sini je. lagipun bukan ada orang tinggal kat sini. Saya pun jarang ada kat rumah.”Ujar Ezran. Amboi.. bagusnya cadangan dia.

“Tapi.... kalau kita kena tangkap basah macam mana?”Tanyaku.

“Tangkap Basah? Eh! Kita dah kawinlah.... kenapa kena tangkap basah pulak? Cuma kad daftar kawin kita je tak ambil lagi kat pejabat agama. Nanti hari Isnin kita pergi ambil ye.”Kata Ezran lagi. Bila Ezran cakap baru aku tengok jari aku... merah.. yelah aci boleh lupa dah kahwin.

“Yelah baru tadi... tulah saya ni memang bongok sikit. Macam manalah boleh lupa.”aku mengaku kelemahan diri aku. aku ni pun satu... berlagak macam bukan isteri orang. Mudah sangat lupa diri.

“Nampak sangat... awak tak suka saya.”Ezran seakan merajuk. Haiyaa!! Buruklah orang tua merajuk. Aku tersengih. Bukan aku tak sayang... tapi ego aku ni tinggi sangat macam Gunung Everest. Lagi satu bukan aku tak nak kahwin tapi aku belum bersedia nak kahwin. Tambahan kahwin macam ni. semuanya lari.. lari tajuk.. lari topik. Nak tidur sebilik dengan lelaki yang bergelar suami... tak de lagi dalam diari. Kalau mak abah tau teruk aku kena marah. Dengan Ezran aku rasa aku patut berterus-terang. Esoklah aku bagi tau hari ni dah tak sempat. Dia kena kerja.

 “Hari ni saya minta maaf banyak-banyak selaku suami awak... saya tak dapat mengimamkan awak solat jadi saya harap awak solatlah sendiri. Nanti InsyaAllah saya imamkan awak solat. Boleh. Awak fahamkan?” Pinta Ezran sambil menggenggam jemari aku. Hati aku tersentuh namun dikawal oleh emosi. Perlahan aku lepaskan genggaman Ezran.

“Takpe saya faham... awak bersiaplah nanti lambat masuk kerja.” Kataku nada perlahan.Dia suami aku.. takkan nak marah pulak kalau dia nak imamkan aku sembahyang. Betullah tu tanggungjawab dia. Nampaknya makin rumit kemelut masalah lepas ni. Segala kebaikan yang diberikan sungguh menyentuh hatiku. Ya Allah! Aku tak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Tapi yang pasti aku sanggup melukakan hati sendiri.
********

Alamak! Period la pulak. Habis cadar ni. aku mula bercakap seorang diri. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Cepat aku bangun menanggalkan cadar dari tilam. Alang-alang membasuh baik aku tanggalkan sarung bantal juga..selimut sekali. Kena basuh cepat ni kalau Ezran balik, boleh jadi kes malu ni.

Perlahan aku membuka pintu bilik. Nasib baik ibu mertua aku belum bangun lagi. Aku melangkah keluar dari bilik. Perlahan juga kaki aku menuruni tangga. Sampai di ruang membasuh aku rendam dulu cadar. Selimut dan sarung bantal aku basuh terus. Sedar tak sedar Bibik sedang memerhatikan aku.

“Kenapa Ibu tidak bilang sama Bibik aja. Biar Bibik yang uruskan semua.” Bibik mula kalut.

“Bik.. tak baik la... saya datang bulan ni... tengok pada cadar ni ada darah saya... tak baiklah bibik yang cuci darah ni.. nanti saya berdosa.” Ujarku.

“Bukan Bibik yang cuci lo Ibu.. ini mesin yang cuci...”

“Tetap tak boleh.... berdosa saya... tak pe Bik..” Aku menolak pertolongan Bibik.

“Kalau gitu Bibik mau siap sarapan pagi dulu ya...”

“Okey Bik...” Kataku sambil mengangkat dua ibu jari seraya tersenyum.
********
“Bik! Nak masak apa ni?” Sergah aku dari belakang.

“Ya ampun... Bu... ini Bibik mau masak Nasi lemak...”

“Hrmm... kalau macam tu biar saya bantu Bibik. Bolehkan?”

“Tidak aja Bu... nanti Ibu besar lagi marah sama bibik.”

“Jangan khuatir la Bik.. pandailah saya cover Bibik nanti.” Bibik angguk tanda setuju. Kasihan tengok Bibik. Kerja tak berhenti. Aku tak sampai hati melihatnya. Macam manalah dia orang boleh bagi ‘order’ je. tak boleh jadi ni.

Bahan-bahan untuk membuat nasi lemak sudah Bibik keluarkan. Semua cukup lengkap bawang, ikan bilis, telur, ulam timun, kacang tanah.. semuanya ada. Baru seronok nak memasak. Bibik mengopek ikan bilis. Aku memotong bawang. Cili merah sudah pun Bibik kisar tadi. Jadi tugas aku menumis sambal. Tugas bibik memasak nasi lemak sahaja.

Selesai memasak kami sama-sama menghidang makanan ke meja. Senanglah bila ibu dan ayah Ezran bangun nanti terus boleh makan. Belum sempat siap semuanya... ibu Ezran sudah turun ke dapur.

“Eh! Awalnya bangun, Ros.” Tegur ibu Ezran.

“Tak juga ibu.. Bibik yang bangun dulu.. saya lambat jugak tadi.”

“Hrmm.. Ros mari sini.. Ibu ada hal nak berbincang dengan Ros.” Ibu Ezran memanggil aku ke ruang tamu. Dia duduk di sofa. Aku bersila di bawah. Memang aku rasa tak setaraf betul aku dengan keluarga Ezran. Susahlah macam ni. aku memang tak boleh nak menyesuaikan diri dengan mereka.

“Boleh ibu tau berapa lama Ros dah kenal dengan Ezran?”

“Ermm.. lama la juga.. hrmm” aku sendiri pun tak ingat entah berapa lama aku kenal dengan Ezran.

“Ibu tengok Ros masih kekok lagi bila Ezran ada sama. Ezran paksa Ros kawin dengan dia?” Nampaknya hari ni banyaklah dosa aku dengan mak mertua aku. Tak munasabah aku nak bercerita hal yang betul.

“Takde Ibu... saya segan Ezran pegang tangan saya depan ibu dan ayah. Tarik tangan saya lari terus naik atas. Saya rasa macam tak de adab. Saya tak biasa.” Takut-takut alasan yang aku berikan.

“ Alahai... sweetnya... oh ya... hari ni ibu, ayah, Danish dan Bibik nak pergi makan angin kat sini.”

“Makan angin? kat sini... mana ada tempat nak pergi makan angin ibu... tak de yang best pun.” Aku mula rasa selesa berbual dengan ibu Ezran.

“Taman Negara.... best tu... Danish bagitau best sangat...ada canopy walk... tu yang ibu teruja nak pergi. Ros teman Ezran je ye. Kesian dia kerja siang malam.”

“Saya pun tak pernah pergi ke Taman Negara tu ibu... mungkin disebabkan saya ni orang kampung yang memang duduk dikelilingi hutan, jadi saya tak teruja sangat nak ke situ.”

“Eh! Rugilah orang Pahang pun tak lepas ke Taman Negara. Nanti macam mana nak cerita dengan orang luar keindahan Negeri Pahang.”

“Takpelah ibu nanti kalau ada razeki saya pergi ke sana. Hrmm.. kalau ibu nak bermesra dengan gajah ibu boleh ke Kuala Gandah... lagi satu tempat Deerland. Kat situ seronok jugak.”

“Oh! Bermesra dengan gajah??... hrmm.. tak pelah nanti lain kali bila ibu datang sini kita pergi sama-sama ye.”

“Ye... kat situ ibu boleh mandikan gajah.. ibu boleh bagi dia makan.. ibu boleh menunggang gajah... kalau kat Deerland bukan setakat Rusa macam-macam binatang lain ada... burung unta, beruang, burung merak... banyak lagilah... kat situ ibu boleh bermesra dengan haiwan pulak...” Amboi panjang lebar penerangan aku macam pemandu pelancong la pulak. Makin seronok berbual ni.

“Alamak.. tiba-tiba perut ni lapar pulak... bau Nasi Lemak wanginya... siapa yang masak? Ros masak ye.. jom Ros kita makan.” Sebenarnya perut aku pun lapar juga. Dah bercerot bunyi perut. Semalam makan goreng pisang je.. lepas tu tak makan dah.. diet la konon.

“Ye.. ibu... masak untuk ibu.. tapi ibu.. ayah? Danish?”

“Biarlah.. bagi dia orang tidur tu mengatasi segalanya.” Ibu menarik tangan aku ke meja makan. Sporting gila ibu mertua aku. haila... boleh jadi kawan je.. rasanya sama je ganas macam aku jugak. Tak cerewet langsung. Mudah berkira.

Ibu mengambil pinggan dan menyendukkan nasi diberikan kepada aku sepinggan. Aku mula meletakkan sambal, telur rebus, kacang tanah dan ikan bilis goreng ulam timun. Lengkap hidangan aku. kalau tak kenyang juga macam ni punya lengkap tak taulah. Aku pula menuangkan air kopi ke dalam cawan. Aku berikan kepada ibu mertua aku.

Baru hendak menyuap nasi ke mulut. Ayah mertua aku tercegat di tepi meja.

“Ibu kau orang ni kalau dapat makan langsung tak ingat suami.” Tegur ayah.

“La... ingatkan dah kenyang.. rupanya lapar ye ayah.” Kata Ibu pula. Aku jadi pemerhati. Aku senyum sopan. Cover lagi aku ni. masih malu-malu. Kenapa semalam ayah mertua aku ni diam je. hari ni dah berubah.

“Mana ada dalam kamus tidur kenyang... cuba awak beritahu saya... kamus mana? Terbitan keberapa?” Kata Ayah lagi. Amboi orang tua ni boleh tahan macam nak dia juga rupanya. Hrmm pepatah orang putih.. like father like son... agaknyalah kalau betul. Aku tergelak sedikit.

“Yelah Prof. Suhaimi.. awak jelah yang betul... awak jelah yang menang.. saya ni suri rumah je awak tu professor darjat kita berbeza.”Kata Ibu separuh merajuk.

“Inilah Ros.. Ibu ni dulu masa mula-mula ayah nak tackle dia bukan main eksyen ni.. jual mahal... rupanya kuat merajuk juga.”

“Ayah.. cerita lama jangan ungkit semula.. malu.. kita ni dah bermenantu.. nahas awak nanti.” Ibu mula menunjukkan sikap yang sebenar.

“Ayah.. baik duduk dulu minum kopi.. makan nasi lemak..”Pelawa aku. Ayah terus tarik kerusi dan duduk di sebelah ibu yang sudah muncung kerana dikenakan ayah.

“Ros cuba tengok Ibu ni.. muncung dia tu macam ikan apa yang banyak kat bandar Temerloh tu?”

“Ikan Patin ayah..”jawab aku.

“Ha Betullah... muncung ibu ni ayah tengok macam Ikan Patin.”Kata ayah.

“Apa?? Awak samakan saya dengan ikan?? Awak memang nak kena. Tunggu la lepas makan.. siap awak..” Ganas betul ibu mertua aku ni. kalau tengok dari cara dia.. ayah mertua aku ni mesti pernah kena stone cold dengan dia. ni lagi ganas dari aku.

Danish pulak datang sambil menggeliat. Amboi sedap sangat tidur dia gayanya.

“Apa ni ibu... ayah.. pagi-pagi lagi dah bising... malulah dengan Kak Ros ni. kalau nak gaduh pun jangan kat sini. Nanti balik rumah kita gaduhlah puas-puas.”

“Danish.. duduk sini... jangan jadi anak derhaka tak masuk syurga nanti.” Arah ibu. Danish terus duduk. “Abang tak balik?”. Danish pandang aku. aku jungkit bahu.

“Kerjalah...”Jawab Ibu. Ayah sibuk menyuap nasi ke mulut. Lapar agaknya. Merajuk Ibu pun sudah hilang.

“Cepatlah makan... kejap lagi kita nak bergerak.... Bibik... cepat bersiap... nati kita bergerak dah.” Laung Ibu. Mereka semua tersenyum memandang aku. kenapa ni? ada yang tak kena ke. Aku turut tersenyum. Biarlah mungkin sebab muka aku ni terlebih cantik agaknya.
********

“Bik... tak pe tinggalkan aje pinggan mangkuk tu... biar saya yang cuci. Pergilah bersiap nanti bising Ibu.” Kataku.

“Iya..iya... bibik bersiap duluan ya...”

“Ya Bik.. duluan..duluan... saya nak cuci pinggan ni.”Dia orang ni pun satu. Dengan bibik semua diangkutnya. Nanti tinggallah aku dengan Ezran je. janggalnya. Tak patut..tak patut.. tinggalkan aku kat sini. Eloknya aku ikut sekali, Ezran tinggal pun tak pe.. dia kerja.

“Ros... Ibu dah siap ni... Ros jaga diri elok-elok. Kalau ada apa-apa bagi tau Ezran jangan diam je kat rumah sorang-sorang.” Pesan Ibu. Aku angguk perlahan.

Sampainya hati mereka tinggalkan aku di rumah ni. tapi aku tak kisah langsung.. lepas ni panjang la langkah aku. Yess!! Aku dah tau ke mana aku patut pergi.

“Baiklah Ibu...” Kataku lantas aku mencium tangan Ibu. Aku ke ruang tamu mencari ayah yang duduk di kerusi. Aku hulurkan salam lantas tangannya aku cium. Dia mengeluarkan dompet duitnya. Beberapa keping RM 50 di hulurkan kepada ku.

“Eh!! ayah.. kenapa ni?” Aku garu kepala. Kenapa pulak bagi aku duit.

“Ni ayah belanja... boleh pergi joli nanti... Ezran kerja... Ros pergi la jalan-jalan dengan kawan-kawan... taklah boring duduk kat rumah je.” Amboi ni dah kira baik. Sporting segala mak bapak...ayah mertua aku ni. Ibu senyum memandangkan  dan memberikan isyarat supaya mengambil duit yang diberikan. Danish lagilah tersengih sampai terbatuk-batuk.

“Apa lagi kak... sambar jelah... razeki depan mata...”Danish jadi batu api. Haish!! Kau ni Danish memang la aku nak ambil... takkan tolak pulak... ayah mertua yang bagi. Kalau Ezran bagi aku tolak.. tapi ini ayah mertua... mesti aku sambut baik punya. Perlahan aku ambil duit yang diberikan ayah.

“Terima kasih ayah.”

“Sama-sama... jaga diri elok-elok. Tinggal sorang je ni.”

“Tak pe ayah.. saya dah biasa.”Jawabku. mereka semua mengangkat beg masing-masing. Tinggallah aku seorang diri sebatang kara membawa hati yang lara. Aku menghantar mereka hingga ke muka pintu sahaja. Mereka melambaikan tangan meninggalkan aku.

Pintu rumah aku tutup rapat terus aku kunci. Kerja yang tertangguh mesti diselesaikan. Pinggan makan tadi belum pun dicuci. Segera aku melangkah ke dapur untuk menyambung kerja. Hari ini aku jadi full time maid dalam rumah ni. sebelum Ezran balik aku mesti siapkan semua kerja dalam rumah ni.
*******

Sayup-sayap bunyi handphone hujung telinga. Malas aku Membuka mata. maklumlah bila time period macam ni sembahyang pun dapat cuti. Itulah kelebihan orang perempuan.

“Assalamualaikum...”Sapaku malas.

“Waalaikumsalam... Sayang.. buka pintu.. lupa bawa kunci rumah” Terus serta-merta bulat mata aku. Ya Allah!! lupa diri aku ni. aku berlari pantas menuruni tangga. Pintu terus aku buka sambil mengikat rambut. Ezran tersengih bila melihat aku yang kalut macam ribut.

“Kenapa belari masa turun tangga.. kan elok kalau lompat je turun ke bawah.. lagi cepat sampai.” Kata Ezran.

“Saya tak habis lagi menuntut ilmu melompat dari tangga.... ilmu berlari je saya champion.” Kataku. Dengan rasa tak malu terus aku duduk di sofa. Lantaklah musim period ni buka ada mood sangat pun. Aku tengok jam di dinding. Eh!! pukul 10 malam.

“Sayang... nak tuala... penatlah..” Malasnya aku nak ambil kat atas. Tapi kesian juga kat dia. aku yang malas-malas rajin bangun naik ke tingkat atas. Aku membuka pintu almari mencari kain tuala. Inilah susahnya.. kalau bukan kita punya.. nak cari tuala pun payah nak cari. Aku teliti satu persatu rak di almari. Mana kain tuala dia ni.

“Kenapa? Tak jumpa Tuala?”Terkejut aku mendengar suara Ezran yang sudah duduk di katil. Aku pandang dia yang asyik memandang aku. Rasa hati ni.. la ni juga aku nak balik rumah sewa. “Tak jumpa tak pe.. meh.. duduk kat sini.”Panggil Ezran. Aku pun melangkah malas mendekati Ezran. Aku duduk bersila di lantai. Sengaja aku buat macam ni. Biar hilang segala selera dia.

“Kenapa duduk bawah... kat sini.” Tangannya menepuk disebelah kirinya. Hrmm!! Kirim salamlah aku nak duduk situ. Dahlah tinggal berdua dalam rumah ni. aku menggeleng.

“Awak pergilah mandi.. nanti saya siapkan makan untuk awak.” Aku terus bangun segera tangan aku dipegang. “kenapa ni?”Aku tanya.

“Kita makan kat luar je.. tak payah masak.” Kata Ezran lembut. Elok juga, sempat aku pergi membeli tuala wanita nanti. Stok dah habis ni. tadi nak keluar boleh tertidur pulak. Sedar-sedar Ezran dah sampai rumah. Tak pelah nanti aku bawa beg galas aku.. untuk simpan tuala wanita aku. malulah jugak.
******

“Awak berhenti kat sini jap.” Aku meyuruh Ezran berhenti di kedai Serbaneka Seven Eleven. Tanpa banyak bicara aku terus keluar dari kereta. Matlamat aku mencari tuala wanita. Terpinya-pinga Ezran ditinggalkan begitu je. masuk je dalam kedai aku terus capai tuala wanita jenama kotex. Kira belasah je.. janji boleh pakai.

“awak nak slurpee tak?”cepat-cepat aku sorok tuala wanita kat belakang badan aku. inilah susahnya.. malu nak bagitau ini tuala wanita. Memang sesuatu yang memalukan nak bagitau.. aku period kat orang lelaki. Entah sebab mak dah ajar macam tu. kecuali dengan Aril masa first time aku period. Sekali tu je.. lepas tu tak tau dah.

“Tak.”jawabku ringkas.

“Ehh!! Awak beli apa tu?” sibuk nak tahu. Ini barang keperluan bulanan. Orang lelaki mana tau. Benci betul kalau busy body macam ni.

“Tak de apa.”Aku masih berdiri kaku. Muka aku juga bersahaja. Kalau boleh biar Ezran selesai membeli dulu baru aku pergi bayar barang aku ni. pelanggan dalam kedai pun sibuk memandang aku. kau orang buat hal masing-masing dahlah.. aku ni susah-susah nak sorok mende alah ni. kalau dengan orang yang tak kenal tak pelah pulak. Kira jumpa sekali je lepas tu tak jumpa dah. Ini orang yang aku kena jumpa hari-hari. Benda macam ni pun jadi satu masalah jugak. “Awak pergilah beli dulu apa yang awak nak.” Kataku.

“Tak..saya tunggu awak...dah siap ambil barang?”

“Dah...tapi tak pe awak tunggu dalam kereta je... saya nak bayar...” Kataku.

“Jomlah saya bayar... cepat.. “Ezran menunggu di kaunter. Wallet sudah ditangan. Nak bayar sangat gayanya. Tak sabar-sabar. Dia tak tau ayah dia bagi duit RM 500 kat aku suruh berjoli. Haish!! Banyak sudah makan budi. Pelanggan dalam kedai masih memerhatikan aku. aku mula tarik muka masam. Bencinya!! Macam ni ke kalau dah kawin. Semuanya nak kena bagitau. Aku menghampiri kaunter aku letak kotex atas meja. Ezran hulur not RM 10 kepada cahser. Siap dia bungkus dalam plastik terus aku keluar. Rasa macam nak balik jalan kaki je. Tak suka! Tak suka.. macam ni.
*****

“Awak segan ye... ?” Tanya Ezran. Aku masih buat bodoh duduk di sofa. Aku pandang muka dia yang sedang tersengih memerli aku. “Awak tak payah nak seganlah kalau benda macam tu... awak tau tak kerja saya... lebih dari tu saya tengok. Saya tak heran pun benda-benda macam tu.” Ezran menyambung cakapnya. Memanglah dia tak heran.. tapi aku heran. Orang kampung yang kuno...itulah aku.

“Awak tak nak tidur lagi?” Tanya Ezran lagi. Berderau darah aku.

“Tak mata saya tak mengantuk lagi.” Jawabku. Ini sebenarnya taktik tak mahu tidur sebilik. Nanti kalau dia dah tidur bolehlah aku baring kat sini je.

“Saya tau awak tak nak tidur sebilik dengan saya.. betul tak?” Haish! Macam mana boleh kantoi ni... tau je apa yang ada dalam kepala otak aku ni. aku pandang dia aku sengih.

“Tak pe kalau awak tak nak... ambil masa... sampai awak boleh terima saya... saya sanggup tunggu awak...”Jelas Ezran lagi. Eleh! Orang lelaki boleh ke macam tu. aku langsung tak percaya. Suruh aku ambil masa... kalau masa tu aku tak pernah ambil... aku malas... macam mana? Susahlah jadi isteri ni... tapi Diana okey je... mak pun okey je.. kenapa aku je yang rasa susah.

“Kalau macam tu awak pergi masuk bilik saya.. saya pulak tidur dibilik Danish.. setuju?” Tanya Ezran. Dua ibu jari aku angkat tanda setuju yang teramat sangat.

“Setuju... setuju...saya bagi awak seratus markah.”Kataku. Ezran bangun dan datang menghampiri aku. Dia usap lembut rambut aku. aku kaget. Aku tahan muka aku dengan dua tapak tangan.... mata aku pejamkan.

“Tak.. saya tak buat apa pun..... saya nak usik rambut awak je... wangikan....” Waktu ni aku hanya angguk kepala sahaja. Tak terkeluar pun perkataan marah ataupun suka. Takut..takut.

“Saya tak makan orang... awak jangan takut.. pesakit saya pun belum ada lagi yang kena makan...” Kata Ezran. Aku angguk lagi.

“Awak saya... minta maaf ye...” Tiba-tiba perkataan tu yang keluar dari mulut aku. Apa yang aku cakap ni?? kenapa aku minta maaf. Sepatutnya dia yang minta maaf... paksa aku kahwin.
******

 * minta maaf sebab lama tak post citer nih....

Wednesday 27 June 2012

CINTA KFC 14


BAB 14

“Aku terima nikahnya Roselaila Binti Ruslan dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai.” Jelas, terang dan lantang suara Ezran melafaz kabulnya. Aku masih ternganga mendengarnya. Satu kali lafaz je.. fuyyoo aku dah jadi isteri orang. Selesai ijab dan kabul kami semua bertadah tangan sebagai tanda kesyukuran. Doa dipanjatkan oleh Ezran sendiri. Kemudian aku dipanggil untuk mendengarkan lafaz taklik dari suami aku A.K.A Ezran Erlanda bin Suhaimi. 

Hebatnya Dia melafazkan taklik tanpa membaca di kertas. Semuanya dia ingat dalam kepala. Hrmm.. aku mendengar dengan teliti. Bagus! Bagus!.

Selesai sudah terus majlis membatalkan air sembahyang. Seutas rantai leher putih beserta loket di pakaikan ke leher aku sebagai tanda membatalkan air sembahyang. Kemudian Ezran memberikan duit mas kahwin yang telah digubah menjadi sejambak bunga. Aku menyambut dengan senyum ikhlas. Aku dan Ezran bersalam, tangannya aku cium. Tanpa segan dia memeluk aku dan terus mencium dahi aku. Nak ikut hati nak je aku tolak dia supaya jangan peluk aku. tak bestlah macam ni. nak tak nak aku senyum juga.

Hari ini aku terpaksa jadi model raja sehari, mana tidaknya kamera sana sini. Semuanya fokus kepada kami berdua. Aduh! Dah tak larat nak bersimpuh. Tapi memandang keadaan tak mengizinkan untuk aku bersila, aku sabar. Sabar tahap gaban.

“Terima kasih.” Perkataan pertama yang dibisikkan ke telinga aku. aku terus pergi bersalam dengan keluarga sebelah Ezran. Orang pertama yang tuju ialah mak dan abah kemudian mak mertua aku dan ayah mertua aku. ciuman hingga dipipi bila aku bersalam dengan mak dan mak mertua aku.

“Comel menantu ibu.” Kata ibu Ezran dia mencubit pipi aku. Aku masih tersenyum. Selesai bersalam dengan semua orang aku di arahkan supaya masuk ke bilik untuk menukar baju untuk sesi bergambar di atas pelamin. Inilah part yang aku malu. Sangat malu! Kena bergaya ala-ala model. Kalaulah tak de pelamin mesti best. Tak payah nak bergambar sangat. Lagipun lepas ni kami kena berpisah juga. Ni semua lakonan semata-mata. kalau aku bagitau orang tua kami mesti ada yang terluka. Heyy!! Tak boleh.

“Kenapa termenung lagi ni? cepatlah salin baju. Nak bergambar lepas ni. jom!” Ajak Ezran.

“Jom kemana?” Tanya aku.
                                                                                                           
“Salin baju.” Kata Ezran.

“Gila ke apa. Nak masuk bilik sama-sama. Nak kena salin baju sama-sama. Haiiyya.”bisik aku. bulat mata aku memandang Ezran.

“Yelah habis tu saya nak pergi salin ke mana?”

“. Tapi awak salin dulu. Siap awak salin baju awak terus kena keluar dari bilik saya.”

Kak Ita sudah bergerak ke tempat lain setelah selesai kerjanya menempelkan make-up yang sederhana di mukaku. Awal-awal lagi dia sudah mengajarkan aku cara memakai baju untuk sesi bergambar. Semuanya aku angguk sahaja. Malas hendak bertanya. Lantaklah! Janji aku sarungkan aje baju ni.

“Yelah..jom!..Jom!” Kata Ezran sambil menarik tangan aku ke bilik. Aku yang tak berapa redha terpaksa mengikut. Keliru juga aku, ini rumah dia ke rumah aku. kenapa dia pula yang lebih-lebih.

“Hai! Pengantin nak pergi mana tu? kok ye pun sabar-sabarlah dulu.” Usik saudara-mara yang ada diluar. Terhenti langkah kami di pintu bilik. Kecil mata aku memandang Ezran dek kerana mendengarkan usikan mereka.

“Nak tukar baju je.” Kata Ezran tangan aku masih digenggam erat. Aku menoleh ke belakang seraya tersenyum dengan usikan mereka.

Ezran tutup pintu bilik. Aku mulalah serba salah bila kena berdua-duaan macam ni. Rasa marak muka aku seperti aku menghadap unggun api. Tapi Ezran sedikit pun tak menunjukkan apa-apa. Selamba dek je muka dia. Baju melayu warna putih ditanggalkan.

“Nanti!”

“Kenapa?”

“Awak pakai tuala ni dulu. Haish!! Boleh pengsan saya kalau macam ni.”lurus lidahku berkata mungkin kerana terlalu gementar. Ezran menyambut tuala yang aku hulurkan.

“Awak kena tolong saya pakai kain samping.” Kata Ezran.

“Awak ni mengada-ngada la. Tu kat luar tu ramai yang boleh tolong. Danish ada, ayah ada, abah ada, ibu ada pergi la minta tolong dengan dia orang. Awak dah langgar perjanjian, sepatutnya saya tak payah kawin dengan awak, tapi awak main taktik kotor.. awak jerat saya...” Tak sempat aku nak menghabiskan kata-kata Ezran meletakkan jari telunjuknya ke bibir aku supaya aku diam. Tergamam dengan tindakan Ezran hampir kelu lidah aku.

“Sampai hati awak cakap macam tu. awak tau tak malam ni saya kena kerja. Awak tak kesian ke saya ni?” Tanya Ezran. Jari telunjuknya masih di bibir aku. Perlahan aku alihkan jarinya dari bibir aku. haish! Macam nak luruh jantung aku.

“Yelah saya tolong ikhlas. Awak kena ingat, awak hutang saya banyak sangat. Tapi tak pe untuk hari ni saya simpan sebab ini antara kita berdua je. Keluarga tak masuk campur. Saya tak nak memalukan keluarga kita.” Kataku sambil membantu Ezran mengikat kain sampin.

“Esok saya ambil awak, kita balik rumah kita ye. Lagipun esok hari minggu ibu dan ayah mesti nak beramah mesra dengan menantu dia ni.” Walaupun marah aku tetap membantu Ezran menggayakan kain sampingnya. Adakah aku sukakan dia atau aku mahu menunjukkan  aku seorang yang sangat bertolak ansur. Entah.

“Okey.. saya berikan kerjasama yang sebaiknya. Tapi... saya rasa kita kena betulkan perjanjian kita balik. Hrmm.. okey.. esok kita baiki perjanjian kita. Deal?”aku yang masih tak berpuas hati mencari kepastian.

“Baiklah puan, saya ikut je.” Ezran tersengih nakal.

“Eiiiuu.. puan?” aku mencebik.

“Habis tu.... baru tadi aku terima nikahnya.... sayang sekarang ni awak dah tukar statuslah... puan...” Ezran tersengih lagi. Pintu bilik diketuk beberapa kali. Cepat aku membukanya. Terpacak abang aku didepan pintu bilik.

“Ni kawan-kawan korang berdua nak berjumpa. Cepat sikit ada yang dah nak balik ni.”

“Okey..okey” kataku. Perlahan aku tolak Ezran keluar. Aku sengih leper. Nampak macam jahat sangat aku ni.

“Awak keluar dulu... giliran saya salin baju.”Kataku lagi.

Dua puluh minit aku ambil untuk menukar baju. Sepatutnya tidak selama itu untuk aku menukar baju. Bila aku sarungkan baju pengantin aku, mulalah aku berangan sampai ke puncak Gunung Tahan. Aku pun tak tahan dengan angan tak sudah aku ni. Kenapalah aku ni kuat sangat berangan. Sehingga pintu bilik di ketuk beberapa kali.

“Lah! Kenapa tak keluar kalau dah siap... cepat.. nak kena bergambar dengan keluarga kedua-dua belah pihak ni.” Marah abang aku. Aril yang turut disebelah abang tersengih.

“Oh!! Baru je siap, lambat sikit tak pandai nak pakai baju macam ni.” aku menunjukkan baju yang begitu bling-bling kepada abang aku. Dia dan Aril ketawa ketawa.

“Tak pernah abang tengok kau pakai baju macam ni. Harap tak hujanlah hari ni.” Gurau abang aku. aku mencebik kemudian menjelirkan lidah.

“Harap jugak pelamin tak runtuh ye bang..”Kata Aril.

“Eleh mengata dulang paku yang serpih, mengata orang aku yang lebih.” Kataku sambil meletakkan tangan dibahu dan mataku memandangke atas kemudian aku jelirkan lidah.

“Ha! Lawa sangat;ah buat macam tu. macam minah senget je. Kata Aril. Nasib baik si doktor tu nakkan awak tau.. kalau tak taulah laku ke tak laku.”Aril geram dengan gayaku. Alah doktor tu pun sama.. nasib baik aku setuju nak tolong jadi isteri tipu dia.. kalau tak tak taualah laku ke tak doktor tu.

“Jomlah abang....Aril.... harap cepatlah majlis ni habis.. dah penat ni..” Rungut aku serius. kami sama-sama berjalan menghampiri Ezran.

Inilah majlis pekahwinan tanpa pengapit.. padan muka. Peganglah kipas tu.. kalau rasa panas kipas diri sendiri. Tak payah nak mengada-ngada suruh orang lain kipaskan tak tinggi pun darjat duduk kat atas pelamin kalau untuk sehari je. Lagipun manalah aku tau majlis ni berlangsung dengan agak meriah walaupun sederhana. Ezran punya pasallah ni... langsung tiada perbincangan kemudian antara keluarga kami berdua. Majlis ni agak pelik dan menghairankan. Aku yang begitu independant bersiap sendirian tanpa bantuan orang lain. Apa yang bagusnya keluarga Ezran langsung tak banyak songeh. Mereka hanya mengikut sahaja. Betullah apa yang dah Danish cerita masa kami makan di KFC tempoh hari.

Majlis bergambar kami abadikan bersama keluarga aku dan Ezran. Teman-teman Ezran juga tidak dilupakan. Diana? Sudah tidak menjenguk untuk majlis hari ini. Dia meminta maaf kerana morning sickness sangat teruk. Aku panggil Kak Teh dan Kak Esah untuk bergambar sekali. Seronoknya bukan main lagi mereka berposing mengalahkan aku yang naik pelamin.

Bagi kawan-kawan emak yang menjayakan majlis perkahwinan aku turut aku panggil untuk sesi bergambar. Aku memang ikut suka hati aku je nak panggil siapa. Seronok juga dapat duduk atas pelamin ni. Terasa juga macam raja. Kira-kira akulah paling hot hari ini. Sekejap aku pandang ke sini.. sekejap aku senyum ke sana fokus kepada kamera. Mak Aiii!! Lupa sekejap dengan orang sekeliling yang ada.

Disebabkan seronok bergambar aku lupa untuk makan. Sehingga Ezran memberitahu aku yang dia lapar. Rupanya saudara mara Ezran sudah menunggu kami untuk makan bersama diluar rumah. Haishh!! Boleh over pulak aku ni. Kami keluar rumah menuju ke meja makan. Kalau dilihat dari zahirnya memang aku tak langsung macam pengantin lain. aku sentiasa bermuka selamba. Berjalan pun tak payah nak beriringan bersama berpegang tangan. Tak pe aku boleh jalan sendiri. Cuma tadi je masa masuk bilik je aku agak meroyan sedikit bila Ezran menggenggam  tangan aku sekuatnya.

Hidangan pengantin disediakan oleh Kak Teh and The Gang. Ezran mengambil segelas air putih yang diletakkan di meja makan kami untuk diminum. Belum sempat gelas mencecah bibir aku cuit lengan dia.

 “Kenapa?”

“Tak baca Bismillah ye...” mungkin geram dengan teguran aku dia terus meletakkan cawan dan terus membaca doa makan. Kedua tangan aku tadahkan amin. Tak payah aku baca doa makan sendiri. Aku senyum dapat juga aku mengenakan dia. Danish yang duduk di sebelah Ezran tergelak kecil melihat kami berdua. Ibu ezran duduk di sebelah aku dan ayahnya duduk di sebelah Danish. Mak dan abah turut sama menemani kami makan. Mereka beramah mesra antara satu samalain. Saudara maranya yang lain-lain aku tak tau nama. Cuma senyuman sahaja yang dapat aku berikan.

Hidangan  makanan yang ada didepan mata kami jamah. Sedap.. memang sedap.. ikan Kerapu masak Tiga Rasa memang membuka selera aku. Ya Allah! Semuanya makanan yang sedap-sedap udang, sotong, ayam, sayur menggecurkan liur aku.  Air buah tembikai laici membasahi tekak aku yang kering. Tapi semuanya aku control sopan santun. Kalau nak ikut hati maunya tak... mesti penuh mulut aku suapkan. Ezran yang duduk disebelah aku makan dengan tertib. Acara suap-menyuap?... tak payah.. tak de dalam hukum. Suaplah ke mulut masing-masing.
*****

Selesai semua majlis hari ini. Jam menunjukkan hampir pukul 4.00 petang. Semua tetamu dan ahli keluarga Ezran sudah pulang. Tinggalah kami sekeluarga sahaja. Riak wajah kepenatan tergambar di muka emak, abah, abang-abang termasuk Aril dan kakak-kakak ipar. Kasihan mereka.

Ezran! Entah mana dia? sebelum aku mencari dia elok aku tukar baju aku panas lagi merimaskan. aku masuk ke bilik mencari seluar track dan baju t-shirt yang berlipat di dalam almari. Terus aku salin baju aku. Eh! Ada beg pakaian atas katil aku? oh! Ya ini beg Ezran. Aku angkat dan letaknya dibawah. Aku mudar mandir di dalam bilik memikirkan apa yang perlu aku buat. Hrmm... elok aku cari Ezran dulu.

Berpusing-pusing aku mencari Ezran keliling rumah. Batang hidung dia pun aku tak nampak. Mana hilangnya dia ni. Kereta dia.. ada di tepi halaman rumah. Takkan lari pula.

“Abang long... nampak Ezran tak?”

“Siapa? Ezran je Ros panggil dia? Adik.... suami tu.. cuba wujudkan panggilan hormat... abang ke... adalah sopannya.” Satu teguran hinggap dimuka aku. Memang nak kena panggil abang ke?.. tak pe... aku cuba.

“Ezran tak suruh pun panggil dia macam tu. kena panggil macam tu ye?” bukan aku tak tahu tapi saja buat bodoh.

“Kau berdua dah berapa lama bercinta. Takkan itupun abang long nak ajar.”

“Mana ada orang bercinta dengan dia.. kawin ni pun se...” Tak sempat aku menghabiskan ayat. Celupar betul mulut aku. hampir terbuka rahsia. Aku tampar mulut aku sendiri.

“Eleh.. dah kawin pun tak mengaku lagi.. nampak sangat nak menipu.” Kata abang.  Aku senyum jahat.

“Ye orang tipu je... mana dia.” Aku cuba cover ketelanjuran cakap aku tadi.

“Tadi ada kat belakang rumah.” Buat apa dia kat situ? Sepatutnya dia dah boleh bersiap untuk pergi kerja ataupun dia kena berehat untuk stanby kerja malam ni. aku terus ke belakang rumah mencari suami aku. kenapa aku ambil berat sangat ni. hai ada taman bunga dalam hati ke?
******

“Ya Allah... awak basuh semua ni? Aril ajak Ezran basuh ni semua?”

“Mana ada... Ezran yang nak tolong.” Jawab Aril.

“Ye lah... nak juga merasa mencuci periuk belanga...”

“Awak berdua dah berkenalan ke?”Tanyaku. kening double jerk terangkat.

“Dah? Kenapa?” Jawab Ezran. Aril memandang aku dengan mengerutkan kening.

“Kenapa?”Aril bertanya.

“Saje mengeratkan silaturrahim.” Jawabku sambil memandang Ezran. Bukan aku pandang saja-saja. Segar lagi dalam ingatan aku... sebab aku dan Aril dia bagi aku status murah. Kalau ikutkan sakit hati sampai hari ni masih lagi terasa.

“Ohh!!...”Kata Aril. Ezran memandang aku senyum tak senyum. Lantaklah.. kalau aku cerita hal yang sebenarnya pada Aril.. kenalah aku Ezran. Tapi aku ni jenis yang malas nak panjangkan cerita. Ambil jalan mudah je, selesai masalah.

“Awak tak sayang tangan awak? Eh! Nanti pesakit awak tengok mesti dia orang cakap apa punya doktorlah jari pun karat.” Aku ketawa perlahan.

“Tak pe hari ni saya tukar kerjaya.... jadi tukang  cuci periuk belanga. Ada gaya tak?” Aku cebik bibir.

“Mak dah cakap jangan buat.. dia cakap dia nak merasa juga...” Sampuk emak yang dari belakang.

“Tak pelah mak biar dia rasa.” Jawabku selamba. Dua ibu jari aku terangkat kearah Ezran. Tapi dia hanya tersenyum. Suka sangat hati aku tengok Ezran beria-ia membasuh periuk belanga yang hitam legam. Rasakan.... menggaras periuk hitam.

Aku menyinsing lengan baju untuk membantu. Walaupun aku ni jahat pada zahirnya... tapi tak sampai ke dalam hati.
*************

“Awak nak ikut?” aku geleng. Baru tadi dia kata esok baru nak ambil aku. ini dah lain pulak.  Kipas diruang tamu rumah emak ligat berputar. Sejuklah sikit badan aku yang tengah panas ni.

“Pergilah ikut... teman suami tu...” Tingkah abah. Ini yang buat kacau daun ni. haila... bila abah masuk campur aku tak boleh kata apalah. Nak tak nak.. kenalah ikut. Kalau tak gerenti seminggu tutup aku kena ceramah perdana.

“Iyalah... pergilah ikut Ezran tu.” Emak turut membela. Aku angguk tapi dalam hati terbakar. Menyampah aku tengok muka Ezran bila mak abah aku membela dia. Geramnya!!

“Bolehlah...” jawab ku langsung tak ikhlas. aku bangun masuk ke bilik. Aku capai kain tudung Ariani yang bersangkut di dalam almari. Hrmm!! Dulu aku free hair hari ini semuanya berubah. Aku akan pakai tudung. Itu nazar aku sekiranya aku berkahwin aku akan bertudung. Hari ini aku mesti tunaikan nazar aku.

Emak menepuk peha abah perlahan. Aku nampak tapi sengaja aku tak endahkan. Muncung mulut emak menghala kearah aku. mungkin mereka hairan kenapa hari ini aku bertudung.

“Ni Nazar orang...” beritahuku tanpa perlu mereka bertanya. Ezran hanya diam memandang aku.

“Syukur Alhamdulillah.” Kata abah.

“Amin Ya Robbalalamin.” Sampuk aku sambil tangan aku raup ke muka. Ezran tersengih.

“Sempat lagi dia main-mainkan kita ye abahnya...” Emak geleng kepala. Aku buat tak tahu.

“Jomlah apa tunggu lagi.” Seperti aku pula yang hendak pergi kerja sedangkan Ezran masih bersandar di sofa. Sebelum pergi aku bersalam dengan abah dan emak. Restu mereka aku tetap pohonkan walaupun aku sudah bersuami untuk tempoh yang aku tidak tahu lagi. Ezran juga menuruti aku bersalam dengan emak dan abah.
***********

Selama lima belas minit didalam kereta aku tidak mengeluarkan sepatah kata. Hati masih panas. Pandai betul dia memancing aku mengikutnya di depan orang tua aku. mesti aku kena paksa rela makan umpan pancing dia. aku pun satu bila dah mati akal mulalah macam burung belatuk lapar.. mengangguk je.

“Apa status kita sekarang ni? Berapa lama lagi?”

“Suami isteri.. kejap lagi sampailah...”

“Eiii.. bukan itu? Maksud saya.. berapa lama nak kena teruskan kawin tipu-tipu ni?”

“Apa yang kawin tipunya.... tadikan ada tok kadi... ada wali.. ada saksi.. ada kenduri... kawin tipu apanya...”jawabnya. Susah betul bercakap dengan doktor kurang akal ni.

“Senang cakap.... bila kita nak bercerai?”

“Bergegar tiang arash awak cakap macam tu....”

“Habis tu?”

“Kita dah kawin... habis apa lagi?”

Aku terus diam. Sakitnya hati aku. kenapa dia jawab macam ni. takpe.. aku cuba lain kali. Mesti dia jawab juga nanti. hutang kejutan yang dia buat ... akan aku balas dengan kejutam juga. Tunggulah hari dan waktunya. Kereta Ezran terus laju menuju ke ke dentinasi yang aku sudah pasti.
*****