Tuesday, 8 May 2012

CINTA KFC 11


BAB 11

Cuti hujung minggu kali ini aku tidak balik ke kampung. Hari ini aku mahu membersihkan  rumah sewa yang sudah berhabuk. Keadaan dalam rumah seperti rakit hendak hanyut. Ketiadaan Diana membuatkan susasana rumah ini sunyi. Mak cik Yah sudi membantu aku mengemas rumah. Sebelum memulakan operasi, aku perlu ke pasar terlebih dahulu untuk membeli keperluan makan kerja gotong royong bersama mak cik Yah.

“Assalamualaikum…” Aku memberi salam dari luar rumah Mak cik Yah. Kedengaran salam ku bersambut dari dalam.

“Pak cik. Hrmm.. nanti beritahu mak cik, saya ke pasar dulu nak beli barang dapur sikit. Maklumlah dapur dah lama tak berasap.” Beritahuku kepada suami mak cik Yah.

“Yelah, nanti pak cik bagitau mak cik. Nanti tolong belikan pak cik surat khabar ye. Ini duitnya.”  Kata suami mak cik Yah lagi.

“Baik pak cik. Tak payah duitlah. Nanti saya belikan pakai duit saya je. Kalau macam tu saya pergi dululah. Assalamualaikum.” Kataku meminta diri.  Seperti rutin biasa, menapak adalah aktiviti harian aku. Kalau dahulu aku menumpang kereta Diana, tetapi sekarang tidak lagi. Back to nature.
*********

Pon! Pon! Bunyi hon kereta mengejutkan aku. Langkah aku terhenti. Aku memejamkan mata sambil mengetap bibir. Geram betul aku! Bukannya aku halang jalan dia orang pun. Nak kena pelempang bisu agaknya orang ni. Tak tau ke aku dah la penat berjalan kaki… barang-barang pun banyak… berat dijinjit.  Peluh yang mengalir di pipi aku lap dengan lengan baju sahaja.Aku memusingkan badan 180˚ nak tengok sikit siapakah gerangan yang berani membunyikan hon tengah-tengah panas mentari macam ni.

“Huh! Harap kereta je mahal tapi tak de adab.  Awak ingat saya heran ke kereta awak cermin gelap macam ni. Best sangat ke!” Aku hanya memarahi kereta kerana tuan kereta masih tak keluar dari kereta. Tak berani nampaknya hendak turun. Cubalah turun, setidak-tidaknya merasa juga pelempang insaf aku nanti. pintu kereta dibuka,  pemandunya turun dari kereta. Eh! Berani pula turun nampaknya. Memang nak cari pasal tuan kereta ni. Aku langsung tak buat salah.

“Marah nampak. Takkan bakal tunang merangkap bakal suami sendiri tak kenal.” Kata Ezran. Dia tersengih memandang aku. Ini ke tuan kereta Suzuki Swift ni.

“Mana saya kenal kereta awak pakai kereta lain.” Kataku dalam nada mendatar. Dia datang menghampiri aku dan cuba mengambil barang yang ada ditangan aku yang hampir genting dek kerana menanggung beban barang… tapi aku tarik tangan aku ke belakang. hrmm… kira-kira aku jual mahallah tu. Tapi disentapnya barang dari tangan aku. lagi kuat aku pegang. Nasib baik tak terburai semua tu.

“Degil!!” Kata Ezran dengan nada tinggi. 

“Ikut sayalah… tangan saya… biarlah sampai nak putus pun awak peduli apa?”

“Sebab saya pedulikan awak la saya nak tolong awak… awak tak tau ke saya ambil berat pasal awak? Awak rasa-rasa apa yang tak cukupnya saya ni? Cuba awak cakap?”

“Ambil berat?? Boleh saya tanya berapa kilogram berat yang awak ambil berat pasal saya?” Tanyaku. Sengaja aku biar Ezran pening. Satu lagi soalan dia aku tak jawab. Malas… rugi air liur dalam keadaan panas macam ni.

“Adoi… terkena juga saya… okey.. awak nak tau.. berapa kilokan?” Terus tangan aku disentap sekuat-kuatnya. Aku ditarik ke dalam kereta secara paksa. Orang yang lalu-lalang memperlahan kenderaan mungkin hairan agaknya. Aku yang dipaksa dan terpaksa mengikut je. Kalau aku merentap mesti lepas punya.. tapi malu dengan orang yang lalu-lalang.. macam aksi filem tanpa suara.

“Awak nak buat apa ni?” Tanyaku bila aku disuruh duduk di tempat duduk depan. Sakit lengan aku. Bulat mata aku memandang ke muka Ezran. Dia lansung buat tak tahu .

“Saya nak tunjuk jumlah berat yang saya ambil berat pasal awak… Awak duduk diam-diam…” Dumm.. pintu kereta ditutup. Cepat dia berlari masuk ke dalam kereta.

“Nanti.. nanti… ni kira Awak nak culik saya ke apa?”

“Lebih kurang la… Saya nak bawa awak pergi Thailand… kawin lari.. ok tak?” Tanya Ezran sambil tersengih jahat.  Aku terus diam.  Dia ingat aku takut agaknya. Perasaan  marah.. benci…sekaligus datang. Geramnya! Nak rasanya aku terjun je dari kereta ni.

Kereta bergerak laju meninggalkan Bandar Jerantut menghala ke Temerloh. Ezran menumpu kepada pemanduannya. Hati aku panas seperti panasnya mentari pagi. Dia ni memang ikut suka hati betul. Barang yang banyak ditangan aku masih belum aku letakkan ke bawah. Penuh atas riba aku.

“Encik doktor.. awak nak bawa saya pergi mana ni?” lembut suara aku bertanya. Walhal dalam hati aku macam singa lapar.

“Ha.. kan bagus kalau awak cakap elok-elok macam ni… sejuk hati saya…”

“Saya cakap elok ni sebab saya tengah control  rasa menyampah saya ni… awak memang suka buat hati saya sentap.”

“Saya nak ajak awak pergi tengok wayang… awak kena temankan saya hari ini.”

“Hari ni saya tak senang nak temankan awak… lagipun  barang-barang saya ni banyak… tengok ni.. ada ikan..ada sayur… ada buah..ada banyak makanan kat sini… lagipun saya ni nak gotong-royong kemas rumah sewa saya tu.” Lembut campur geram suara aku. rasanya kecil je aku memandang makhluk yang ada di sebelah aku ni.

“awak senang ke awak tak senang ke…. Saya paksa awak temankan saya…lagipun hari lain boleh gotong-royong nanti saya tolong awak.. hari ni awak kena temankan saya… saya boring..”

“Tapi saya dah janji dengan mak cik sebelah rumah… saya tak nak awak tolong saya… terima kasih jelah.” Kataku.

“Janji boleh cancel.. sedangkan perdana menteri boleh je cancel meeting.. inikan pulak setakat nak kerja membersih rumah. Ambil telefon ni… cakap dengan mak cik tu tak jadi nak gorong royong… cakap dengan dia.. ada hal kena temankan bakal suami.” Kata Ezran yang buat aku bertambah sakit hati. tak pe hari ni hari kau… esok..lusa… agaknya hari kau lagi. Dia menghulurkan handphonenya yan canggih… tapi aku buat tak tahu. Aku keluarkan handphone aku yang tak canggih. Ezran geleng kepala, aku terus telefon Mak cik Yah.

“Assalamualaikum.. Mak cik.. saya nak bagi tau saya ada hal kecemasan.. tak balik ke rumah .. satu lagi..saya balik lewat sikit. Mak cik jangan risau ye.” Kataku

“Yelah… eloklah bagi tau Mak cik.. tak risaulah Mak cik nanti.” Ujar Mak cik Yah di hujung talian.

“Terima kasih Mak cik… Asalamualaikum.” Tak sempat Mak cik Yah menjawab salam, aku terus mematikan talian. Aku memandang Ezran. Benci… suka paksa aku. Dah kali kedua aku di paksa macam ni.

“Kenapa awak tak cakap awak temankan bakal suami?”

“Bakal suami… belum jadi suami lagi… itu bukan hak saya…dan saya bukan hak awak… saya tak suka nak mengaku kalau bukan hak saya.” Kataku keras. Dulu masa dia buat aku macam ni… aku menangis tapi hari ini aku tak menangis. Aku lawan sungguh-sunguh.

“Awak… dua minggu je lagi.. kita dah nak kawin.. awak janganlah macam ni.” Tiba-tiba Ezran jadi kendur. Aku peduli apa.. seminggu ke sehari ke… Cuma memandangkan  maruah orang tua harus aku jaga… aku kawin jugak.

“Boleh aci dua minggu.. sedangkan orang lain tu.. lagi sehari nak kawin pun tak jadi….”Ujar aku.

“Awak tolonglah… janganlah buat saya macam ni… saya geram campur marah kalau awak buat kepala batu awak tu. Apa kurangnya saya?” Soalan yang tak dijawab tadi ditanya semula.

“Kepala Batu?? Saya kepala batu?? Hrmm… awak pun apa kurangnya… kurang akal.” Sengaja aku nak menghangatkan keadaan hari ni biar Ezran marah dan bertambah marah. Ibaratnya aku sedang mencurah minyak ke dalam bara api. Kepala batu campur kurang akal boleh jadi haru biru.

“Saya rasa sedih sangat bila tengok awak susah-susah jalan kaki ke sana.. ke sini. Kenapa awak tak bagi tau saya awak nak keluar? Bila awak buat macam ni saya rasa saya ni teruk sangat.” Lagi kendur suara Ezran. La… sebab ini je ke nak marah-marah sampai entah berapa kilometer dah kereta ni dipandu. Kalau aku marah tak ingin nak memandu jauh-jauh macam ni… rugi petrol. Dahlah petrol sekarang ni mahal. Hrmm.. betul-betul tak masuk akal.


“Saya rasa tak perlulah saya nak minta awak tolong kalau setakat saya nak pergi beli barang macam ni. Tak rasa macam mengada-ngada sangat ke.. ke sana nak hantar.. ke sini nak hantar.. selagi saya mampu saya boleh buat.”

“Saya tak tau nak cakap dengan awak macam mana lagi. Eh! Kenapa tak letak barang tu kat bawah je?” Ezran memandang ke barang yang aku beli tadi masih di ribaan aku. mesti air ikan ni dah kena seluar track aku.

“Ada ikan ni.. kalau letak bawah habislah kereta ni… kalau saya kotor tak pe.. saya dah biasa.” Tiba-tiba suasana yang tadi tegang dah jadi kendur disebabkan kes ikan seplastik atas riba je.

“Awak ni… letak jelah kat bawah tu… kotor boleh cuci..”

“Tapi kereta awak ni mahal sangat bagi saya yang murah ni.” Dalam senyum aku mengenakan dia.

“Awak.. tak habis lagi ke… dah lama dah kes tu kan…”

“Terlajak perahu boleh undur .... terlajak kata… buruk padahnya… macam saya..” Kataku memperlahankan suara bila menyebut ‘macam saya’. Betullah… aku ni sebab terlajak kata la ni. Kira-kiranya aku ni sedang menerima padah yang tak berkesudahan.

“Awak jangan fikir negatif saya memang suka awak…. Awak macam mana?” kalau aku cakap menyampah atau tak suka dia nak buat apa? Tinggalkan aku di tepi jalan? Ada aku kisah.

“Saya sebenarnya tak suka tengok awak… dengan kata lain saya menyampah..” lurus aku cakap. Aku test dulu.. kalau dia marah? Terima jelah. Ego akukan tinggi macam gunung. Walau suka cakap tak suka. Walau sedih cakap gembira. Semuanya aku twist.

“Walau awak menyampah sekalipun.. kita tetap kena kawin juga.. ayah awak dah setuju. Kenapa awak takut?”

“Kawin.. kawinlah.. apa susahnya… saya tak susah.. saya ikut je. Tapi awak tak rasa rugi ke kawin dengan saya? Manalah tau.. tup…tup.. lepas je kawin saya lari..”Aku cuba memancing.

“Tak de rasa apa-apa… kita kan kawin gantung…saya rasa sayalah yang paling beruntung…jimat belanja…dapat isteri… awak pulak  tak rasa rugi ke?  Kena kawin gantung?”  Pandainya dia belitkan ayat aku. Aku geleng kepala.

“Tak… saya redha.. dah takdir saya macam ni saya nak buat macam mana.” Malas nak panjangkan hal ni. Boleh je kalau nak gaduh lagi.. tapi aku dah tak de mood sebab lapar tak makan lagi.

“Saya pun redha kalau awak lari... ” Kata Ezran. Ini ke proses mengenal hati budi? Entah aku pun tak pasti. Kadang-kadang kami okey.. kadang-kadang kami tegang.

“Saya ni tengah memikir ni… awak nak bawa saya pergi mana? Ikan ni macam mana? Takkan saya nak masak kat tepi jalan kot..”Aku cuba lari dari topik perbualan.

“Aci tak kalau kita pergi berkelah…?”

“Haish!! Tak aci… nak berkelah kat mana? Tepi jalan?” Kalau pergi berdua aku rasa tak baguslah. Kereta masih meluncur laju destinasinya aku tak pasti. Kalau macam ni aku redha jelah sebab Ezran pun redha jugak.
*********

“Okey.. kita dah sampai… jomlah..”

“Lah..tadi punyalah laju saya ingatkan kita nak pergi Australia… rupanya kat sini je..” Kataku.

“Passport tak bawa.. kalau tak ok je… ”

“Kira okeylah..ada juga passport… saya tak de passport.. saya ada kad pengenalan je..” perut aku sudah bercerut. Cacing didalam perut semuanya sudah kelaparan. Aku mengambil apam balik yang aku beli pagi tadi. Nampaknya aktiviti aku bergotong- royong di Esplanade Temerloh... tengok Sungai Pahang. Adalah satu hal yang tak selesanya… seluar aku bau ikan.

“Kenapa tak selesa ye…. Seluar dah bau ikan?” Dia ni macam tau-tau je. Aku angguk . mata aku sibuk memandang seplastik apam balik ditangan aku. Ezran sudah duduk di kerusi. Dia geleng kepala.

“Kenapa geleng kepala? Ada bau busuk ke?”

“Tak… Cuma pelik tengok awak ni… macam orang tak de perasaan… entah berapa kali je saya tengok awak ni ada perasaan… sebab tu saya cakap awak unik..”

“Minta maaflah… kebuluran mengatasi segalanya… saya makan dulu.” Penuh semulut apam balik aku suapkan. Biar dia tengok betapa gelojohnya aku makan. Nanti baru dia tahu sikap aku yang sebenar. Seluar bau ikan pun aku tak hiraukan janji perut aku kenyang.

“Lapar ke? Kenapa tak cakap tadi? Awak duduk sini saya pergi beli air dulu.” Ezran berlalu meninggal aku menghala ke kedai makan yang berhampiran. Aku nampak dia dari jauh. Aku senyum. Dalam hati aku ni berbunga gembira. Siapa yang tak gembira kalau ada orang yang ambil berat… tapi jangan ambil kesempatan atas kebaikan. Aku pun tak suka macam tu. Cuma yang tak best… taraf kami… memang tak sama. Perlahan aku kunyah apam balik.

“Nah.. nanti tercekik pulak…” Ezran memberikan milo ais yang siap dibungkus.

“Terima kasih…” Terus aku sedut air milo. Terasa tenaga air milo menyerap ke dalam tubuh aku. yah.. minum milo memang bertenaga. Bolehlah sambung gaduh semula nanti. Tak sedar rupanya mata Ezran tak lepas memandang aku. aku pandang dia dengan maksud bertanya.

“Awak tau tak….”

“Tak tau…” cepat aku meningkah cakap Ezran. Apam balik masih aku suapkan ke mulut. Teruknya aku lansung aku tak pelawa Ezran makan.

“Awak.. dengar apa yang saya nak cakap ni…”

“Ye saya dengar… kan saya jawab apa yang awak tanya..” mataku jauh memandang ke seberang. Fikiran aku mula melayang.

“Tak pelah lain kali jelah.. saya tengok awak macam tak de mood je..”

“Memang tak de mood ni… saya bosanlah... saya nak balik…”

“Nak balik… mana boleh.. kita pergi tengok wayang dulu… kat Star Mall… awak nak minat tengok cerita apa?”

“Saya suka Kisah Pak Pandir Dan Mak Andeh je…” Macam aku dan Ezran. Dia Pak Pandir aku Mak Andeh. Punyalah bodoh sampai dekat sini je. Menghadap ke Sungai Pahang… tengok bot yang lalu… satu kerja pun tak menjadi. Perancangan aku hari ini semuanya hancuss!!
**********

Panggilan telefon  yang aku terima daripada Diana mengubat kerinduan aku kepadanya. Dia bertanyakan aku mengenai majlis pertunangan aku. dia terkejut bila aku memberitahu yang aku akan di ijab kabul terlebih dahulu.

“Kenapa masa hari aku ambil barang kat rumah kita kau tak cerita pun.” Tanya Diana.

“Masa tak sesuailah. Kau sibuk mengemas takkan aku nak menyibuk bercerita hal ni. Masalahnya sekarang aku rasa perkara  ni akan jadi lebih rumit lagi. Macam mana ni.” Keluh aku.

“Ya Allah! Masalah apanya. Cuba kau buka mata sikit cik Ros oi! Orang yang nakkan kau. Bukan kau yang terhegeh-hegeh. kenapa kau tak nak? Aku nak.” Kata Diana bergurau. Ish! kawan aku sorang ni kalau bergurau boleh juga lupa dunia ye.

“Kau bukan dah ada suami ke? Tak sedar diri betul.” Kataku menambah perisa yang kurang. Diana ketawa di hujung talian.

“Aku tau kau nak. Betul tak? Jangan tipu nanti dosa tau.” Kata Diana lagi. Aku mengangguk di dalam hati tetapi mulut tetap menafi.

“Mana ada. Aku orang kecil dia orang besar.” Kataku yang tiba-tiba teringatkan petikan lagu dangdut yang penyanyinya aku tak tahu.

“Kau ni cepat sangat rasa rendah diri. Dia bukan hina kau pun. Terima jelah.” Kata Diana memujuk.



“Aku nak buat macam mana lagi. Mak, abah, abang aku semua dah setuju. Takkan aku nak jadi anak derhaka. Apa-apa pun  aku berserah pada takdir Allah je lah. Lagi satu aku takut keluarga aku tak setaraf dengan keluarga dia. Boleh ke dia orang terima orang kampung yang tak berkelulusan macam aku?”

“Dahlah kau tak payah nak fikir negatif sangat. Yang penting dia tak macam hadi.” Kata Diana. Hadi?? Tiba-tiba teringatkan hadi. Dah lama nama tu tak aku dengar.

“Okeylah kalau macam tu. Tapi kau kena balik tau tolong aku apa yang patut. Kesian juga dengan mak aku. walaupun hati aku ni masih ragu-ragu tapi maruah orang tua aku kena jaga.” Kata aku.

“Okey, gerenti beres punya.” Jawab Diana yang terus mematikan perbualan kami.
***********

Pesanan ringkas yang aku terima dari Ezran menyuruh aku pergi ke rumahnya. Dia kata ada kerja yang perlu aku bereskan. Setahu aku semua kerja sudah  aku bereskan. Agak-agaknya kerja apalah yang masih belum beres. Penatlah macam ni.

“Hoi! Termenung lagi.” Sergah Izad dari belakang.

“Ya Allah. Terkejut aku. Bila sampai?” Terkejut aku melihat Izad. Dia baru saja balik dari outstation. Gamatlah office hari ni.

“Malam tadi kita orang sampai. Kau ni macam ada masalah je. Kenapa? Cer cite..cer cite.” Izad cuba berseloroh.

“Izad aku kena kahwin.” Telus lidah aku berkata.

“Ha! Kena kahwin. Seolah-olah macam kena kahwin paksa je. Dengan siapa?” Izad bertanya.

“Dengan orang yang aku kenakan masa kita menang tender. Kau ingat tak?” kata aku yang cuba mengingatkan Izad kembali. Berkerut dahi Izad memandang aku.

“Oh! Masa kita pergi berkelah di air terjun tu. Betul tak?” Tanya Izad lagi. Aku mengangguk macam belatuk lapar.

“Orang lain dalam ofis kita ni dah tau ke belum pasal berita gembira ni?” tanya Izad lagi. Aku menggelengkan kepala pula kali ini.

“Tapi kau jangan beritahu orang lain. Sebab aku bertunang terus kahwin. Alah kahwin gantung la dimudahkan cerita.” Kataku lagi.

“Eh! Biar betul. Kau rasa betul ke apa yang kau buat ni? Aku kenal bakal tunang kau. Doktor kan?”

“Haik! Macam mana kau tau ni?”

“Haish! Tempat kecil macam ni cerita cepat tersebar. Kau kena hati-hati sikit.” Kata Izad mengingatkan aku.

“Hati-hati? Kenapa kena hati-hati aku bukan ada buat salah pun. Masalahnya dia yang datang ke rumah mak abah aku.” kataku lagi.

“Kau lupa pasal doktor tulah kau kena serang di ofis ni. Lepas ni kau kena hati-hati. Manalah tau ada yang berdendam.”

“Kau ni Izad, doakan aku perkara tak baik ye?” Aku cuak bila teringatkan peristiwa Elya.

“Sebagai kawan aku mengingatkan kau. takkanlah aku nak tengok sesuatu yang buruk berlaku pada kau. Aku pun sayangkan kau juga. Tapi sebagai kawan.” Kata Izad lagi. Ada ke orang yang nak berdendam dengan aku. Ya Allah jauhkanlah hambaMu ini dari hasad dengki manusia. Amin.

“Izad aku nak balik awal sikit hari ni ada hal. Kau boleh tolong cover line aku kan?”

“No hal punya. Pergilah selesaikan masalah kau. kesian aku tengok, serabut alam kau ni.” Kata Izad. Aku hanya tersengih mendengarkan kenyataan Izad. Memang betul pun aku serabut alam. Kadang-kadang macam orang tua nyanyuk pun ada. Bertunang plus kahwin satu package yang hadir dalam hidup aku yang semakin hari semakin matang.

Bukanlah aku tidak pandai menilai kebaikan, tetapi aku masih ragu-ragu dengan cinta yang di pamerkan. Betulkah sebegitu hingga akhirnya? Aku pun tak pasti.
**********

Penat menapak, aku sampai di hadapan rumah Ezran. Eh! Kereta encik doktor ni ada. Tak kerja ke dia hari ini? Tak payah fikirlah bukan urusan aku kerja ke tak. Pintu rumah pun terbuka luas. Ada majlis ke. Banyak juga kereta lain di depan rumah dia.

“Assalamualaikum.” Aku memberi salam ketika sampai di pintu. Saya di luar ada orang di dalam? Kataku dalam hati. Sahih ada orang ramai juga. Betullah macam ada majlis high-tea. Aku melihat penampilan aku. Seluar jeans dengan t-shirt lusuh. Argh! Redah je lah. Kau jangan nak perasan Ros… sahih kau kena basuh pinggan, hidangkan air, hidangkan makan. Bersedia untuk jadi waiter.

“Waalaikumsalam. Masuk.” Ezran menyambut aku di pintu. Arahan yang dia berikan seperti aku seorang budak di bawah umur. Banyaknya makanan.

“Minta maaflah saya lambat sikit. Awak nak saya kemas semua ni ke? Tapi majlis ni belum selesaikan. Kalau macam tu saya balik dulu. Nanti kalau dah siap awak sms saya.” Kataku yang tidak menghiraukan tetamu yang datang.

“Tak ni majlis hari lahir. Sebab tu saya tunggu awak.” Kata Ezran. Aku mencebik sedikit bila mendengar majlis hari lahir. Dah tua-tua pun nak sambut hari lahir lagi ke. Hish! Moden sangat. Memang tak sesuai. Aku ketawa dalam hati. Memandangkan ada tetamu di rumahnya aku bersalam dengan semua kaum sejenis aku. ramai juga kawan dia ni.

“Biar saya tolong kerja di dapur je.” Kataku sambil melangkah ke dapur. Ezran menarik lengan baju aku. Kenapa ada adegan tarik lengan baju ni? Betullah ni… mesti kerja aku clearkan apa yang patut.

“Awak, hari ni kan birthday awak.” Kata Ezran. Ternganga aku mendengarnya. Betul ke hari ni birthday aku. Weh! Selama ni belum pernah aku sambut birthday. Aku keluarkan beg duit aku dari poket seluar. Aku tengok Kad Pengenalan aku. Betullah… birthday aku. Dari mana dia tau birthday aku.

“Hah! Saya pun lupa birthday sendiri. Haru ni.” Tiba-tiba ayat haru keluar dari mulut . Aku mula segan-segan kucing.

“Haru? Kenapa? Saya ada buat silap ke?” Tanya Ezran hairan. Aku mengajaknya ke dapur sebentar.

“Seumur hidup saya tak pernah sambut hari lahir. Awak tak rasa ini moden sangat ke? Saya orang kampung mana biasa dengan benda macam ni.” Kataku sambil menunjukkan isyarat peace kepada Ezran. Ezran tersengih memandang aku.

“Tak pe hari ni saya sambut hari lahir awak. Jom ke depan. Kita makan. Saya dah lapar ni.”

“Bibik mana?” soalku. Hairan juga tak nampak muka Bibik petang ni. Mesti dia penat masak semua ni.

“Dia mandi kat atas.” Agak ringkas jawapan Ezran.

“Awak suruh dia masak semua yang ada kat depan tu?” Aku bertanya lagi. Bulat mata aku memandang Ezran.

“Mana ada. Danish yang masak semua tu. Bibik tolong potong buah je.” Jawab Ezran.

“Oh!” ringkas juga bunyinya. Ada ke Danish masa aku masuk tadi? Aku ni  memang teruk betul, langsung tak menghiraukan orang di sekliling aku.Kami sama-sama ke ruang tamu. Kawan-kawan Ezran masih bersembang di luar.

“Ezran ini?’ Soalan itu ditanya oleh kawan lelaki Ezran. Ibu jarinya menuding ke arah aku.

“Saya Roselaila a.k.a orang gaji baru rumah ni.” Aku mencelah terlebih dahulu memperkenalkan diri. Muka Ezran aku pandang. Aku senyum sikit. Dia mengetap giginya. Marah dengan pengakuan aku agaknya. betul apa, semua arahan dia aku turut. Buat itu, masak ini, kemas sini, hantar sana semua aku buat. Orang gaji yang tak bergaji itulah aku.

“Ami kau jangan dengar cakap tunang aku ni. Dia ni memang kuat sangat bergurau.” Kata Ezran sambil mengangkat kening ke arah aku. Oh! Aku faham kau nak kenakan aku ye. Kau cakap dengan dia orang aku tunang kau. Bila masa jari aku ni kena sarung cincin. Memang mulut tak de insuran.

“Oh! Inilah tunang kawan aku rupanya. Alahai ye lah mana pernah jumpa. Ni first time. Kawan-kawan… ni tunang tuan rumah.” Kata Ami. Amboi kau pulak yang melebih-lebih. Aku pandailah nak kenalkan diri. kau tak tau kelebihan aku bercakap. Gerenti insaf kalau kau dengar. kataku dalam hati kepada kawan-kawan Ezran.

“Eh! Kenapa tak pakai cincin tunang? Lupa ye.” Ezran bertanya kepada aku. Tersentak aku di buatnya. Bila masa pula aku ada cincin tunang. Memang kau nak kena dengan aku ni.

“Oh! Cincin tunang kita tu dah lunturlah warna dia. Mungkin awak beli yang tak original kot.” Jawabku. Inilah peluang aku mengenakan dia pula. Aku ketawa ‘lalala’ di dalam hati.

“Luntur? Tak pe lepas ni saya lima bentuk cincin baru untuk awak.” Kata Ezran. Berderai ketawa kawan-kawan Ezran. Apa yang lucunya.

“Jemputlah makan semua, kenapa pandang je. Menangis nanti makanan tu. Sebelum makan bacalah doa sendiri dalam hati. ” Kataku kepada tetamu Ezran. Mereka ketawa kecil. entah apalah yang lawak sangat pada mata dia orang. Aku tidak mengendahkan Ezran. Aku makan bersama-sama kaum sejenis aku. Memamng tak malu betul aku ni. Tapi aku seronok dapat berbual macam ni. Kalau aku bandingkan dia orang dengan aku memang jauh sangat penampilannnya macam langit dengan bumi. Tapi kira okeylah boleh juga la aku masuk berbual-bual dengan mereka.

Sedang sedap memenuhkan perut, Ezran memanggil aku. Aku mengikut langkah Ezran ke dapur. Kenapa pula ni. Macam ada masalah je.

“Ros, awak layan tetamu kita. Saya kena bertugas on-call sekarang.” Pesan Ezran.

“Tetamu awaklah, bukan tetamu saya. Tak pe saya boleh tolong awak. Bibik ada. Pergilah” Kataku. Ezran keluar dari dapur berjumpa dengan kawan-kawannya meminta diri untuk beredar kerana ada hal kecemasan.

Aku melayan tetamunya dengan bantuan Bibik. Setelah semuanya selesai aku dan Bibik sama-sama mengemas dan membersihkan apa yang patut. Riuh suara kami berdua di dapur.
“Bibik, makanan ni Danish yang masak kan? Tapi mana Danish?” Soalku kepada Bibik yang sedang mengelap pinggan untuk di simpan.

“Itu anak lagi libur ke Taman Negara sama teman-temannya.”Jawab Bibik. Aku menggangguk tanda faham. Selesai mengemas aku pulang ke sarang aku iaitu rumah sewa aku.memandangkan hari masih lagi awal aku berani pulang sendiri tanpa ditemani. tamat kerja aku untuk hari yang agak memenatkan.
********
 Harap masih ada yang sudi membaca. Berilah teguran sewajarnya

No comments:

Post a Comment