Tuesday, 8 May 2012

CINTA KFC 10


BAB 10

Hari ini adalah hari yang sungguh memenatkan Majlis pernikahan Diana dan Khai sedang berlangsung.Dari malam tadi aku tidak tidur sehingga sekarang.Dua biji panadol Actifast aku telan untuk menghilangkan rasa berat kepala.Ini semua kerana Diana kawan baik aku.Ezran… memang awal-awal lagi sudah menghantar sms meminta maaf tidak dapat menghadiri majlis yang bermakna ini.Aku pun sudah lama tidak berjumpa dengan dia. Semua kerja-kerja yang diarahkan aku lakukan seperti biasa. Tapi sekarang aku sudah bijak kerana aku tidak akan menunggu dia balik sekiranya dia meminta aku menyiadakan makan untuknya. Setelah selesai kerja aku terus balik ke rumah sewa.Telefon bimbit langsung aku tidak hiraukan semenjak semalam lagi.Aku tidak ambil pusing semua itu, janji majlis ini selesai.

Sedang menghidangan pengantin di meja, seorang lelaki agak tinggi lampai datang menghampiriku. Masih muda lagi. Aku rasa sebaya aku.

“Boleh saya bantu awak?” tanya lelaki tersebut. Aku memandang dia sambil mengerutkan kening tanda kehairanan.

“Boleh… sebab bukan kena apa-apa charge pun. Free je semua ni. Silakan.”Jawabku.

“Awak tak perasan saya?”Lelaki itu bertanya lagi.

“Ha? Kenapa? Saya ni tak cam sangat orang yang ada kat sekeliling saya. Maaflah encik saya tak cam encik.”Kataku sambil tersenyum paksa. Siapa pula orang ni seingat aku tak pernah aku berhutang dengan dia ni. Terganggu konsentrasi aku untuk menyediakan hidangan pengantin seketika.

“Lupakan jelah pasal hal tu. Mari saya tolong awak menghidang.”Lelaki itu menawarkan diri.

“Eh! Takpelah encik sebenarnya dah ramai yang membantu.Saya rasa encik boleh duduk je dekat meja sana.”Kataku sambil menuding jari menghala ke kanopi tempat tetamu menjamu selera.Aku menggeleng-gelengkan kepala kerana pening dengan hiruk-pikuk orang yang bergotong-royong.

“Kenapa?Awak tak sihat ke?”Lelaki misteri bertanya lagi.

“Eh! Taklah.Saya sihat walafiat.Kenapa muka saya macam zombie ke?”Aku bertanya.

“Mana ada ok je. Kejap ye.”Dia mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya.

“Oh! Saya tak de telefon.Nombor pun tak de.”Cepat aku mengelak.

“Saya bukan nak nombor telefon awak. Saya nak tanya awak kenal tak orang ni?” Dia menunjukkan gambar di skrin telefonnya dihalanya ke muka aku. Pasal tak pasal aku dapat malu.Ingatkan nak minta nombor telefon aku. Aku ni perasan hot agaknya. Aku ketawa dalam hati.

“Kenal. Kenapa?Apa masalah dengan dia?” Tanyaku lagi. Mustahil aku tak kenal dengan orang yang dia tunjukkan.Orang inilah yang menyebabkan hidup aku bercelaru.

“Dialah yang hantar saya ke sini…”

“Ha? Awak makan rasuah ye? Ke awak yang intip saya selama ni?” Tanyaku tak puas hati. Suara menjerit dari cerok dapur memanggil nama aku. Aku terus masuk ke dalam rumah.Lelaki tadi juga turut mengikut aku. Haish! Rimas aku.Apa hal ni. Aku tak kenal pun dia  ni. Adoi! Aku sudah sedia maklum yang Makcik Gayah tidak sukakan aku.Habislah gosip tersebar nanti kalau Mak cik Gayah nampak aku dengan lelaki ni.

“Lama betul di luar. Buat apa? kat sini banyak lagi kerja.”Tanya Kak Teh kepadaku.

“Yelah saya tau. Ada siaran tergendala tadi. Tu pasal kerja ni terhenti kejap.”Aku tesengih memandang Kak Teh and the geng yang ada di dapur.

“Hoi!Tu siapa tu?” sergah Kak Mah bertanyakan lelaki yang ada di belakang aku.

“Cuba akak tengok lepas tu akak analisislah sendiri dia tu siapa.Akak bayangkan aje dia tu siapa.Kalau akak kata dia Brad Pitt, maka itulah nama dia.” Sebenarnya aku pun tak kenal orang ni, Cuma gambar orang yang di dalam telefon bimbit tadi aku kenal. Itu sahih.Lelaki tu tergelak kecil bila dengar aku membuat lawak yang kurang lawak.

“Aku rasa elok kita jangan dengar cakap Ros ni, kadang-kadang dia ni ada kurang sikit tambahan pula dah semalaman berjaga, banyak urat halus kat kepala dia dah putus.”Kata Kak Teh pula.

“Betullah tu. Memang tengah pening alam sekitar ni.” Celah aku lagi.Lelaki itu ketawa lagi bila aku habis bercakap. Kenapa mamat ni, kurang akal juga macam aku agaknya. Aku menelah di dalam hati.

“Ni buah ni, ukir sikit barulah cantik.” Kak Teh memberikan sebiji buah tembikai.

“Kak Teh saya tak ambil seni lukis masa sekolah dulu.Jadi saya tak pandai melukis.”Aku menolak awal-awal. Orang macam aku ni manalah ada seni. Carilah orang yang seni. Bukan apa bimbang juga buah yang diukir tidak menjadi bunga tetapi menjadi naga atau harimau. Haru meja makan pengantin.

“Kalau akak tak keberatan saya boleh bantu.” Sekali lagi lelaki tadi menawarkan diri. Hrmm! Boleh percaya ke mamat ni? takde gaya pun. Kataku di dalam hati.

“Kalau macam tu baguslah nak membantu. Seni lukis awak dapat A+ ye?” Aku bertanya seolah mencabar kewibawaan mamat ni.

“Tak, saya bolehlah juga ukir-mengukir ni. Bagi saya pisau.”Kata lelaki tadi. Mata kami tertumpu kepada gerakan jari dan buah tembikai sahaja. Pandangan mata kami masih menumpu kepada ukiran yang dibuat. Tergendala semua kerja kami dek kerana melihat ukiran yang cantik tu. Kami semua terlopong melihat jarinya seperti menari-nari ketika mengukir buah.Dahsyat juga kebolehan mamat ni. malu aku sebab tersalah menelah dia tadi.

“Apa ke namanya awak ni? Tak tau lagi nama awak.”  Tanya Kak Teh. Yang lain-lain diam tidak bercakap mereka semua kembali fokus kepada kerja masing-masing.Mana yang keluar masuk menghantar makanan pengantin ke meja. Aku masih ternganga melihat betapa kreatifnya mamat ni mengukir.Aku memandang jari aku. Kenapalah jari aku ni tak berseni langsung. Patutlah…. jari aku besar rupanya. Kalaulah aku ni jenis pandai mengukir, mungkin aku boleh mengukir dengan  cara ala-ala pergerakan kung-fu. Kataku di dalam hati sambil tersenyum secara tak langsung bibir turut tersenyum juga.

“Saya Danish Danial.Boleh panggil saya Danish je.”Dia memperkenalkan diri.

“Oh… Danish.Ros! yang kau tersenyum sorang macam kerang busuk kenapa?”Tanya kak Teh hairan.

“Ha? Kenapa kak Teh?”Aku bertanya.Angan-angan aku musnah belum sempat aku berangan untuk menggayakan pergerakan kungfu. Kak Teh ni potong betullah.

“Dia beranganlah tu. Gerenti punya. Bukannya kita tak kenal dia ni macam mana. Dari kecil sampai besar kita tengok dia ” Sampuk Kak Esah. yang lain berderai ketawa termasuk Danish. Adoi! Malulah pulak bila cerita kita diketahui orang yang kita tak kenal. Hish! Lantaklah tak kena kompaun rasanya.

“Ros dengan Esah kau tolong settlekan semua ni, akak nak cari anak akak kejap. Entah ke mana pulak hilangnya.Tinggal buah je yang belum lagikan.yang lain-lain semua sudah. Nanti buah yang siap ukir ni kau letak kat hujung meja ye.” Pesan kak Teh sebelum meninggalkan kami bertiga.

“Okey kak, beres tu.” Jawabku sambil mengangkat ibu jari ke arah Kak Teh.

“Kak Ros, yang dalam gambar tadi tu abang saya. Dia yang suruh saya datang ke sini.Dia risaukan akak.Kebetulan saya datang ke sini nak berjumpa dengan dia. Sebab dah lama kami tak jumpa.”Terang Danish kepadaku.Terkedu juga aku seketika bila dia memanggil aku kakak.Ezran ni ada adik beradik rupanya. Taat betul adik dia sanggup mengikut arahan abang dia. kalau aku tak kuasa nak jadi pemerhati kepada orang lain.

“Hrmm!Awak tak sesat masa nak datang ke sini tadi?”

“Sesat juga kak.Tadi saya siap pergi ke balai polis tu minta tunjuk jalan ke sini.” Beritahu Danish. Tangannya masih laju mengukir buah betik. Fuhh!! Memang pandai Danish ni. Malu aku dengan dia ni.

“Awak ni memang kerja masak memasak ye?” Aku bertanya lagi.Itu memang hobi aku yang suka bertanya.Danish tidak menjawab dia hanya mengganggukkan kepala.Buah yang betik yang diukir hampir siap. Nampak gayanya lepas ni bolehlah aku berehat kerana kerja aku sudah selesai. Kerana kesibukan yang teramat sangat aku langsung tidak menjenguk Diana yang sedang bersiap di dalam bilik bersama mak andam.

“Okey kak, siap dah ni. bolehlah akak hantar ke depan.” Danish mengarahkan aku.

“Baik bos.”Kataku sanggup.Danish ketawa kecil mendengarkan jawapan aku.

“Kak Ros memang suka buat lawak ye?” Tanya Danish.

“Lawak ke bendanya. Betullah saya jawab macam tu. Awak bagi saya arahan.Biasanya yang bagi arahan ni bos je.”Jawabku tersengih.Danish tergelak kecil.Dia bangun dari tempat duduknya sambil menatang dua biji pinggan yang berisi buah yang siap di ukir.

“Jom kak. Saya lupa patutya saya yang bawa semua ni bukan akak. Ni kalau abang tau teruk saya kena marah ni.” Kata Danish.

“Awak selalu kena buli dengan dia ke?”Aku bertanya.Kami sama-sama berjalan ke meja makan pengantin.Ada juga mata yang curi-curi memandang.Mata aku tak lepas juga dari memandang sekeliling kot-kot ada Makcik Gayah Gosip.

“Biasalah kak, adik beradik.Tapi serius dia baik sangat.”Danish memuji abangnya.Aku mencebik kerana tidak percaya. Patutlah aku ni pun dibuli juga. Dia arahkan aku macam-macam… masak itu dan ini. Nasib baik aku masih boleh bersabar untuk lima bulan lagi mungkin. Lepas ni habislah bebanan aku.
**********

Paluan kompang menandakan pengantin lelaki sudah sampai.Dari riak muka Diana kelihatan dia gementar.Aku tersenyum gembira memandang Diana yang sudah sah menjadi isteri kepada Khai.Mungkin disebabkan gementar yang teramat sangat muka Diana serius langsung tidak senyum. Kali ni aku perlu bertugas sebagai pengapit pengantin pula.

“Kau takut ke nak naik pelamin.Cuak je muka.Kau tengok aku, gembira je nak temankan kau naik pelamin.”Kataku kepada Diana sambil berjalan diiring oleh ahli keluarga Diana untuk menyambut kedatangan pengantin lelaki.Gayaku seperti mak inang seorang puteri.Mana tidaknya aku perlu memayungkan pengantin dan mengipas pengantin. Amboi..amboi, seronok betul pengantin hari ni.

“Bodoh la kau ni. kau tak rasa apa yang aku rasa. Aku gementar la.” Kata Diana.

“Hrmm, nasib baik aku bodoh.Kalau aku cerdik mesti aku dapat rasa apa yang kau rasa.”Kataku berseloroh. Setidak-tidaknya dapat juga aku menenangkan hati puteri yang nak bersanding ni.

Rombongan pengantin lelaki sudah sampai jarak antara hanya tinggal lebih kurang 10 meter sahaja.Aku lihat Khai sungguh bergaya seperti seorang pahlawan yang berjaya mengalahkan lawan.Senyum gembira tergambar di wajah Khai dan Diana apabila mereka kami satukan dan beriringan berjalan menuju ke pelamin raja sehari.

Kalau mengikutkan kata hati waktu ini hendak saja aku pulang ke rumah mencari tilam dan bantal.Kepalaku terasa berat semula.Panadol yang aku telan pagi tadi mungkin tidak membawa apa-apa makna dek kerana kepenatan yang teramat sangat.Aku membisikkan ke telinga Diana memberitahu sesuatu.Khai memandang aku, matanya seolah-olah bertanya kenapa.Aku menunjukkan isyarat sakit kepala.Khai mengangguk tanda faham.Aku turun dari pelamin mencari Aishah.

“Aishah, tolong jadi pengapit Kak Diana ye. Kak Ros dah tak boleh tahan ni berat kepala.”Kataku kepada Aishah. Majlis merenjis air mawar sedang dijalankan. Aku sudah tidak menghiraukan kemeriahan majlis.Apa yang penting sekarang balik rumah dan berehat. Beban tugas aku untuk majlis Diana semua sudah selesai.Aku harap Diana gembira sampai hingga ke hujung nyawa.

“Mana tak sakit dah berapa hari bertungkus-lumus buat kerja ni. Kak Diana ni pun satu, nak juga Kak Ros jadi pengapit dia. kesian akak.” Kata Aishah.

“Yelah.Kawan punya pasal nak buat macam mana. Bimbang juga nanti dapat anak meleleh air liur sebab kempunan akak tak apitkan masa bersanding.” Aku cuba berseloroh. Aishah tergelak comel.Kipas pengantin aku berikan kepada Aishah.Kiranya ini sebagai tanda penyerahan tugas kerana aku perlu bersara dari majlis yang gemilang lagi terbilang untuk hari ini.

Sakit kepala mengatasi segalanya.Aku kebelakang rumah mencari-cari kelibat emak.Ternampak dia sedang menolong orang membasuh pinggan.

“Mak saya nak balik dah ni. kepala saya sakit ni. nanti mak taklah tercari-cari saya.”

“Yelah pergilah balik.Boleh berehat pula.”Kata emak.Mak Long Temah tersenyum memandang aku.

“Tak pelah teruk bekerja untuk majlis orang lain. Sebab tak lama lagi majlis kau pulak.”Kata Mak Long Temah.

“Iyalah tu Mak Long...saya pun tak tau tahun bila. Siapa yang nak orang macam saya ni Mak Long.” Kataku yang cuba menyorok cerita.

“Ish!angin-angin dah ada. Takkan tak betul lagi.” Sampuk Mak Melah.

“InsyaAllah kalau ada je jodoh ye mak.”Kataku sambil memandang emak.

“Kau tu pergi la balik kata sakit kepala.”Arah emak.

“Yelah mak, tapi tadi ada adik Ezran.Saya suruh dia duduk dengan abah.”

“Takpe.Ros baliklah. Muka pun dah pucat tu.” Arah emak.
*******

Nyanyian lagu dari kumpulan CN blue mengejutkan tidur aku. Siapa pula yang mengganggu tidur aku yang lena. Memang nak kena lempang juga orang ni. Aku terus mencapai telefon yang berada di atas alamari sebelah katil aku.

“Hello, assalamualaikum.” Bicara aku dengan suara yang lemah dan penat yang masih belum hilang.

“Waalikumsalam, awak sihat tak?”Tanya suara di hujung talian.Bingkas aku bangun bila terdengar suara Ezran.

“Sihat….sihat, kenapa awak nak suruh saya kemas rumah awak ke?Atau awak nak suruh saya masak untuk awak?Tapi sekarang tak boleh sebab saya di kampung sekarang ni.” gugup aku bercakap.Tiba-tiba perasaan aku jadi caca marba. Haish! Masalah sudah mari elok rasanya aku lari.

“Awak ni mengigau ke apa? Takkanlah tengah-tengah malam macam ni saya nak suruh awak masak.”Ezran ketawa dihujung talian.

“Kalau awak dah tau sekarang ni dah tengah malam buat apa awak telefon saya. Sekarang ni waktu tidur. Saya nak tidur la.Esok-esok je lah bercakapnya.”Kataku.

“Sekarang ni saya tengah free.Waktu macam nilah saya ambil kesempatan menelefon awak.Bila saya sibuk langsung tak de peluang.” Beritahu Ezran.

“Tapi saya tak free ni. tidur dah memanggil saya. Peluang akan datang lain kali. Saya nak berehat dulu ye.Assalamualaikum.”Aku menamatkan perbualan di situ sahaja.Mata dan hati sedang mengadakan piket di dalam diri.Aku perlu menurut kemahuan mereka.Bantal aku tepuk supaya dapat tidur yang berkualiti manakala selimut ku tarik menyelimuti tubuh dari kedinginan.
*******

Selesai solat subuh aku meminta izin dari emak untuk melakukan aktiviti favourite aku iaitu acara jogging berseorangan. Emak seakan hairan kenapa aku hendak berjogging pulak hari ini. mungkin dah lama mak tak tengok aku jogging agaknya. Diana! Confirm tak layan kalau aku ajak jongging pagi-pagi macam ni. Dia sudah jadi isteri orang.Komitmennya lebih banyak.Aku yang single membawa hati sendiri.

“Mak! orang pergi dulu ye.” Jerit aku dari luar rumah.

“Yelah.”Ringkas jawapan emak.

Aku memulakan langkah larian yang konsisten.Suasana pagi memang menyegarkan dan menenangkan.Kehijauan pokok-pokok dan bukit-bukau masih terpelihara.Bunyi burung berkicau menjadi lagu merdu pada pagi ini.Aku melintasi kawasan rumah Kak Esah.dia sedang menyidai baju. Acara jogging berseorangan aku mencuri tumpuan kak esah.

“Hai Ros, Jogging ke?”Laung Kak Esah dari tepi halaman rumahnya. Haish! Inilah orang kita, dah sahih nampak aku berlari macam ni… tanya lagi. Aku berhenti untuk menjawab pentanyaan kak Esah.

“Taklah kak, tengah basuh kain ni. Akak tengah sidai baju ke?”Laung aku yang tak kurang hebatnya.

“Eh! Akak tengah basuh pinggan ni. tak nampak ke?” Kak Esah menjawab sambil ketawa kecil.

“Oh!Tak tau pulak saya akak pun dah senget macam saya.Takpelah kak saya nak basuh kain dulu nanti tak siap pulak kerja saya. Bye kak.” Laungku dengan nada bergurau.

“Okey!Jalan elok-elok jatuh bangun sendiri.” Kata Kak Esah. Dia seorang yang baik hati tambahan pula kami masih ada pertalian darah walaupun sudah agak jauh. Dia faham cara aku yang memang suka bergurau.

Telefon bimbit menyayikan lagu CN Blue. Siapalah menelefon pagi-pagi macam ni.

“Hello, Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam. Awak hari ni saya nak datang rumah awak dengan keluarga saya.Malam tadi tak sempat nak bagi tau, awak cepat sangat putuskan talian.Awak jangan pergi mana-mana ye tunggu saya datang.”Riang suara Ezran memberitahu aku. Aku menelan air liur bukan kerana penat berlari tetapi kerana memikirkan masalah apa pula yang akan timbul lepas ni. langkah mati di situ sahaja. Sekarang ni aku perlu berpatah balik ke rumah semula. Kenapalah doktor ni suka sangat buat aku terkejut. Ini memang masalah besar kalau sudah melibatkan keluarga dia. Macam mana aku nak beritahu emak ni.

Aku berlari-lari anak supaya cepat sampai ke rumah.Hati aku rasa menggelegak dengan tindakan drastik gila Ezran.Kepenatan semalam masih belum hilang lagi, ditambah pula dengan masalah yang bakal datang.
**********

“Jadi saya sebagai ayah kepada Ezran meminta majlis pertunangan diadakan serentak dengan majlis akad nikah dengan kata lain nikah gantung dahulu bukan kerana tidak mampu untuk menghantar duit belanja. Memandangkan keadaan kerja bakal pengantin kami yang sibuk. Jadi kami mohon supaya majlis kenduri kita adakan bila bakal pengantin dapat kelulusan cuti daripada majikannya kerana sekarang cuti terpaksa dibekukan kerana kekurangan doktor yang bertugas .”Terang ayah Ezran secara panjang lebar.Aku  menekup mulut mendengarkan permintaan untuk terus bernikah. Terasa mahu sahaja aku melompat untuk berada ditengah-tengah majlis menunjukkan isyarat tidak untuk majlis akad nikah.

“Saya juga bersetuju dengan cadangan ayah Ezran kerana keadaan sekarang sekarang bukan seperti zaman dahulu.Demi menjaga tingkah laku mereka elok mereka di satukan terlebih dahulu.Sekiranya mereka keluar berdua-duaan sudah tidak menjadi salah kerana mereka sudah sah bernikah. Jadi majlis kenduri kita adakan kemudian. Janji kita buat yang terbaik supaya mereka menjaga maruah kita juga.”Sambut abah aku yang bersetuju dengan cadangan ayah Ezran.Tiga orang abang aku juga bersetuju dengan cadangan itu.

Aku membantu emak menghidang apa yang patut. Lemah lutut aku mendengar perkataan kahwin. Nasib baik ada tiga orang kakak iparku membantu menyiapkan hidangan. Rupanya mak, abah dan abang-abangku sudah maklum dengan kedatangan mereka. Emak awal-awal lagi sudah menempah minum pagi untuk tetamu pagi ini dari kedai Kak Ani Bulat semalam. Jadi hanya aku yang belum tahu pasal hal ni. aku mula syak sesuatu, takkan mak dan abah bersekongkol untuk kahwinkan aku. Tak mungkin!

Kalau nak ikutkan hati memang aku nak spoilkan majlis hari ni. Tapi memandangkan mak ada menghidap penyakit darah tinggi aku batalkan niat tak baik itu. Bimbang juga sekiranya aku buat hal, mak  pula yang tumbang. Aku tak nak jadi anak derhaka.Itu semua aku tolak tepi dulu yang penting keselamatan mak dan menjaga maruah mereka.Mak… anak mak masih waras.Aku tersenyum sendiri.

“Sempat lagi berangan!”Sergah Kak long dari belakang.Hampir terlepas cawan dari tanganku kerana terkejut.

“Opocot mak aku!”Aku melatah seperti orang hampir nyayuk.Berderai ketawa mereka melihatkan gelagat aku.

“Tak lama lagi nak jadi tunang orang serentak isteri orang. Seronoknya kami. Tak sabar nak timang anak saudara.”Kata Kak Long sambil tersenyum memandang aku.Mendengar perkataan anak aku menggelabah.Kalau sebut pasal kahwin mesti perkara pertama yang terlintas anak. Kakak ipar aku ni pun satu hal jugalah. Dia tak tau yang majlis hari ini semuanya seperti lakonan aku dan Ezran. Kamilah pemegang watak utama. Tapi kenapa aku tak ambil kisah pasal kahwin ni ye. Aku syok sendiri agaknya.

“Akak rasa elok kalau kau pergi salin baju dahulu.Mesti pihak lelaki panggil kamu nanti.Dia orang belum jumpa kau lagikan?” Tanya Kak Long.

“Belum Kak. Tapi nak pakai baju apa? Baju kurung? Saya tak de baju jenis lain selain dari baju kurung.” Satu soalan bodoh keluar dari mulut aku.

“Kenapa kau nak pakai t-shirt dengan seluar track yang koyak bulat dilutut ni? boleh juga tapi kurang bijak.” Nasihat Kak Long.Kakak ipar aku yang dua orang lagi terus membuat kerja masing-masing.Apa salahnya kalau aku pakai macam ni pun. Terpulanglah pada dia orang nak terima atau tak.Bukan aku nak kahwin betul-betul pun. Lantaklah! otak aku masih kabur dengan situasi hari ini.

Kaki melangkah menuju ke bilik untuk menyalin baju. Kalau tadi gaya aku seperti seorang ahli sukan sekarang aku perlu tukarkan gaya aku seperti seorang gadis muslimah. Aduh! Penatlah kena menukar karakter.Kalaulah aku ada tongkat sakti seperti cerita jepun Miss Comet masa aku kecil-kecil dahulu sudah tentu bagus.Apa yang aku hajatkan boleh ditunaikan dengan tongkat sakti sahaja. Ting! Bertukarlah kepada gadis muslimah.

“Ya Allah!Tak siap tukar baju lagi?” sergah emak yang menerjah masuk ke bilik tiba-tiba.Aku yang sedang berangan terkejut seperti nampak hantu.

“Eh! Mak, tak delah tengah pilih baju mana nak pakai.”Kataku memberi alasan supaya tidak dibebel emak.Baju kurung warna ungu lembut beserta selendang aku ambil dari dalam almari.Lemah tanganku bergerak untuk menukar baju. Dalam hati aku berkata, Betul ke apa yang aku buat ni? tiba-tiba aku teringat tentang solat istikharah. Betul aku sepatutnya  melakukan solat isthikarah untuk mencari kepastian.

“Jom kita keluar.Keluarga pihak lelaki nak kenal dengan Ros.”Emak menarik tangan aku keluar dari bilik.Kaki seolah-olah tidak mahu melangkah, berat rasanya.Apabila sampai di ruang tamu mereka sedang menjamu selera.Tiga orang abangku hampir tersedak memandang aku yang berpakaian luar dari biasa. Mata Ezran, Danish dan kedua orang tua mereka tertumpu memandang aku. Aku melemparkan senyuman. Ikhlas ke senyum aku? Aku tanya sendiri dalam hati. Kira bolehlah, janji senyum.

Aku menghulurkan salam terlebih dahulu kepada seorang perempuan yang berumur lingkungan 50-an sebelum duduk di atas lantai. Firasat aku mengatakan itu ibu Ezran.Waktu itu hendak sahaja aku bersila seperti seorang pahlawan.Memandangkan keadaan tidak membenarkan aku bekelakuan begitu.

“Inilah anak perempuan saya Roselaila.”Emak memperkenalkan aku kepada orang tua Ezran.Ezran dan Danish tersenyum memandang aku yang tidak menunjukkan sebarang reaksi. Sebenarnya aku geram dengan doktor yang menyusahkan aku ni. masih boleh bermuka tembok dihadapan aku seolah-olah aku setuju dengan semua ini. awak bernasib baik hari ini disebabkan aku terpaksa menjaga nama baik mak abah. Tak mengapa lepas ni kau taulah nasib kau pulak. Sekarang roda kau sedang berada di atas. Kau senyum sampai ke telinga nasib tak rabak je mulut tu.

“Baru sekarang dapat jumpa bakal menantu. Sebelum ni Ezran langsung tak bercerita sebenarnya. Nasib baik si Danish yang pecah rahsia. Kami pun dah risau makin lama umur makin meningkat tapi langsung tak de gaya nak mencari teman hidup.” Kata emak Ezran sambil menyuapkan makanan ke mulutnya.

“Mak ni takkan tak tahu abang ni kan pemalu orangnya. Nak bertegur dengan perempuan jangan harap.” Sampuk Danish. Merah muka Ezran bila dikenakan adiknya.Mak dan abah yang turut menjamu selera ketawa kecil.Aku mula mencebikkan bibir memandang Ezran. Pemalu konon, boleh blah! Suka memalukan orang adalah.Aku mengomel sendiri di dalam hati.Hari ini penat hati aku bercakap seorang diri.Hanya aku yang tahu.

Sebenarnya ada sesuatu yang ingin aku beritahu di sini.Tapi entah kenapa lidah seakan kelu untuk berkata-kata.Aku simpan dahulu niat di hati untuk kemudian hari. Dengan penuh sopan dan santun seperti seorang puteri duri semalu mengambil semangkuk penuh mi kari untuk mengisi perut yang kosong bersama tetamu kehormat pada hari yang penuh bermakna ini. Walaupun bulat mata emak memandang aku, langsung aku tidak endahkan.Aku tersenyum simpul seperti budak kurang akal.
************

No comments:

Post a Comment