Friday, 16 March 2012

RASA SUARA HATI


RASA SUARA HATI

Sakit yang tiada kesudahan
Entah bila kan bertemu penyembuhnya
Aku hampir menyerah dalam pasrah
Mahligai anyaman kasih bertaut sayang yang aku bina
Seperti hampir goyah
Bukan kerana dilanda badai
Tapi hatiku yang gusar sendiri
Melihatkan keadaan diri yang terperi

Wahai raja yang bertakhta di dalam mahligai
Keizinan ku pohonkan
Lepaskanlah aku sekiranya khidmatku sudah tidak diperlukan
Apa guna memandang aku yang cela
Aku tidak punya apa-apa melainkan bakal menyusahkan

Wahai raja yang bertakhta di dalam mahligai
 Matamu yang bersinar memandang ke luar jendela
Kerana di situ banyak kegembiraan dan hiburan
Berbanding aku dimatamu hanya kecelakaan
Aku bertanya: apa yang kamu lihat?
Jawabmu: Aku melihat permandangan petang yang sungguh indah
Tatkala itu bibirmu mengukir senyuman
Aku tahu kau sedang berbohong
Bibirku mengukir senyuman pahit
Lantas matamu menjeling ke arahku yang tersorot di sudut sempit lagi terhimpit

Aku sedar diri wahai raja
Dari gerak matamu aku amat memahami
Dari langkah kakimu aku amat mengenali
Dari riak wajahmu aku amat mengetahui
Aku tidak lagi diperlukan disini
Jangan cuba kau selindung wahai raja
Katakan dengan sejujurnya
Aku bersedia menerima seadanya
Sungguh aku tidak sukakan kepura-puraanmu
Aku juga sebenarnya lebih rela mengundurkan diri
Sebelum dihalau, dihina dan dimaki
Aku tahu sudah ada bakal menjadi pengganti
Andainya aku pergi dari sini
Perasaan yang kau pendam disebalik hati
Usah dinafi perasaan itu
Kerana aku pasti.

No comments:

Post a Comment