Tuesday, 8 May 2012

CINTA KFC 8


BAB 8

Panggilan yang aku terima dari Aril sepupuku tadi betul-betul membuatkan aku gembira.Sudah tiga tahun kami tidak berjumpa kerana dia melanjutkan pelajarannya ke Jepun.Sebelum dia berangkat ke Jepun dia sudah berjanji apabila balik nanti, akulah orang pertama yang dia ingin jumpa.Sebenarnya kami sentiasa berhubung melalui Facebook dan laman Chatting.

Aril adalah sepupuku yang paling rapat denganku tambahan kami sebaya dan membesar bersama.Aril anak sulung daripada empat beradik.Emak Aril adalah adik kepada abah aku.Aril lelaki yang sederhana tetapi baik hati.Kalaulah dibuat anugerah pertandingan sepupu lelaki paling romantik sudah pasti Aril menjadi pemenangnya.Aku senang sekali jika berada disamping Aril, mungkin kerana dia yang suka mengambil berat tentang diri aku.

Teringat aku semasa aku ditingkatan satu semasa aku mula-mula datang bulan, aku masih tidak pandai menyesuaikan diri dalam keadaan begitu.Entah macam mana, kain sekolah aku ditembusi darah.Aku hanya menangis kerana malu dan bimbang menjadi ejekan kawan-kawan lelaki.Arillah yang datang memujuk aku walaupun kami berlainan kelas.Lucu bila aku terkenangkan peristiwa dulu-dulu, bodoh sungguh aku waktu itu.Keakraban aku dan Aril menyebabkan kami menjadi bahan ejekan.Tapi itu semua aku tak ambil peduli.Dia orang bukan tahu pun kenapa aku dan Aril seakrab itu.Namun ditingkatan tiga Aril bertukar ke Sekolah Teknik aku pula masih di sekolah lama.

“Hoi! Termenung jauh nampak..dah sampai kemana?” Sergah Azrul membuatkan lamunan aku terhenti disitu.

“Ish!kau ni Azrul, aku baru nak beli tiket kapal terbang..kau dah potong …jadi tak sempat sampai ke destinasi lagi..” Jawabku.

“Kau ni kan kalau bercakap mesti guna ayat yang susah nak faham… selalu aku kena pikir dulu apalah maksud yang kau cakapkan.”

“Oh! Aku biasalah bakal sasterawan Negara memang bercakap menggunakan bahasa yang susah nak faham. Aku rasa kau kena pergi kelas bahasalah, tingkatkan pengetahuan bahasa. Tu belum lagi aku berpantun….”

“Banyak la pantun kau..” kata Azrul.

“Azrul… Mr. Leong ada tak hari ni?” Perlahan suara aku bertanya.

“Ada..dalam bilik dia..kau tak nampak ke masuk tadi?”

“Tak..aku rasa bos kita tu boleh jadi halimunan kot.. tu pasal aku tak nampak dia masuk.”Aku dah mula melalut.

“Jangan nak merepek… kenapa kau tanya dia?”

“Aku nak cuti empat hari.Ada hal emergency.”

*****
“Diana! Esok sampai Jumaat aku cuti.Sepupu aku Aril, dia nak datang rumah.”

“Oh! Aril nak datang… hrmm..lama betul aku tak jumpa dia.. macam mana dia sekarang?”

“Macam tu lah juga..tak berubah pun.”

“Bila kau sebut nama Aril aku terus teringat masa zaman kita sama-sama sekolah dulu. Ya Allah nakalnya dia tu..dah la palingsuka buli orang. Tapi kalau orang buli kau mesti dia siaplah orang tu dikerjakan.”

“Dia sayangkan aku, mestilah dia protect aku..tambahan pulak..kan mak aku yang jaga dia masa dia kecil, bukan kau tak tau kita kan kawan dalam perut sampailah keluar dari perut pun kita masih lagi rapat.”

“Ezran tau tak yang kau nak cuti ni?” Tanya Diana. Ish! Diana ni baru je aku nak bergembira menyanyi lagu Lalalala… dah potong angin aku.

“Tak…” Ringkas jawapan aku.

“Kau bagi tau dia juga..sian dia nanti… jangan  buat diam je.. susah sangat ke nak hantar sms, bukan rugi sangat pun.. aku kesian la tengok dia.”Diana mula membebebl. Mungkin hari ini telinga aku akan hangus dengan bebelan tanpa henti.

“Yes madam! Nasihatmu terpahat di dalam hatiku selamanya.”Aku tersengih. Diana menyambungbebelan free tanpa wayar.

Satu persatu bebelan Diana keluar dan masuk dari telinga kanan ke telinga kiri. Sambil aku mendengar dia membebel aku menghantar satu sms kepada Ezran memberitahu aku yang aku akan bercuti. Dia juga tak perlu risau kerana aku pulang ke kampung.Pesanan ringkasku tidak berbalas, mungkin dia sedang sibuk dengan kerjanya.Aku lihat Diana berlalu ke dapur.Haus agaknya setelah penat membebel.

Aku tersenyum senang hati apalah perancangan yang aku nak buat untuk menyambut kedatangan Aril.Masih belum ada idea yang terlintas di dalam fikiranku.Deringan handphone mematikan idea yang baru nak muncul.

“Hello… Assalamualaikum…” Suara seorang perempuan dihujung talian.

“Waalaikumsalam… boleh saya tau siapa bercakap ni?” Tanyaku hairan. Aku langsung tak kenal suara perempuan ni.

“Saya Elya… Saya nak..”

“Elya??Apa hal? Dari mana kau dapat nombor telefon aku ni.” Belum sempat Elya menghabiskan ayat aku memotong cakapnya.Hairan aku, dari mana dia dapat nombor telefon aku.

“Tolonglah Ros..saya nak jumpa awak hari ini.. saya betul-betul ada hal penting.. awak je yang boleh tolong saya... tolonglah.” Elya merayu.Sedih bunyi suaranya dihujung talian. Aku ni pula kalau ada yang merayu mulalah aku kasihan. Serba salah aku dibuatnya. Nak tolong ke tak..nak tolong ke tak. Hati aku berbelah bagi.

“Hrmm.. oklah awak tunggu saya kat kedai dua ringgit depan bank tu… kebetulan saya nak balik kampung ni.” Jelasku.

“Terima kasih..saya tunggu awak kat sana.” Kata Elya.Perbualan kami tamat disitu sahaja.

Aku bergegas masuk ke bilik, mengambil dua helai baju t-shirt untuk dibawa balik ke kampung.Laptop, broadband, handphone adalah barangan wajib yang perlu dibawa bersama.Aku meminta Diana menghantar aku stesen bas.Namun aku rahsiakan pertemuan antara aku dan Elya daripada pengetahuan Diana.
*****

Laju kaki aku melangkah ke kedai dua ringgit.Pasti sudah lama Elya menunggu aku disitu.Dari jauh aku sudah nampak Elya berdiri di hadapan kedai.Termengah-mengah aku sampai dekat Elya.

“Elya..Sori ..aku lambat sikit.. by the way.. kenapa angin takde ribut takde kau nak jumpa aku ni? Ada masalah ke?”Aku bertanya.Muka Elya yang lemah seperti orang hilang semangat aku pandang tepat.

“Aku nak..nak…” belum sempat Elya menghabiskan kata-kata berjurai airmatanya keluar. Aku dah mula serabut. Apahal pula minah ni..boleh pulak ada scene menangis kat tengah orang ramai macam ni.

“Adoi..kau ni kenapa menangis pula.. bukan aku lempang kau pun.. masa kau lempang aku dulu.. aku tak nangis pun.. Hey.. Elya jangan macam..cuba kau cerita apa masalah kau sebenarnya. Aku tak de masa ni..kejap lagi bas aku sampai.”

“Aku nak minta tolong dengan kau..tinggalkan Doktor Erlanda.. tolonglah aku..aku merayu.. aku sanggup melutut pada kau.. tolong tinggalkan dia.. aku betul-betul cintakan dia.. tolonglah aku.”Kata Elya sambil memegang lenganku tiba-tiba.Aku rimas bercampur kasihan, perlukah aku bagi nasihat kepada Elya. Aku ni pula nak balik ke kampung, karang pasal tak pasal kena tinggal dengan bas pula. Aduh! Serabut alam sekitar betul.Walau macam manapun aku perlu selesaikan masalah ini dahulu.Baru senang hati.  Tenag Ros..tenang semuanya dalam kawalan. Aku bermain dengan emosi sendiri.

“Okey-okey..macam ni.. jom kita pergi minum dulu…” Aku menarik tangan Elya menghala ke Kopitiam.Elya pula hanya menurut ajakan aku.

Sampai ke Kopitiam terus aku mencari tempat duduk yang agak privacy sedikit untuk berbincang.Kami sama-sama duduk.Elya tersenyum tawar memandang aku tetapi aku tersenyum ikhlas.

“Aku betul-betul cintakan dia.. kau tolonglah aku.” Tukas Elya.

“Ye..aku tau kau cintakan doktor tu.. aku tak kisah.. tapi soalnya kau tanya tak dengan Doktor Erlanda.. dia sukakan kau ke tak?” aku bertanya Elya. Niat aku bukan untuk memalukan dia tetapi untuk menyedarkan dia tentang hakikat sebenar.

“Aku dah tak kisah dengan semua itu aku sanggup buat apa saja untuk Doktor Erlanda.. Cuma aku tak mahu ada yang menjadi penghalang cinta  aku. Masalah aku sekarang ni..kau yang menjadi penghalang cinta. Disebabkan kau Doktor Erlanda berubah hati dan nak bertunang dengan kau. Tak adil! Tak Adil!” Keras suara Elya membuat kenyataan.Aku mengawal emosi aku sebaiknya supaya tidak menimbulkan apa-apa masalah antara aku dan Elya. Aku rasa Elya ni memang dah psiko. Confirm dia tak sedar apa yang dah berlaku ke atas diri dia.

“Macam nilah Elya, aku tak suka nak berebut-rebut benda yang remeh-temeh macam ni. Aku rasa elok kau jumpa dengan doktor yang kau cinta sangat tu. Aku tak nak masuk campur hal macam ni..aku pening la.” Aku berasa sedikit cuak. Bosan dihimpit masalah cinta bersegi-segi macam ni. Kenapalah si Elya ni takde perasaan malu. Sanggup merayu-rayu, memaki, memarah dan memukul demi mendapatkan cinta yang tak pasti.

“Tolonglah aku..aku harap kau tolong aku.. aku betul-betul mengharap doktor tu akan jadi milik aku.. aku merayu pada kau.. aku sanggup buat apa saja demi mencapai cinta aku..” Elya menangis semula.Aku mula berasa tak sedap hati kerana perangai Elya boleh bertukar-tukar sekali marah sekali menangis.Bimbang juga kalau dibuatnya tiba-tiba Elya ketawa.

“Elya..bertenang ok.. aku nak kau balik rumah dulu.. nanti aku cakap dengan Doktor Erlanda yang kau cintakan dia sangat-sangat.” Kataku memujuk. Aku terpaksa buat begitu kerana aku lihat Elya seakan boleh hilang pertimbangan dan akan bertindak agresif. Walaupun aku bukan doktor psikologi tapi aku selalu membaca info tentang masalah psikologi jadi dari wajah Elya sudah menggambarkan dia di dalam keadaan tertekan.Lebih baik aku pujuk dia supaya dia tidak bertindak agresif.

“Betul..janji ye… beritahu doktor yang aku sangat mencintainya sepenuh hati.” Kata Elya. Dia berhenti menagis wajahnya tiba-tiba bertukar ceria.

“Betul..aku janji..” Kataku ringkas sambil tersenyum.Elya bangun dan meminta diri untuk pulang.Kelihatan dia begitu senang hati berjalan keluar dari kopitiam sambil bernyanyi.Dia tak mengendahkan orang yang sedang makan dan minum memandang ke arahnya.Aku pula hanya menggeleng-gelangkan kepala melihat kelakuan Elya.

Aku menghirup milo panas yang sudah menjadi suam perlahan-lahan.Aku ingatkan cerita Elya Penagih Cinta dah tamat masa kat hospital dulu.Rupa-rupanya masih ada lagi kesinambungan cerita.

“Hoi! Jauh termenung..ingatkan siapa?” Aku menoleh ke kanan.Azrul rupanya.

“Haish! Kau ni buat aku terkejut je. Nak join..marilah..” Kataku mempelawa Azrul.

“Memang pun nak join walaupun kau tak pelawa aku. Kata nak cuti kenapa tak balik lagi?”Tanya Azrul sambil menarik kerusi dan terus duduk.

“Aku dah tau kau memang tak malu. Nilah aku nak baliklah ni tapi ada hal sikit tadi. Orderlah aku belanja.”

“Aku heranlah tengok kau ni..duit tak pernah putus padahal kerja kat syarikat tu berapalah sangat gajinya. Aku ni selalu je tak cukup. Paras-paras hidung je duit gaji aku.” Kata Azrul.

“Betul lah tu, kau pakai kereta, kau hisap rokok banyak belanja tu. Aku ni takde apa yang ada nak kemana-mana kena jalan kaki. Sebab tu duit aku cukup.”

“Aku tak percaya.”Kata Azrul sambil menghirup air kopi.

“Tak percaya sudah. Alamak! Azrul aku kena gerak dah ni. Kejap lagi bas nak jalan pasal tak pasal kena terlepas bas nanti. Okey lain kali kita borak lagi ye..bye.” Tergopoh-gopoh aku meminta diri.Tercengang Azrul memandang aku yang berlalu darinya.Aku terus menonong keluar tanpa menoleh.Sampai dipintu aku terlanggar seseorang.

“Ya Allah, minta maaflah encik salah saya tak pandang kedepan. Alamak habis jatuh dokumen encik.Minta maaf sangat-sangat” Kataku sambil mengutip kertas yang jatuh ke lantai.

“It’s ok..small matter.. bukan awak sengaja nak langgar saya.” Katanya.

Kertas yang aku kutip aku pulangkan ke tuan yang empunya iaitu mangsa langgar aku. Dia tersenyum memandang aku. Aku mengundur setapak kebelakang dan menganggukkan kepala tanda terima kasih.Kelewatan aku hari ni boleh menyebabkan aku ditinggal bas. Aduh! Laju aku berlari menuju ke stesen bas.
*****

Perjalanan selama lima jam setengah ke Cameron highlands yang melalui Jerantut- Lipis- Cameron Highlands agak memenatkan. Sepanjang perjalanan hanya Aril yang memandu aku pula sibuk membuat tahi mata.Sesekali ada juga Aril merungut kononnya menyesal bawa aku yang asyik tidur.Memberatkan kereta dan membanyakkan makan.Dia tahu aku kuat makan.Dari awal lagi aku berniat nak rabakkan poket seluar Aril hari ni.

“Ros..bangun.. dah nak sampai ni.. kita nak ke mana dulu ni?” Tanya Aril.

“Kita isi perut la dulu..nanti tak larat nak jalan.. dah lah cuaca kat sini sejuk.” Jawabku.Aril menurut perintahku terus mengahala ke kedai makan.

“Okey Madam.Hari ini mintalah apa-apa pun.Permintaan akan ditunaikan.”Kata Aril dengan suara yang agak kuat.

“Hai, dah memberikan offer yang baik. Peluang depan mata. Kalau orang makan duit orang lelaki mak mesti marah.Tapi kalau duit Aril mesti mak tersenyum bangga.”Kataku.

Percutian kami berdua kali ini agak menyeronokkan setelah sekian lama tidak berjumpa.Cerita kami berdua memang tak pernah habis.Aril tak habis-habis bercerita pengalaman semasa menuntut di luar Negara.

Sebelah petang aku dan Aril menikmati The ‘o’ panas bersama wafel berperisa strawberry. Sedaplah pula makan wafel kat Cameron Highlands ni tak sama macam kat tanah rendah. Aril asyik memandang aku yang sedang makan manakala dia masih belum menjamah razeki di depan mata.

“Hrmm.. awak ni tak berubah langsung.. dari kecil sampai besar tetap macam ni. Aril suka kalau kita boleh lebih rapatkan bagus..”

“Ha! Jangan nak main sedap mulut je cakap ingat asal usul kita… Dah! Makan... kata nak pegi Ladang Teh lepas ni.” Kataku sambil bercakap mulut penuh dengan wafel.Aril ketawa memandang aku.

“Ingatkan oerangai dah berubah bila dah besar panjang.Rupanya tetap macam tu juga. Gelojoh!” kata Aril.

Setelah selesai makan, aku dan Aril terus ke Ladang Teh Bharat.Kami sama-sama menuruni tangga menuju ke Ladang Teh.Permandangan disini sungguh cantik.Cuaca yang sejuk dan terasa nyaman sekali.Entah mana kaki aku terpelecok semasa menuruni tangga.Nasib baik Aril sempat menyambut aku daripada jatuh tergolek di tangga. Kalau macam ni tak dapatlah aku nak menikmati suasana kat sini..sedihnya! Kataku dalam hati.

“Aril macam mana orang nak turun ni..kaki sakit ni.” Kataku sambil memicit-micit kaki.Aril terus duduk di sebelahku.

“Meh sini kaki tu… ni mesti kes tak sabar-sabar nak turun ke bawahkan..rasa-rasa boleh jalan tak? Kalau tak boleh Aril boleh gendong..kat belakang.”kata Aril tersenyum.

“Boleh jalan tapi tunggu la kejap lagi.sakit ni.. rasa macam nak nangis woo.. sakit sangat.”Aril memicit kaki aku yang sakit.

“Kalau macam ni tak payahlah kita turun ke bawah..dah sakit macam ni macam mana.. karang lagi teruk.. apa Aril nak jawab dengan mak kalau dah balik nanti.” Aril bimbang kalau mak marah.

“Ish! Aril ni macam tak kenal pulak macam mana..takkan lah dia nak marah.. apalah Aril ni.” Aku ketawa melihat muka Aril yang cuak. Aku bangun, Aril cuba membantu aku dengan memenang ketiak aku. Kami naik semula ke atas.Niat untuk turun ke bawah terbatal macam tu saja.

Kami mengambil keputusan untuk meronda di sekitar Cameron dengan menaiki kereta sahaja.Jagung bakar yang masih panas kami nikamati sewaktu meronda-ronda memang sedap.Setiap kali aril keluar membeli aku pula hanya menunggu di dalam kereta dek kerana kaki yang sakit.Nasib baik Aril nak melayan aku yang banyak kerenah.Inilah masa aku kenakan dia setelah tiga tahun tak berjumpa.Sempat juga berposing bergambar dibeberapa lokasi yang kami singgah untuk kenang-kenangan.

Aku bercerita kepada Aril tentang Ezran.Aril mendengar semua cerita dari awal hingga Akhir sehinggakan kontrak tak rasmi antara aku dan Ezran aku ceritakan juga.Aril ketawa berdekah-dekah bila mendengar cerita aku.Aku meminta pendapat Aril adakah patut aku menerima Ezran dalam hidup aku. Melalui apa yang aku ceritakan Aril suka jika meneruskan hubungan aku dengan Ezran. Tapi aku seperti tawar hati hendak meneruskan hubungan dengan Ezran bila terkenangkan Elya.Aku faham perasaan Elya yang terlalu mencintai. Perlukah aku bukakan pintu hati aku ni? Tanyaku pada diri sendiri.

“Dia tau tak kita datang ke sini?” Tanya Aril.Soalannya mengejutkan aku.

“Tau..dah bagi tau dia semalam.” Kataku.

“Bimbang juga nanti gaduh pula bawa lari buah hati orang ke Cameron ni.”Aril ketawa kecil.

“Ish!!belum betul-betul declare lagi.. lagipun  kalau sebab ni pun nak gaduh.. ni dah kira kes cemburu buta… macam lagu kumpulan Angkasa Band.” Giliran aku pula ketawa kecil.

“Mana kita tahu hati orang..tapi tak pe kalau ada perkara berbangkit nanti.. bagitau Aril.. senang Aril nak settlekan.”  Serius muka Aril bercakap.

“Takkan punyalah… dah malam ni jomlah kita check-in hotel..Ros dah siap sewa dua bilik.”Aku dah terasa penat seharian memusing-musing di Cameron.

“Tak nak ke singgah beli apa-apa kat sini untuk mak?” Tanya Aril.

“Esok jelah dah penat ni..kaki pun sakit lagi ni.” Kataku.
*****
Dua minggu Ezran mendiamkan diri.Aku juga begitu pada telahan ku dia sibuk bekerja sepanjang dua minggu ini.Diana pun hairan biasanya hanphone aku sentiasa sibuk dengan sms yang aku terima dari Ezran.Cuma hari ini aku menerima sms dari Ezran menyuruh aku memasak dan mengemas rumahnya selepas waktu kerja.Dia memberitahu aku supaya aku menunggu dia balik ada hal yang hendak dibincangkan.Eloklah tu aku pun macam tu juga nak beritahu dia pasal Elya.

Aku mengaku dalam hati sudah ada bibit sayang dan rindu bila tak bersua.Setidak-tidaknya hari ini aku dapat melihat muka dia pun jadilah. Cuma aku tak mahu terlalu menunjukkan apa yang ada di dalam hati. aku mengajak Diana menemani aku memasak di rumah Ezran hari ini. Nasib baik Diana sudi temankan aku.Nanti tidaklah bibik menjadi mangsa menemani aku berbual sehinggakan kerja bibik tak menjadi.

“Diana perancangan majlis kawin macam mana?Semua beres ke?”Aku mula menyibuk bertanya.

“Semua dah beres..tapi hantaran mamcam biasa kau buatkan ye.. nanti masa aku kawin kau ajak la Ezran datang.”

“Pasal gubahan no problem… aku boleh settle. Tapi kena bayar service charge la.” Kataku tersengih memandang Diana yang sedang memandu.

“ Hai dengan aku pun nak kena bayar juga ke? Kalau macam ni kau pergi sorang jelah ke rumah Ezran..aku tak naklah temankan.” Gertak Diana.

“Mudahnya merajuk… aku gurau je.”Aku mencebik melihat muka Diana muram.

“Orang berdarah manis..biasalah sensitive.” Kata Diana membela diri.

“Cuba kau toreh sikit jari kau tu sampai berdarah..nak juga aku rasa darah kau manis sangat ke?” Kataku berseloroh.

“Kau ni memang suka membelit-belitkan ayat..malaslah nak layan kau.. sakit hati je.”

****
“Ros ni gambar sapa ni?” Ezran menghulurkan handphonenya kepadaku.Aku yang dari tadi duduk disebelah Diana terkejut dengan pertanyaan Ezran.Aku sambut handphone Ezran dengan berhati-hati.maklumlah handphone yang aku tak mampu nak beli. Terbeliak mataku melihat gambar aku bercuti di Cameron Highland bersama Aril di dalam Handpohone Ezran.

“Macam mana awak dapat gambar ni?” Soalan Ezran aku tak jawab sebaliknya aku pula membarikan soalan.Mana tidaknya macam mana gambar aku dan Aril sampai ke tangannya. Mesti dia pasang spy untuk mengintip aku. Aku tak suka jika diperlakukan begini.Diana hanya mendiamkan diri tanpa sepatah kata.Dari riak wajah dia nampak Diana bimbang berlaku sesuatu yang tak baik.

“Kenapa Diana muka cuak je..kau takut aku gaduh ke?” Aku tanya Diana depan Ezran.

“Macam nilah korang berbincanglah dulu aku keluar jap..nanti kalau dah settle telefon aku.” Diana meminta diri.Aku tahu Diana tidak mahu campur urusan peribadi aku. Yang si Ezran ni pulak macam manalah boleh dapat gambar aku ni. Seingat aku semasa di Cameron hari tu aku tak nampak pun dia.

“Kan saya dah bagitau awak yang saya nak ke Cameron dengan sepupu saya.Awak yang tak balas sms saya. Mak dan abah saya izinkan saya pergi..jadi saya pergilah. Kenapa pula awak macam tak puas hati.”Aku membuat penjelasan.Bibik tiba-tiba keluar dari dapur bila dengar kami bising-bising.

“Memang saya tak puas hati.saya tengok gambar-gambar ni buat hati saya panas je. Awak takkan tak tahu batasan..boleh je awak bergambar siap peluk-peluk bahu sepupu awak. Siap ada lagi adegan berpimpin tangan kat tangga ladang teh. Apa ni..saya percayakan awak.. tapi awak buat saya macam ni. Murahnya awak ni..dengan sepupu pun boleh jatuh hati.”Ezran tak dapat kawal perasaan.Bibik masih tercengang-cengang melihat kami berdua.

“Apa awak cakap?Murah? Hrmm… lain kali kalau nak menuduh biar berasas..saya pun tak sangka awak hantar spy suruh ikut saya.. lain kali kalau dah tahu saya murah.. awak carilah perempuan yang mahal. Terima kasihlah encik doktor!”Kataku terus keluar dari rumah Ezran tanpa mengucapkan selamat tinggal.

Aku berjalan kaki dalam kepekatan malam menuju kerumahku.Ezran mengejar aku dari belakang.Aku tak endahkan panggilannya.Apa yang terucap dibibir itulah hakikat bagiku. Dia menilai aku murah.Seharusnya dari awal lagi aku sedar siapa diri aku yang sememangnya tidak sepadan dengan Ezran. Aku berlari dengan  pantas supaya Ezran tidak dapat bersaing dengan aku.

Sangkaan aku meleset sama sekali, Ezran dapat menyaingi aku. Entah macam mana mungkin kaki aku yang terpelecok masa di Cameron masih belum pulih sepenuhnya aku terjatuh.Habis siku aku berdarah.Ezran mendapatkan aku.

“Ros kenapa awak lari? Saya minta maaf..saya tak dapat kawal perasaan saya tadi.. awak..” Kata Ezran sambil cuba membantu. Airmata aku dah mula mengalir kerana sakit akibat jatuh dan ditambah dengan sakit hati.

“Awak dah maki saya..senangnya awak nak minta maaf.. mudah sungguhkan. Dahlah tak payah bantu saya..saya boleh bangun sendiri. Selama ni pun saya boleh je hidup sendiri. Lagi satu, lepas ni tolonglah jangan mudah membuat andaian sendiri tanpa periksa. Perkataan murah yang awak keluarkan tadi adalah hinaan bagi orang kelas bawahan macam saya.”Aku berkata sambil menyapu darah disiku.

“Ros..jangan macam tu.. tolonglah memang salah saya.. cakap awak macam tu.. memang mulut saya ni teruk.. jahat.. saya tak patut cakap macam tu tadi..  pada mulanya saya nak kawal perasaan saya sebaiknya tapi saya tak boleh.” Ezran merayu. Dia cuba memegang tanganku tapi sempat aku merentap.

“Doktor… saya ni murah..murah sangat.. orang macam saya bersepah dekat pasar malam.. kat tepi kaki lima pun banyak.. carilah orang yang mahal setaraf dengan doktor.. lagi satu Elya tu cinta sangat dengan doktor.. dia jumpa dengan saya sebelum saya bercuti. Doktor balaslah cinta dia.”

“Tak..saya sayang awak sorang je.. tolonglah maafkan ketelanjuran apa yang dah saya cakap tadi.. tolonglah.”

Aku melangkah meninggalkan Ezran menuju ke taman tempat aku jogging kerana disitu ada jalan pintas balik kerumah sewa. Ezran masih tak berputus asa mengekori aku sambil meminta maaf berkali-kali.Aku yang berasa tidak selesa dengan Ezran berhenti seketika.

“Awak..untuk pengetahuan awak.. Aril tu sepupu saya..kami adik-beradik susuan dari kesik mak saya yang jaga dia sebab mak dia tak sihat lepas melahirkan dia.. kami tak batal air sembahyang.. tak boleh kawin.. jadi tak jadi masalahkan kalau kami bergambar macam tu. Dan untuk pengetahuan awak kaki saya terpelecok masa nak turun ke Ladang Teh. Disebabkan kaki saya yang cedera tu..Aril pimpinlah saya.”Aku memberi penjelasan.Terkedu Ezran mendengarnya.
******
           

Friday, 16 March 2012

RASA SUARA HATI


RASA SUARA HATI

Sakit yang tiada kesudahan
Entah bila kan bertemu penyembuhnya
Aku hampir menyerah dalam pasrah
Mahligai anyaman kasih bertaut sayang yang aku bina
Seperti hampir goyah
Bukan kerana dilanda badai
Tapi hatiku yang gusar sendiri
Melihatkan keadaan diri yang terperi

Wahai raja yang bertakhta di dalam mahligai
Keizinan ku pohonkan
Lepaskanlah aku sekiranya khidmatku sudah tidak diperlukan
Apa guna memandang aku yang cela
Aku tidak punya apa-apa melainkan bakal menyusahkan

Wahai raja yang bertakhta di dalam mahligai
 Matamu yang bersinar memandang ke luar jendela
Kerana di situ banyak kegembiraan dan hiburan
Berbanding aku dimatamu hanya kecelakaan
Aku bertanya: apa yang kamu lihat?
Jawabmu: Aku melihat permandangan petang yang sungguh indah
Tatkala itu bibirmu mengukir senyuman
Aku tahu kau sedang berbohong
Bibirku mengukir senyuman pahit
Lantas matamu menjeling ke arahku yang tersorot di sudut sempit lagi terhimpit

Aku sedar diri wahai raja
Dari gerak matamu aku amat memahami
Dari langkah kakimu aku amat mengenali
Dari riak wajahmu aku amat mengetahui
Aku tidak lagi diperlukan disini
Jangan cuba kau selindung wahai raja
Katakan dengan sejujurnya
Aku bersedia menerima seadanya
Sungguh aku tidak sukakan kepura-puraanmu
Aku juga sebenarnya lebih rela mengundurkan diri
Sebelum dihalau, dihina dan dimaki
Aku tahu sudah ada bakal menjadi pengganti
Andainya aku pergi dari sini
Perasaan yang kau pendam disebalik hati
Usah dinafi perasaan itu
Kerana aku pasti.

Sunday, 11 March 2012

CINTA KFC BAB 7... KAWAN.. FIANCEE..COUPLE


BAB 7

Seperti yang telah dijanjikan oleh Doktor Erlanda, hari ini aku boleh pulang ke rumah. Gembira tak terkata di dalam hati. Diana membantu aku mengemas barang supaya tidak ada yang tertinggal. Diana sudah berjanji akan belanja aku makan, mintalah apa saja semuanya akan ditunaikan. Katanya nak meraikan aku yang sudah sembuh. Aku bercadang nak minta kambing Panggang dan Nasi Pilaf.

“Kok ye pun mintalah benda yang ada kat sini.Sini bandar kecik je weh. Kalau KL lainlah. Bongok la kau ni.” Marah Diana.

“Aku gurau je.. kau tu yang cepat emo.. hehehe.. KFC dan Strawberry Float.. okey?” Tanya ku tersengih sambil mengangkat kening. Makan free siapa tak mahu, rugilah.

“Kalau yang tu boleh…” Giliran Diana tersenyum. Semua barang dan beg sudah siap dikemas. Hanya menunggu kebenaran untuk discharge je. Tak sabar-sabar rasanya nak keluar dari penjara hospital ni.

Kak Ju jururawat bertugas membawa  discharge note dan MC. Aku meneliti MC yang dikeluarkan oleh Doktor Erlanda.. ya menepati janji.. yess! Kataku dalam hati.

“Hai senyum sorang nampak. Maklumlah yang mengeluarkan MC buah hati. untunglah badan. mintak je berapa hari yang nak.”

“Haish! Mana boleh macam tu, boleh dikira tak beretika tu.” Kataku serius memandang muka Diana yang sedang mencebikkan bibirnya.

“Oh! Kiranya tak nak ambil kesempatanlah ye?”Tanya Diana.

“Tau tak pe. Aku budak baik, budi pekerti pun baik kira-kira semuanya baik-baik belaka. Itulah aku.” Kataku memuji diri sendiri.

“Aduh! Tetiba je aku jadi tak sedap perut. Tekak aku ni rasa macam nak muntah la pulak bila mendengar kau cakap macam tu.” Diana memerli aku.

“Kau mengandung tak? Tu pasal mual-mual.” Aku mengenakan Diana.

“Ni satu soalan bodoh. Bila masa pulak aku mengandung, kawin pun belum. Mengarut alam sekitar betullah kau ni.” Kata Diana.

“Ok! Beg pun semua dah siap. Jom kita bergerak.” Kataku.

Sebelum keluar dari wad aku bersalam dengan semua jururawat yang berada di Wad Anggerik. Aku juga mengucapkan terima kasih kerana menjaga aku dengan baik. Kak Ju wakil dari pihak mereka memohon maaf atas kekasaran Elya ke atasku tempoh hari. Aku mengatakan aku sudah melupakan hal itu walaupun sebenarnya ia akan menjadi kenangan dalam hidup aku sampai bila-bila. Bagi aku ada masanya kita perlu menyembunyikan perasaan kita yang sebenar demi menjaga hati orang sekeliling kita.

“Ros jangan lupa jemput kami kalau bertunang dengan Doktor Erlanda nanti.” Pesan Kak Ju kepadaku. Diana membulatkan mata memandang ke arah. Riak air muka Diana penuh tanda tanya. Aku buat muka selamba dan menganggukkan kepala.

“Pasti tak lupa… akak cakaplah dengan Doktor Erlanda juga ye..” Kataku mengingatkan Kak Ju. Wah..wah.. pandai betul aku berlakon. Dia tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya. Sedangkan Diana kawan baik aku sendiri tidak tahu aku akan bertunang Doktor Erlanda. Aku dan Diana meminta Diri untuk beredar dari Wad Anggerik.

Semasa kami berjalan Diana tiba-tiba memegang dahi aku. “Aku dah sihatlah.. tak demam dah.” Aku tersenyum memandang Diana.

“Kau tak cerita pun kat aku nak bertunang dengan Doktor Erlanda tu.” Kata Diana.

“Jap!! Aku dah keluar dari hospital.. dah tak de Doktor Erlanda.. yang ada sekarang ni Ezran.. tak kuasa aku nak ber-doktor doktor .. aku nak panggil dia Ezran je.” Kataku kepada Diana.

“Kenapa kau tak cerita dengan aku kau nak bertunang?” Tanya Diana yang masih tak puas hati.

“Itu bukan perancangan aku, Ezran yang buat statement tu masa Elya tampar aku. Ni yang aku tengah pening ni… nak cakap aku cinta dia.. aku tak cinta.. nak cakap aku suka dia..adalah sikit-sikit, aku pun pening dengan situasi aku sekarang ni. Lagi satu macam mana aku nak cerita pada mak abah aku.” Kataku sambil mencebikkan bibir.

“Alah bukannya susah  pun kau ceritalah dengan mak kau yang kau nak bertunang dengan Ezran. Habis cerita.”

“Ehermm.. senang betul mulut kau bercakapkan. Diana.. jap..jap ada sms masuk..” Aku mengeluarkan Handphone dari poket seluar terus membaca sms yang diterima. Aku memegang tangan Diana supaya berhenti berjalan sebentar.

“Siapa?” Tanya Diana ringkas.

“Jom ke café jap… Ezran dah tunggu kita kat situ.”

“Aikk.. pelik ni biasanya kau asyik mengelak je dari bertemu dia.. hari ni siap boleh pergi kat dia pulak.. ini memang luar biasa.” Diana memerli aku sambil ketawa seperti ada sesuatu yang menggeletek badannya.

“Aduh.. sakitnya telinga aku mendengarnya.. tak tahan..tak tahan.. ni kes budi punya pasal... kau tak nak jaga aku.. nilah jadinya.” Kami terus berjalan menghala ke café. Sambil berjalan kami terus berbual tidak menghiraukan orang kiri dan kanan.

“Ehh!! Bukan aku yang tak nak jaga kau. Doktor Erlanda yang suruh aku balik malam tu.. dia kata jangan risau sebab dia ada boleh tengokkan kau… aku hanya menurut perintah doktor. Itu aje. Aku tak sempat nak bercerita hal ni dengan kau tempoh hari.” Diana memberitahu cerita sebenar.

“Ya Allah.. macam tu ke kisahnya. Kau tau tak sampai ke pagi dia jaga aku.  Malu betul aku.” Kataku mengaku.

“Dia betul-betul sukakan kau. Kau terima jelah dia.” Diana membuat kenyataan. aku hanya mengelengkan kepala tanda tidak setuju dengan kenyataan yang Diana keluarkan. Kami sudah sampai di café. Aku dan Diana memandang sekeliling, ternampak Ezran sedang di duduk di sudut café. Kami terus berjalan ke arahnya. Dah la bakul dengan beg pun kami bawa sekali.. kenapalah tak terfikir nak hantar barang ni ke kereta dulu.. ada juga bodohnya aku ni.

“Assalamualaikum..” Aku menyapa.  Ezran menjawab salam dan mempelawa aku dan Diana duduk. Kami menurut hanya menurut perintah.

“Sorrylah Diana menyusahkan awak hari ni, terpaksa ambil Ros kat sini.. sepatutnya saya yang hantar dia balik.. Eh! Korang tak nak minum ke..makan ke?” Ezran mempelawa kami manakala kami tidak menjawab hanya mengeleng-ngelengkan kepala tanda tak mahu.

“Aku tak kisah pasal tu langsung tak de masalah. Tapi adalah satu benda yang aku tak puas hati ni. Korang tak cakap dengan aku pun yang korang nak bertunang.”

“Oh! Pasal hal tu.. betullah.. Dia kalah betting.. dia kenalah tunaikan janji” terang Ezran kepada Diana.

“kontrak dah dipersetujui.. betting pun dah kalah.. betullah tu kena tunai janji. Cinta boleh dipupuk kemudian.” Pandai-pandai Diana mengatur hidup aku. Dia pasti ke aku nak sangat ke doktor depan mata ni.. haish!!!

“Alah bertunang je bukan kena kawin pun…” Selamba aku menjawab sebenarnya ada juga part yang aku tak tahan bila dihentam begitu. Aku terus menarik muka masam.

“Ros..Aku nak ke toilet…. Kejap ye..” Diana terus melangkah mencari tandas, aku ditinggalkan bersama Ezran. Ezran merenung muka aku yang masam seperti tiada perasaan.

“susahnyalah nak cairkan hati awak ni… susah ke awak nak terima saya ni?” Ezran bertanya.

“Encik doktor, kita ni macam enggang dengan pipit. Sedar tak? Langsung tak sepadan. Tahu tak tahap akademik saya sampai SPM je.” Terangku.

“itu semua tak penting. Awak nak jadi tunang saya pun dah cukup. Saya lansung tak memandang itu semua.” Terang Ezran

“Macam ni… saya tahu kontrak saya dengan awak masih berjalan… saya setuju jadi tunang awak. Saya tak nak juga jadi orang munafik tak menepati janji.” Kataku sambil bangun mengangkat semua barang-barangku. Diana ni kalau ke tandas memang lama entah apalah yang dibuangkannya sampai lama begini. Ezran membantu aku mengangkat barang.

“Awak ni memang degil.. tengok barang-barang ni semua awak nak angkat sendiri, dahlah baru je sembuh.. susah hati saya kalau awak sakit.. makan minum saya semuanya tak tentu hala.. jom saya hantar ke kereta.” Ezran membebel. Aku hanya buat-buat tak tahu, mata aku memandang sekeliling café. Ada juga mata yang memandang aku dengan doktor ni dari jauh. Biarlah diaorang nak pandang bukan kena denda pun.

“Tapi Diana belum keluar lagi dari tandas…kita tunggu dia dulu..” aku mengingatkan Ezran.

“Saya tak nak tunggu dia.. saya berjalan berdua dengan awak je.. jomlah..”

“Haish.. mengada-ngadalah pulak..saya ni semangat setia kawan tinggi… haa..tu dia keluar dah pun” Diana berjalan melenggang lenggok ke arah kami. Diana ni kalau berjalan memang ala-ala model. Aku dan Ezran masih terpacak menunggu di tepi  meja.

“Amboi lama betul ke tandas.. berapa banyak pelaburan kau buat?” Soalku sambil tersengih nakal. Diana yang malu-malu menampar pipi aku perlahan. Ezran pula sedikit tergelak mendengar pertanyaanku.

“Eeeii… tak senonoh.. malu kat doktor tu.” Diana menjawab. Aku  hanya ikut sedap mulut je apa yang aku nak cakap langsung tak mengira siapa yang berada dekat denganku. Aku tersengih sambil memandang Ezran.. lambang peace dijari kutunjukkan kepada Ezran.

“Saya tak kisah… dia ni memang macam nikan… ikut suka dia je nak cakap apa… jomlah! Kita ke kereta.. nanti saya nak bertugas pulak…” Ezran mengajak kami berjalan keluar dari café. Beg dan bakul semuanya di tangan Ezran. Diana hanya berjalan melenggang aku pula menggalas beg kesayanganku.

“Hai untung betul ada buah hati doktor ni... Layanan memang terbaik.. confirm doktor lulus kalau ditemuduga mak ayah Ros untuk jadi calon menantu dia…hehe” Diana seolah-olah memerli aku. Aku menjeling ke arah Diana sambil menggetap bibir..Geramnya!!

“Saya dah bercakap  dengan bakal mak mertua saya masa dia masuk ke hospital ni.. bakal mak mertua saya memang marvellouslah.. baik betul.”Aku mengalihkan pandangan ke muka Ezran memandang seperti tak puas hati. Tapi aku malas nak ambil kisah apa yang dia bualkan dengan mak aku. Ikut suka kau la Ezran.

“Kau dengar tu Ros betapa seriusnya Ezran ni nakkan kau.. yang kau ni keras sangat hati kenapa? Aku ingat kau ni kena mandi bunga la.. bagi semangat untuk bercinta pulih balik” selamba Diana mengenakan aku didepan Ezran.

“Diana kau pernah dengar tak orang makan pasu bunga?” Tanyaku serius seolah-olah perkara itu pernah terjadi sebelum ini.

“Ish awak ni mana ada orang makan pasu bunga.” Ezran mencelah. Kami bertiga berhenti seketika. Mungkin kerana mereka terkejut dengan pertanyaanku.

“Nilah yang saya nak bagi tau ni… mungkin hari ada yang akan makan tengahari pasu bunga cecah tanah hari ni.” Aku ketawa, Diana pula sudah faham yang aku maksudkan dia yang akan makan pasu bunga lantas lenganku dicubit. Ezran masih lagi terkebil-kebil tidak faham.

“Tak usah layanlah dia ni doktor.. dah gila agaknya.. atau salah makan ubat.” Kata Diana bercampur bengang.

“Ohh! Faham..faham..”Cepat Ezran mencelah lagi. aku lihat Ezran tersengih. Diana pula seakan merajuk dengan gurauanku.

“Janganlah merajuk..aku gurau je.. nanti kita pegi beli lollipop ye…” Aku mengusap-usap belakang Diana, dia mencubit lenganku sekuat hatinya. Ezran ketawa melihat aku yang kesakitan dicubit Diana. Kami sampai tempat parking kereta. Diana membuka boot kereta, Ezran terus meletakkan barang ke dalam boot.

“Doktor hantarlah sendiri budak degil ni balik ke rumah… saya tak nak tumpangkan dia balik..” Kata Diana memandang ke arahku. Aku tahu giliran dia untuk mengenakan aku lagi.

“Kalau tak nak tumpang tak pe saya balik jalan kaki… Eh!! Doktor..Elok rasanya doktor menyambung tugas semula…bimbang nanti ada yang komplen doktor tuang kerja..” Aku menyuruh Ezran pergi dengan cara agak sopan. Sebenarnya aku risau juga sekiraya ada mata-mata yang tidak puas hati memandang dan sengaja mencari kesalahan.

“Oklah Diana.. Thanks a lot..sebab tolong ambil SAYANG saya and awak pastikan dia selamat sampai ke rumah… awak.. take care.. berat hati saya nak bagi awak balik… esok saya datang rumah awak ye…ok Assalamualikum..” Ucap Ezran.  

“Waalaikumsalam..Awakkk….take care jugak..jaga makan minum…” Pesan aku kepada Ezran. Dia mengangguk faham. Dia berjalan meninggalkan aku dan Diana. Aku setia menunggu hingga Ezran sudah tidak kelihatan lagi. Diana juga seperti faham perasaan aku walaupun aku tidak tunjukkan apa yang ada jauh di dalam lubuk hati aku.

“Ehemm… buah hati dah bertugas semula tu… jomlah kita balik..esok boleh jumpalah…” Kata Diana. Aku mencebik memandang Diana.

*****************
Resah hati aku menunggu kedatangan Ezran ke rumahku. Mak dan Abah juga turut menantikan kedatangan Ezran. Seperti biasa mak dan abah siap menyuruh aku masak untuk makan tengahari untuk menyambut kedatangan Ezran. Amboi..amboi mak abah aku ni dah lebih ni. Sikit-sikit sudahlah ajak minum air the ‘o’ cecah biskut kering pun sedap apa. Mahu tak mahu aku kena ikut arahan big bos in the house. Kalau aku tak ikut alamatnya pecah gegendang telinga aku mendengar bebelan yang tak henti-henti tujuh hari tujuh malam.

Hidangan wajib menyambut tetamu datang kerumah ialah Gulai Masam Tempoyak. Ini dah jadi macam hidangan tradisi untuk keluarga kami bila tetamu berkunjung. Mentang-mentanglah mak aku tauke tempoyak sekali musim durian beratus-ratus kilo dia produce tempoyak. Tapi yang bagusnya tempoyak dia memang mendapat sambutan hangat dan laris sekali.

“Pukul berapa kawan awak nak sampai? Ni dah dekat waktu makan tengahari dah ni.” Mak bertanya.

“Kejap lagi sampailah tu mak… tak usah risau la.. pandai-pandailah dia nak cari jalan mak..dah besar panjang pun…”Jawabku acuh tak acuh.

“Hai… kawan nak datang rumah pun tak suka.. dia dah banyak tolong awak tau.. setidak-tidaknya awak mesti hargai dia.. awak ingat senang ke nak cari kawan yang boleh tolong menolong macam tu.. dah lah selama awak kat hospital mak langsung tak pergi jengok.. nasib baiklah kawan awak ni ada menolong siap bagi tau dengan mak jangan susah hati dia boleh tengokkan awak.” Mak dah mula memanaskan enjin turbo bebelannya. Abah yang duduk di sebelah mengiyakan apa yang mak katakan. Ramai betul yang memenangkan Ezran. Tapi satu je yang aku harap janganlah Ezran membuka kisah untuk bertunang. Aku betul-betul tak bersedia nak jadi tunangan orang. Lagi satu mesti mak aku akan terkejut sebab langsung tak de angin sepoi-sepoi bahasa dari aku nak bertunang. Walau apa pun aku kena juga tunggu apalah yang akan berlaku lagi.

“Ye mak..orang hargai sangat bantuan dan jasa baik yang kawan orang ni berikan.. kalau tak takkan orang bagi dia datang rumah jumpa dengan mak dan abah…” Aku akur walaupun dalam hati ada bantahan. Kalau nak ikutkan hati nak je aku ceritakan yang sebenarnya.

Sebuah kereta Mistubishi warna merah yang ku kenali masuk ke halaman rumah. Ezran meletakkan kereta betul-betul dihadapan halaman rumahku. Kalaulah ditakdirkan Makcik Gayah lalu kat depan rumah aku, confirm jadi berita hangat tajuk utama dalam minggu ni.

Aku ke pintu rumah, mak dan abah bersamaku menyambut kedatangan Ezran. Aku lihat Ezran tidak datang seorang, dia sebelahnya ada bibik. Pandai Ezran mengaburi mata-mata orang yang belum kabur. Ezran Keluar dari kereta, bibik pun sama keluar.  Ezran menjinjit satu plastik buah limau. Dia menghulurkan salam kepada abah dan bertanya khabar emakku. Bibik pula bersalam dengan emak dan aku. Kami menjemput mereka masuk. Ezran menghulurkan buah limau yag dijinjitnya kepadaku. Aku menyambutnya dengan membuat muka. Mak dan abah memandang ke arah kami berdua dengan pandangan hairan. Sama-sama aku dan Ezran tersenyum memandang mak dan abahku. Bibik pula buat-buat tidak tahu apa yang berlaku.

“Jemputlah duduk doktor…. Maknya pun sekali..duduklah.” pelawa mak.

“Tima kasih makcik.. yang ni bibik saya makcik..kira-kira bibik mengasuh saya sejak dari saya kecil lagi..dah macam mak pun.” Terang Ezran.

“Terlanjur sudah berjumpa, makcik nak ucap terima kasih banyak-banyak pada doktor ni. Dah banyak tolong si Ros ni masa kat hospital.” Mak aku memulakan perbualan.

“Lah! Kenapa tercegat lagi kat situ.. pergi la buat air...tak pun terus buat hidangan untuk kita makan tengahari.” Abahku pula mengarahkan aku.

“Okey abah..beres..” Kataku sambil  menggaru-garukan kepala.

“Apa dianya lagi??” Tanya abah. Ezran tersenyum memandang kearahku.

“Tak pelah abah..saya nak ke dapurlah ni. Abah, mak, bibik dan Ezran.. berbuallah ye..” Aku menunjukkan muka yang tak senang hati. aku terus berjalan ke dapur untuk menghidangkan apa yang dah aku masak untuk makan tengahari.

Dalam hati aku berdoa janganlah si Ezran bercerita benda yang bukan macam cerita nak main tunang-tunang ke..kahwin-kahwin ke. Bibik tiba-tiba terpacul disebelahku.

“Eh! Bibik kenapa tak duduk dekat ruang tamu je? Bibik pergi la duduk kat situ curi-curi dengar apa yang dia orang cakap..” Kataku.

“Bibik lagi senang membantu ibu Ros di dapur. Ibu.. bibik rasa, hari ini majikan bibik mau menanyakan hal ibu sama orang tua ibu.” Cerita bibik bersungguh.

“Ish! bibik ni lebih baik Ezran tanya terus je dengan saya lagi senang.. hal saya mesti saya yang tau.. mak abah saya tak tau sangat hal saya..”Aku yang lurus kayu terus bercakap. Aku sendiri pun kurang faham apa yang bibik cakapkan.

“Ya Ampun ibu… maksud bibik.. Bapak Doktor itu mau meminang ibu.. dia mau tanya sama orang tuanya ibu..apa setuju atau enggak… pokoknya itu yang dicerita sama bibik semasa perjalanan ke sini tadi,  noktoh titik..faham?” Kata bibik yang agak emosi dengan gaya aku yang lurus kayu.

“Ya Allah.. kenapa bibik tak cakap terus tadi.. ni bibik pusing sana..pusing sini..dah saya tak faham.. alamak! Ini dah lebih. Hari tu dia cakap tak nak cerita apa-apa. Hari ni dah lain.” kataku kalut.

“Beruntung ibu mendapatkan calon tunangan seperti majikan bibik itu… dia baik bangat.. ganteng bangat..” Puji bibik.

“Bibik… saya masih belum kenal majikan bibik tu sepenuhnya.. saya pun tak tau dari planet mana dia datang.. tup..tup.. ikut saya ke sana sini..” Hidangan di atas meja sudah aku siapkan. Bolehlah aku memanggil tetamu kehormat menjamu selera bersama-sama.

“Ibu.. cinta boleh dipupuk kemudian aja.. pokoknya ibu sangat beruntung…” Kata bibik lagi.

“Bibik pokoknya bisa ditebang… kalau udah ditebang nanti takut ditimpa pokok tu bibik…” Aku memainkan bibik pula. Senang je cakap cinta boleh datang kemudian. Kalau cinta tu datang.. dibuatnya cinta tak pernah datang bukan ke haru jadinya nanti.

“Ya ampun.. nakal benar ini anak… Astagfirullah Hal adzim… dikira bibik main-main kali.” Bibik pening mendengar apa yang aku katakan tadi.

“Tak..tak… Ampun ya bibik.. saje je nak gurau dengan bibik… bibik tunggu sini ye.. saya nak panggil mak abah dan Ezran kejap..” kataku berlalu ke ruang tamu.
**************

“Kenapa tak cerita dengan mak sebelum ni? Rupanya dah ada yang melekat di hati. Pandai anak mak simpan rahsia.” Emak tersenyum. Aku membalas dengan senyuman yang kurang ikhlas.

“Tak delah mak. Jodoh dah sampai agaknya.” Aku meningkah terlebih dahulu. Kalaulah aku ceritakan hal sebenarnya macam mana? Ish!! Jangan naik mendadak darah tinggi mak aku nanti. Hati aku mula berkata sendiri.

“Mak dengan abah lansung tak ada halangan. Mak dan abah setuju sangat. Memang sesuai dengan umur kamu untuk berumahtangga.” Kata emak lagi.

“Mak sekarang ni rumah dah tak ada tangga. Rumah batu semuanya mak.” Kataku yang mula berseloroh.

“Budak ini! Aku ni baru je nak memberi nasihat dia dah mula dah.” Kata emak sambil jarinya mencubit lengan aku.

“Mak ni! Sakitlah. Yelah saya dengarlah nasihat mak. Ye masa yang sesuai untuk berumah tapi tak bertangga je.” Kataku seakan akur cakap emak.

“Dahlah! Mak dah penat ni. Nak masuk tidur dah ni. Abah awak tu dah lama belayarnya lepas isyak tadi terus je tidur. Senang hati agaknya anak dia dah nak berpunya.” Kata emak . Tiba-tiba sahaja aku teringatkan CD yang diberikan Ezran tempoh hari aku masih belum sempat menontonnya. Entah cerita apalah yang dia berikan… agak-agaknya cerita IP Man kot. Segera aku melangkah masuk ke bilik. Tak sabar rasanya hendak mengetahui cerita di dalam CD itu.
**********

Terima kasih kepada pembaca. Teguran membina amat hargai.