BAB
11
Cuti
hujung minggu kali ini aku tidak balik ke kampung. Hari ini aku mahu
membersihkan rumah sewa yang sudah
berhabuk. Keadaan dalam rumah seperti rakit hendak hanyut. Ketiadaan Diana
membuatkan susasana rumah ini sunyi. Mak cik Yah sudi membantu aku mengemas
rumah. Sebelum memulakan operasi, aku perlu ke pasar terlebih dahulu untuk
membeli keperluan makan kerja gotong royong bersama mak cik Yah.
“Assalamualaikum…”
Aku memberi salam dari luar rumah Mak cik Yah. Kedengaran salam ku bersambut
dari dalam.
“Pak
cik. Hrmm.. nanti beritahu mak cik, saya ke pasar dulu nak beli barang dapur
sikit. Maklumlah dapur dah lama tak berasap.” Beritahuku kepada suami mak cik
Yah.
“Yelah,
nanti pak cik bagitau mak cik. Nanti tolong belikan pak cik surat khabar ye.
Ini duitnya.” Kata suami mak cik Yah
lagi.
“Baik
pak cik. Tak payah duitlah. Nanti saya belikan pakai duit saya je. Kalau macam
tu saya pergi dululah. Assalamualaikum.” Kataku meminta diri. Seperti rutin biasa, menapak adalah aktiviti
harian aku. Kalau dahulu aku menumpang kereta Diana, tetapi sekarang tidak
lagi. Back to nature.
*********
Pon!
Pon! Bunyi hon kereta mengejutkan aku. Langkah aku terhenti. Aku memejamkan
mata sambil mengetap bibir. Geram betul aku! Bukannya aku halang jalan dia
orang pun. Nak kena pelempang bisu agaknya orang ni. Tak tau ke aku dah la
penat berjalan kaki… barang-barang pun banyak… berat dijinjit. Peluh yang mengalir di pipi aku lap dengan
lengan baju sahaja.Aku memusingkan badan 180˚ nak tengok sikit siapakah gerangan
yang berani membunyikan hon tengah-tengah panas mentari macam ni.
“Huh!
Harap kereta je mahal tapi tak de adab.
Awak ingat saya heran ke kereta awak cermin gelap macam ni. Best sangat
ke!” Aku hanya memarahi kereta kerana tuan kereta masih tak keluar dari kereta.
Tak berani nampaknya hendak turun. Cubalah turun, setidak-tidaknya merasa juga
pelempang insaf aku nanti. pintu kereta dibuka,
pemandunya turun dari kereta. Eh! Berani pula turun nampaknya. Memang
nak cari pasal tuan kereta ni. Aku langsung tak buat salah.
“Marah
nampak. Takkan bakal tunang merangkap bakal suami sendiri tak kenal.” Kata
Ezran. Dia tersengih memandang aku. Ini ke tuan kereta Suzuki Swift ni.
“Mana
saya kenal kereta awak pakai kereta lain.” Kataku dalam nada mendatar. Dia
datang menghampiri aku dan cuba mengambil barang yang ada ditangan aku yang
hampir genting dek kerana menanggung beban barang… tapi aku tarik tangan aku ke
belakang. hrmm… kira-kira aku jual mahallah tu. Tapi disentapnya barang dari
tangan aku. lagi kuat aku pegang. Nasib baik tak terburai semua tu.
“Degil!!”
Kata Ezran dengan nada tinggi.
“Ikut
sayalah… tangan saya… biarlah sampai nak putus pun awak peduli apa?”
“Sebab
saya pedulikan awak la saya nak tolong awak… awak tak tau ke saya ambil berat
pasal awak? Awak rasa-rasa apa yang tak cukupnya saya ni? Cuba awak cakap?”
“Ambil
berat?? Boleh saya tanya berapa kilogram berat yang awak ambil berat pasal
saya?” Tanyaku. Sengaja aku biar Ezran pening. Satu lagi soalan dia aku tak
jawab. Malas… rugi air liur dalam keadaan panas macam ni.
“Adoi…
terkena juga saya… okey.. awak nak tau.. berapa kilokan?” Terus tangan aku
disentap sekuat-kuatnya. Aku ditarik ke dalam kereta secara paksa. Orang yang lalu-lalang
memperlahan kenderaan mungkin hairan agaknya. Aku yang dipaksa dan terpaksa
mengikut je. Kalau aku merentap mesti lepas punya.. tapi malu dengan orang yang
lalu-lalang.. macam aksi filem tanpa suara.
“Awak
nak buat apa ni?” Tanyaku bila aku disuruh duduk di tempat duduk depan. Sakit
lengan aku. Bulat mata aku memandang ke muka Ezran. Dia lansung buat tak tahu .
“Saya
nak tunjuk jumlah berat yang saya ambil berat pasal awak… Awak duduk
diam-diam…” Dumm.. pintu kereta ditutup. Cepat dia berlari masuk ke dalam
kereta.
“Nanti..
nanti… ni kira Awak nak culik saya ke apa?”
“Lebih
kurang la… Saya nak bawa awak pergi Thailand… kawin lari.. ok tak?” Tanya Ezran
sambil tersengih jahat. Aku terus diam. Dia ingat aku takut agaknya. Perasaan marah.. benci…sekaligus datang. Geramnya! Nak
rasanya aku terjun je dari kereta ni.
Kereta
bergerak laju meninggalkan Bandar Jerantut menghala ke Temerloh. Ezran menumpu
kepada pemanduannya. Hati aku panas seperti panasnya mentari pagi. Dia ni
memang ikut suka hati betul. Barang yang banyak ditangan aku masih belum aku
letakkan ke bawah. Penuh atas riba aku.
“Encik
doktor.. awak nak bawa saya pergi mana ni?” lembut suara aku bertanya. Walhal
dalam hati aku macam singa lapar.
“Ha..
kan bagus kalau awak cakap elok-elok macam ni… sejuk hati saya…”
“Saya
cakap elok ni sebab saya tengah control rasa menyampah saya ni… awak memang suka buat
hati saya sentap.”
“Saya
nak ajak awak pergi tengok wayang… awak kena temankan saya hari ini.”
“Hari
ni saya tak senang nak temankan awak… lagipun
barang-barang saya ni banyak… tengok ni.. ada ikan..ada sayur… ada
buah..ada banyak makanan kat sini… lagipun saya ni nak gotong-royong kemas
rumah sewa saya tu.” Lembut campur geram suara aku. rasanya kecil je aku
memandang makhluk yang ada di sebelah aku ni.
“awak
senang ke awak tak senang ke…. Saya paksa awak temankan saya…lagipun hari lain
boleh gotong-royong nanti saya tolong awak.. hari ni awak kena temankan saya…
saya boring..”
“Tapi
saya dah janji dengan mak cik sebelah rumah… saya tak nak awak tolong saya…
terima kasih jelah.” Kataku.
“Janji
boleh cancel.. sedangkan perdana menteri boleh je cancel meeting.. inikan pulak
setakat nak kerja membersih rumah. Ambil telefon ni… cakap dengan mak cik tu
tak jadi nak gorong royong… cakap dengan dia.. ada hal kena temankan bakal
suami.” Kata Ezran yang buat aku bertambah sakit hati. tak pe hari ni hari kau…
esok..lusa… agaknya hari kau lagi. Dia menghulurkan handphonenya yan canggih…
tapi aku buat tak tahu. Aku keluarkan handphone aku yang tak canggih. Ezran
geleng kepala, aku terus telefon Mak cik Yah.
“Assalamualaikum..
Mak cik.. saya nak bagi tau saya ada hal kecemasan.. tak balik ke rumah .. satu
lagi..saya balik lewat sikit. Mak cik jangan risau ye.” Kataku
“Yelah…
eloklah bagi tau Mak cik.. tak risaulah Mak cik nanti.” Ujar Mak cik Yah di
hujung talian.
“Terima
kasih Mak cik… Asalamualaikum.” Tak sempat Mak cik Yah menjawab salam, aku
terus mematikan talian. Aku memandang Ezran. Benci… suka paksa aku. Dah kali
kedua aku di paksa macam ni.
“Kenapa
awak tak cakap awak temankan bakal suami?”
“Bakal
suami… belum jadi suami lagi… itu bukan hak saya…dan saya bukan hak awak… saya
tak suka nak mengaku kalau bukan hak saya.” Kataku keras. Dulu masa dia buat
aku macam ni… aku menangis tapi hari ini aku tak menangis. Aku lawan
sungguh-sunguh.
“Awak…
dua minggu je lagi.. kita dah nak kawin.. awak janganlah macam ni.” Tiba-tiba
Ezran jadi kendur. Aku peduli apa.. seminggu ke sehari ke… Cuma memandangkan maruah orang tua harus aku jaga… aku kawin
jugak.
“Boleh
aci dua minggu.. sedangkan orang lain tu.. lagi sehari nak kawin pun tak jadi….”Ujar
aku.
“Awak
tolonglah… janganlah buat saya macam ni… saya geram campur marah kalau awak
buat kepala batu awak tu. Apa kurangnya saya?” Soalan yang tak dijawab tadi ditanya
semula.
“Kepala
Batu?? Saya kepala batu?? Hrmm… awak pun apa kurangnya… kurang akal.” Sengaja
aku nak menghangatkan keadaan hari ni biar Ezran marah dan bertambah marah.
Ibaratnya aku sedang mencurah minyak ke dalam bara api. Kepala batu campur
kurang akal boleh jadi haru biru.
“Saya
rasa sedih sangat bila tengok awak susah-susah jalan kaki ke sana.. ke sini.
Kenapa awak tak bagi tau saya awak nak keluar? Bila awak buat macam ni saya
rasa saya ni teruk sangat.” Lagi kendur suara Ezran. La… sebab ini je ke nak
marah-marah sampai entah berapa kilometer dah kereta ni dipandu. Kalau aku
marah tak ingin nak memandu jauh-jauh macam ni… rugi petrol. Dahlah petrol
sekarang ni mahal. Hrmm.. betul-betul tak masuk akal.
“Saya
rasa tak perlulah saya nak minta awak tolong kalau setakat saya nak pergi beli
barang macam ni. Tak rasa macam mengada-ngada sangat ke.. ke sana nak hantar..
ke sini nak hantar.. selagi saya mampu saya boleh buat.”
“Saya
tak tau nak cakap dengan awak macam mana lagi. Eh! Kenapa tak letak barang tu
kat bawah je?” Ezran memandang ke barang yang aku beli tadi masih di ribaan
aku. mesti air ikan ni dah kena seluar track aku.
“Ada
ikan ni.. kalau letak bawah habislah kereta ni… kalau saya kotor tak pe.. saya
dah biasa.” Tiba-tiba suasana yang tadi tegang dah jadi kendur disebabkan kes
ikan seplastik atas riba je.
“Awak
ni… letak jelah kat bawah tu… kotor boleh cuci..”
“Tapi
kereta awak ni mahal sangat bagi saya yang murah ni.” Dalam senyum aku mengenakan
dia.
“Awak..
tak habis lagi ke… dah lama dah kes tu kan…”
“Terlajak
perahu boleh undur .... terlajak kata… buruk padahnya… macam saya..” Kataku memperlahankan
suara bila menyebut ‘macam saya’. Betullah… aku ni sebab terlajak kata la ni.
Kira-kiranya aku ni sedang menerima padah yang tak berkesudahan.
“Awak
jangan fikir negatif saya memang suka awak…. Awak macam mana?” kalau aku cakap
menyampah atau tak suka dia nak buat apa? Tinggalkan aku di tepi jalan? Ada aku
kisah.
“Saya
sebenarnya tak suka tengok awak… dengan kata lain saya menyampah..” lurus aku
cakap. Aku test dulu.. kalau dia marah? Terima jelah. Ego akukan tinggi macam
gunung. Walau suka cakap tak suka. Walau sedih cakap gembira. Semuanya aku
twist.
“Walau
awak menyampah sekalipun.. kita tetap kena kawin juga.. ayah awak dah setuju.
Kenapa awak takut?”
“Kawin..
kawinlah.. apa susahnya… saya tak susah.. saya ikut je. Tapi awak tak rasa rugi
ke kawin dengan saya? Manalah tau.. tup…tup.. lepas je kawin saya lari..”Aku
cuba memancing.
“Tak
de rasa apa-apa… kita kan kawin gantung…saya rasa sayalah yang paling
beruntung…jimat belanja…dapat isteri… awak pulak tak rasa rugi ke? Kena kawin gantung?” Pandainya dia belitkan ayat aku. Aku geleng
kepala.
“Tak…
saya redha.. dah takdir saya macam ni saya nak buat macam mana.” Malas nak
panjangkan hal ni. Boleh je kalau nak gaduh lagi.. tapi aku dah tak de mood
sebab lapar tak makan lagi.
“Saya
pun redha kalau awak lari... ” Kata Ezran. Ini ke proses mengenal hati budi?
Entah aku pun tak pasti. Kadang-kadang kami okey.. kadang-kadang kami tegang.
“Saya
ni tengah memikir ni… awak nak bawa saya pergi mana? Ikan ni macam mana? Takkan
saya nak masak kat tepi jalan kot..”Aku cuba lari dari topik perbualan.
“Aci
tak kalau kita pergi berkelah…?”
“Haish!!
Tak aci… nak berkelah kat mana? Tepi jalan?” Kalau pergi berdua aku rasa tak
baguslah. Kereta masih meluncur laju destinasinya aku tak pasti. Kalau macam ni
aku redha jelah sebab Ezran pun redha jugak.
*********
“Okey..
kita dah sampai… jomlah..”
“Lah..tadi
punyalah laju saya ingatkan kita nak pergi Australia… rupanya kat sini je..”
Kataku.
“Passport
tak bawa.. kalau tak ok je… ”
“Kira
okeylah..ada juga passport… saya tak de passport.. saya ada kad pengenalan
je..” perut aku sudah bercerut. Cacing didalam perut semuanya sudah kelaparan.
Aku mengambil apam balik yang aku beli pagi tadi. Nampaknya aktiviti aku
bergotong- royong di Esplanade Temerloh... tengok Sungai Pahang. Adalah satu
hal yang tak selesanya… seluar aku bau ikan.
“Kenapa
tak selesa ye…. Seluar dah bau ikan?” Dia ni macam tau-tau je. Aku angguk .
mata aku sibuk memandang seplastik apam balik ditangan aku. Ezran sudah duduk
di kerusi. Dia geleng kepala.
“Kenapa
geleng kepala? Ada bau busuk ke?”
“Tak…
Cuma pelik tengok awak ni… macam orang tak de perasaan… entah berapa kali je
saya tengok awak ni ada perasaan… sebab tu saya cakap awak unik..”
“Minta
maaflah… kebuluran mengatasi segalanya… saya makan dulu.” Penuh semulut apam
balik aku suapkan. Biar dia tengok betapa gelojohnya aku makan. Nanti baru dia
tahu sikap aku yang sebenar. Seluar bau ikan pun aku tak hiraukan janji perut
aku kenyang.
“Lapar
ke? Kenapa tak cakap tadi? Awak duduk sini saya pergi beli air dulu.” Ezran
berlalu meninggal aku menghala ke kedai makan yang berhampiran. Aku nampak dia
dari jauh. Aku senyum. Dalam hati aku ni berbunga gembira. Siapa yang tak
gembira kalau ada orang yang ambil berat… tapi jangan ambil kesempatan atas
kebaikan. Aku pun tak suka macam tu. Cuma yang tak best… taraf kami… memang tak
sama. Perlahan aku kunyah apam balik.
“Nah..
nanti tercekik pulak…” Ezran memberikan milo ais yang siap dibungkus.
“Terima
kasih…” Terus aku sedut air milo. Terasa tenaga air milo menyerap ke dalam
tubuh aku. yah.. minum milo memang bertenaga. Bolehlah sambung gaduh semula
nanti. Tak sedar rupanya mata Ezran tak lepas memandang aku. aku pandang dia
dengan maksud bertanya.
“Awak
tau tak….”
“Tak
tau…” cepat aku meningkah cakap Ezran. Apam balik masih aku suapkan ke mulut.
Teruknya aku lansung aku tak pelawa Ezran makan.
“Awak..
dengar apa yang saya nak cakap ni…”
“Ye
saya dengar… kan saya jawab apa yang awak tanya..” mataku jauh memandang ke
seberang. Fikiran aku mula melayang.
“Tak
pelah lain kali jelah.. saya tengok awak macam tak de mood je..”
“Memang
tak de mood ni… saya bosanlah... saya nak balik…”
“Nak
balik… mana boleh.. kita pergi tengok wayang dulu… kat Star Mall… awak nak
minat tengok cerita apa?”
“Saya
suka Kisah Pak Pandir Dan Mak Andeh je…” Macam aku dan Ezran. Dia Pak Pandir
aku Mak Andeh. Punyalah bodoh sampai dekat sini je. Menghadap ke Sungai Pahang…
tengok bot yang lalu… satu kerja pun tak menjadi. Perancangan aku hari ini
semuanya hancuss!!
**********
Panggilan
telefon yang aku terima daripada Diana
mengubat kerinduan aku kepadanya. Dia bertanyakan aku mengenai majlis
pertunangan aku. dia terkejut bila aku memberitahu yang aku akan di ijab kabul
terlebih dahulu.
“Kenapa
masa hari aku ambil barang kat rumah kita kau tak cerita pun.” Tanya Diana.
“Masa
tak sesuailah. Kau sibuk mengemas takkan aku nak menyibuk bercerita hal ni.
Masalahnya sekarang aku rasa perkara ni
akan jadi lebih rumit lagi. Macam mana ni.” Keluh aku.
“Ya
Allah! Masalah apanya. Cuba kau buka mata sikit cik Ros oi! Orang yang nakkan
kau. Bukan kau yang terhegeh-hegeh. kenapa kau tak nak? Aku nak.” Kata Diana
bergurau. Ish! kawan aku sorang ni kalau bergurau boleh juga lupa dunia ye.
“Kau
bukan dah ada suami ke? Tak sedar diri betul.” Kataku menambah perisa yang
kurang. Diana ketawa di hujung talian.
“Aku
tau kau nak. Betul tak? Jangan tipu nanti dosa tau.” Kata Diana lagi. Aku
mengangguk di dalam hati tetapi mulut tetap menafi.
“Mana
ada. Aku orang kecil dia orang besar.” Kataku yang tiba-tiba teringatkan
petikan lagu dangdut yang penyanyinya aku tak tahu.
“Kau
ni cepat sangat rasa rendah diri. Dia bukan hina kau pun. Terima jelah.” Kata
Diana memujuk.
“Aku
nak buat macam mana lagi. Mak, abah, abang aku semua dah setuju. Takkan aku nak
jadi anak derhaka. Apa-apa pun aku
berserah pada takdir Allah je lah. Lagi satu aku takut keluarga aku tak setaraf
dengan keluarga dia. Boleh ke dia orang terima orang kampung yang tak
berkelulusan macam aku?”
“Dahlah
kau tak payah nak fikir negatif sangat. Yang penting dia tak macam hadi.” Kata
Diana. Hadi?? Tiba-tiba teringatkan hadi. Dah lama nama tu tak aku dengar.
“Okeylah
kalau macam tu. Tapi kau kena balik tau tolong aku apa yang patut. Kesian juga
dengan mak aku. walaupun hati aku ni masih ragu-ragu tapi maruah orang tua aku
kena jaga.” Kata aku.
“Okey,
gerenti beres punya.” Jawab Diana yang terus mematikan perbualan kami.
***********
Pesanan
ringkas yang aku terima dari Ezran menyuruh aku pergi ke rumahnya. Dia kata ada
kerja yang perlu aku bereskan. Setahu aku semua kerja sudah aku bereskan. Agak-agaknya kerja apalah yang
masih belum beres. Penatlah macam ni.
“Hoi!
Termenung lagi.” Sergah Izad dari belakang.
“Ya
Allah. Terkejut aku. Bila sampai?” Terkejut aku melihat Izad. Dia baru saja
balik dari outstation. Gamatlah office hari ni.
“Malam
tadi kita orang sampai. Kau ni macam ada masalah je. Kenapa? Cer cite..cer
cite.” Izad cuba berseloroh.
“Izad
aku kena kahwin.” Telus lidah aku berkata.
“Ha!
Kena kahwin. Seolah-olah macam kena kahwin paksa je. Dengan siapa?” Izad
bertanya.
“Dengan
orang yang aku kenakan masa kita menang tender. Kau ingat tak?” kata aku yang
cuba mengingatkan Izad kembali. Berkerut dahi Izad memandang aku.
“Oh!
Masa kita pergi berkelah di air terjun tu. Betul tak?” Tanya Izad lagi. Aku
mengangguk macam belatuk lapar.
“Orang
lain dalam ofis kita ni dah tau ke belum pasal berita gembira ni?” tanya Izad
lagi. Aku menggelengkan kepala pula kali ini.
“Tapi
kau jangan beritahu orang lain. Sebab aku bertunang terus kahwin. Alah kahwin
gantung la dimudahkan cerita.” Kataku lagi.
“Eh!
Biar betul. Kau rasa betul ke apa yang kau buat ni? Aku kenal bakal tunang kau.
Doktor kan?”
“Haik!
Macam mana kau tau ni?”
“Haish!
Tempat kecil macam ni cerita cepat tersebar. Kau kena hati-hati sikit.” Kata
Izad mengingatkan aku.
“Hati-hati?
Kenapa kena hati-hati aku bukan ada buat salah pun. Masalahnya dia yang datang
ke rumah mak abah aku.” kataku lagi.
“Kau
lupa pasal doktor tulah kau kena serang di ofis ni. Lepas ni kau kena
hati-hati. Manalah tau ada yang berdendam.”
“Kau
ni Izad, doakan aku perkara tak baik ye?” Aku cuak bila teringatkan peristiwa
Elya.
“Sebagai
kawan aku mengingatkan kau. takkanlah aku nak tengok sesuatu yang buruk berlaku
pada kau. Aku pun sayangkan kau juga. Tapi sebagai kawan.” Kata Izad lagi. Ada
ke orang yang nak berdendam dengan aku. Ya Allah jauhkanlah hambaMu ini dari
hasad dengki manusia. Amin.
“Izad
aku nak balik awal sikit hari ni ada hal. Kau boleh tolong cover line aku kan?”
“No
hal punya. Pergilah selesaikan masalah kau. kesian aku tengok, serabut alam kau
ni.” Kata Izad. Aku hanya tersengih mendengarkan kenyataan Izad. Memang betul
pun aku serabut alam. Kadang-kadang macam orang tua nyanyuk pun ada. Bertunang
plus kahwin satu package yang hadir dalam hidup aku yang semakin hari semakin
matang.
Bukanlah
aku tidak pandai menilai kebaikan, tetapi aku masih ragu-ragu dengan cinta yang
di pamerkan. Betulkah sebegitu hingga akhirnya? Aku pun tak pasti.
**********
Penat
menapak, aku sampai di hadapan rumah Ezran. Eh! Kereta encik doktor ni ada. Tak
kerja ke dia hari ini? Tak payah fikirlah bukan urusan aku kerja ke tak. Pintu
rumah pun terbuka luas. Ada majlis ke. Banyak juga kereta lain di depan rumah
dia.
“Assalamualaikum.”
Aku memberi salam ketika sampai di pintu. Saya di luar ada orang di dalam?
Kataku dalam hati. Sahih ada orang ramai juga. Betullah macam ada majlis
high-tea. Aku melihat penampilan aku. Seluar jeans dengan t-shirt lusuh. Argh!
Redah je lah. Kau jangan nak perasan Ros… sahih kau kena basuh pinggan,
hidangkan air, hidangkan makan. Bersedia untuk jadi waiter.
“Waalaikumsalam.
Masuk.” Ezran menyambut aku di pintu. Arahan yang dia berikan seperti aku
seorang budak di bawah umur. Banyaknya makanan.
“Minta
maaflah saya lambat sikit. Awak nak saya kemas semua ni ke? Tapi majlis ni
belum selesaikan. Kalau macam tu saya balik dulu. Nanti kalau dah siap awak sms
saya.” Kataku yang tidak menghiraukan tetamu yang datang.
“Tak
ni majlis hari lahir. Sebab tu saya tunggu awak.” Kata Ezran. Aku mencebik
sedikit bila mendengar majlis hari lahir. Dah tua-tua pun nak sambut hari lahir
lagi ke. Hish! Moden sangat. Memang tak sesuai. Aku ketawa dalam hati.
Memandangkan ada tetamu di rumahnya aku bersalam dengan semua kaum sejenis aku.
ramai juga kawan dia ni.
“Biar
saya tolong kerja di dapur je.” Kataku sambil melangkah ke dapur. Ezran menarik
lengan baju aku. Kenapa ada adegan tarik lengan baju ni? Betullah ni… mesti
kerja aku clearkan apa yang patut.
“Awak,
hari ni kan birthday awak.” Kata Ezran. Ternganga aku mendengarnya. Betul ke
hari ni birthday aku. Weh! Selama ni belum pernah aku sambut birthday. Aku
keluarkan beg duit aku dari poket seluar. Aku tengok Kad Pengenalan aku.
Betullah… birthday aku. Dari mana dia tau birthday aku.
“Hah!
Saya pun lupa birthday sendiri. Haru ni.” Tiba-tiba ayat haru keluar dari mulut
. Aku mula segan-segan kucing.
“Haru?
Kenapa? Saya ada buat silap ke?” Tanya Ezran hairan. Aku mengajaknya ke dapur
sebentar.
“Seumur
hidup saya tak pernah sambut hari lahir. Awak tak rasa ini moden sangat ke?
Saya orang kampung mana biasa dengan benda macam ni.” Kataku sambil menunjukkan
isyarat peace kepada Ezran. Ezran tersengih memandang aku.
“Tak
pe hari ni saya sambut hari lahir awak. Jom ke depan. Kita makan. Saya dah
lapar ni.”
“Bibik
mana?” soalku. Hairan juga tak nampak muka Bibik petang ni. Mesti dia penat
masak semua ni.
“Dia
mandi kat atas.” Agak ringkas jawapan Ezran.
“Awak
suruh dia masak semua yang ada kat depan tu?” Aku bertanya lagi. Bulat mata aku
memandang Ezran.
“Mana
ada. Danish yang masak semua tu. Bibik tolong potong buah je.” Jawab Ezran.
“Oh!”
ringkas juga bunyinya. Ada ke Danish masa aku masuk tadi? Aku ni memang teruk betul, langsung tak menghiraukan
orang di sekliling aku.Kami sama-sama ke ruang tamu. Kawan-kawan Ezran masih
bersembang di luar.
“Ezran
ini?’ Soalan itu ditanya oleh kawan lelaki Ezran. Ibu jarinya menuding ke arah
aku.
“Saya
Roselaila a.k.a orang gaji baru rumah ni.” Aku mencelah terlebih dahulu
memperkenalkan diri. Muka Ezran aku pandang. Aku senyum sikit. Dia mengetap
giginya. Marah dengan pengakuan aku agaknya. betul apa, semua arahan dia aku
turut. Buat itu, masak ini, kemas sini, hantar sana semua aku buat. Orang gaji
yang tak bergaji itulah aku.
“Ami
kau jangan dengar cakap tunang aku ni. Dia ni memang kuat sangat bergurau.”
Kata Ezran sambil mengangkat kening ke arah aku. Oh! Aku faham kau nak kenakan
aku ye. Kau cakap dengan dia orang aku tunang kau. Bila masa jari aku ni kena
sarung cincin. Memang mulut tak de insuran.
“Oh!
Inilah tunang kawan aku rupanya. Alahai ye lah mana pernah jumpa. Ni first
time. Kawan-kawan… ni tunang tuan rumah.” Kata Ami. Amboi kau pulak yang
melebih-lebih. Aku pandailah nak kenalkan diri. kau tak tau kelebihan aku
bercakap. Gerenti insaf kalau kau dengar. kataku dalam hati kepada kawan-kawan
Ezran.
“Eh!
Kenapa tak pakai cincin tunang? Lupa ye.” Ezran bertanya kepada aku. Tersentak
aku di buatnya. Bila masa pula aku ada cincin tunang. Memang kau nak kena
dengan aku ni.
“Oh!
Cincin tunang kita tu dah lunturlah warna dia. Mungkin awak beli yang tak
original kot.” Jawabku. Inilah peluang aku mengenakan dia pula. Aku ketawa
‘lalala’ di dalam hati.
“Luntur?
Tak pe lepas ni saya lima bentuk cincin baru untuk awak.” Kata Ezran. Berderai
ketawa kawan-kawan Ezran. Apa yang lucunya.
“Jemputlah
makan semua, kenapa pandang je. Menangis nanti makanan tu. Sebelum makan
bacalah doa sendiri dalam hati. ” Kataku kepada tetamu Ezran. Mereka ketawa
kecil. entah apalah yang lawak sangat pada mata dia orang. Aku tidak
mengendahkan Ezran. Aku makan bersama-sama kaum sejenis aku. Memamng tak malu
betul aku ni. Tapi aku seronok dapat berbual macam ni. Kalau aku bandingkan dia
orang dengan aku memang jauh sangat penampilannnya macam langit dengan bumi.
Tapi kira okeylah boleh juga la aku masuk berbual-bual dengan mereka.
Sedang
sedap memenuhkan perut, Ezran memanggil aku. Aku mengikut langkah Ezran ke
dapur. Kenapa pula ni. Macam ada masalah je.
“Ros,
awak layan tetamu kita. Saya kena bertugas on-call sekarang.” Pesan Ezran.
“Tetamu
awaklah, bukan tetamu saya. Tak pe saya boleh tolong awak. Bibik ada. Pergilah”
Kataku. Ezran keluar dari dapur berjumpa dengan kawan-kawannya meminta diri
untuk beredar kerana ada hal kecemasan.
Aku
melayan tetamunya dengan bantuan Bibik. Setelah semuanya selesai aku dan Bibik
sama-sama mengemas dan membersihkan apa yang patut. Riuh suara kami berdua di
dapur.
“Bibik,
makanan ni Danish yang masak kan? Tapi mana Danish?” Soalku kepada Bibik yang
sedang mengelap pinggan untuk di simpan.
“Itu
anak lagi libur ke Taman Negara sama teman-temannya.”Jawab Bibik. Aku
menggangguk tanda faham. Selesai mengemas aku pulang ke sarang aku iaitu rumah
sewa aku.memandangkan hari masih lagi awal aku berani pulang sendiri tanpa
ditemani. tamat kerja aku untuk hari yang agak memenatkan.
********
Harap masih ada yang sudi membaca. Berilah
teguran sewajarnya