Monday, 5 December 2011

CINTA KFC 2- KAWAN....FIANCEE.....COUPLE...


BAB 2

Sudah tiga bulan aku berkenalan dengan Ezran, namun belum satu pun sms atau panggilan telefonnya aku jawab. Dari segi rupa dia memang kacak. Aku memang tertarik dengan gayanya tapi yang lain- lain aku tidak  tahu.

Peristiwa aku menyorok dari terserempak dengan Ezran di pekan sehari minggu lepas masih lagi aku  ingat. Jenuh aku lari menyorok di sebalik kain-kain yang bergantung. Diana hanya ketawa melihat gelagat aku yang macam orang gila. Mana tidaknya Ezran mengikut aku sebaik dia terpandang aku sedang membeli buah mangga kesukaan aku. Hari itu, satu apa pun aku tidak dapat cari…melainkan buah mangga sahaja.

“Ros…. takkan main sorok-sorok kot.” Suara yang aku kenal menyapa dari celah-celah kain

“Ha…??”

“Cuba tengok sini, yang awak duduk dalam kain-kain yang bergantung tu buat apa?”

“Ohh…awak…kenapa?” Aku menahan malu. Diana yang hanya memandang gelagat aku dari jauh hanya ketawa. Siap kau Diana balik nanti akan aku kerjakan kau.

“Dari tadi awak lari je..kenapa? Awak takut dengan saya ke?” Tanya Ezran.

“Ehh… mana ada.. saya tengah pilih kain ni untuk mak saya..” Kata ku menutup malu.

“Untuk mak awak..buat apa?”

“Ha a…buat alas meja….cantikkan?” Kataku menunjukkan kain kepada Ezran. pandai aku berlakon macam tak de apa-apa yang berlaku.

“Uihhh!! Kain macam ni buat alas meja ye..fesyen baru ni..hrmm kain macam ni bukannya buat baju kurung ke?” Tanya Ezran senyum.

“Abis tu yang tanya buat apa..kan dah kena tipu hidup-hidup.” Balas ku.

Ezran menggelengkan kepala melihat cara aku. Aku melambaikan tangan ke arah Diana supaya datang dekat aku. Diana langsung tidak mengendahkan lambaianku. Sakit hati aku!

“Esok petang pukul 2.00 saya nak jumpa awak di KFC …datang ye saya tunggu.”Beritahu Ezran.

“hrmmm…” Aku tersenyum. Ezran meminta diri untuk balik ada kerja katanya. Hanya hari esok dia Free sebab itu dia hendak  jumpa aku. Hai mamat ni hari Sabtu pun kerja ke? Cerah masa depan kalau kahwin dengan mamat ni. Aku mula syok sendiri.

Peluang untuk aku mengenakan Ezran sudah datang. Kau tunggulah dekat KFC sampai kucing keluar tanduk pun aku tidak akan datang. Kau menangis airmata darah pun aku pun tidak kisah. Bagus Ezran..bagus…kau tunggulah dekat situ sampai berkematu. Aku sebenarnya sudah ada planning untuk esok bersama Diana dan teman-teman sepejabat. Seronoknya!!
******

Sudah sebulan peristiwa itu berlalu. Hari ini aku keseorangan di rumah. Diana awal-awal lagi sudah ke Kuala Lumpur bersama Khai. Mereka ke sana untuk membeli barang-barang pertunangan mereka. Memang Diana beria-ia mengajak aku pergi tapi aku yang tidak mahu. Kesibukan Kota Metropolitan buat aku jadi serabut. Aku lebih rela duduk di bandar kecil begini sungguh senang.

Bosan aku duduk seorang di rumah. Sudah  jenuh menonton TV, aku online Facebook. Tetap bosan juga. Layan pula drama Korea langsung tiada fill hendak menonton.

 Hrmm…apalah yang hendak aku buat hari ini. Terfikir rasa macam hendak balik ke kampung. Awal lagi ni.. sempat.. aku boleh naik bas je. Aku bercakap sorang-sorang.

 Perut aku pun sudah mula menyanyikan lagu rock. Aku kalau sorang  memang malas hendak memasak, tidak ada selera makan masakan sendiri. Lebih baik aku keluar mencari apa yang patut, boleh terus balik kampung.

Handphone berbunyi, tanpa melihat skrin terus aku menjawab mesti Diana, hatiku berkata.

“Assalamualaikum… Ros, Ezran ni.”Bulat mata aku mendengar nama itu. Sangkaan ku meleset.

“Waalaikumsalam… kenapa ek?” Jawabku terkejut.

“Awak ada apa-apa perancangan hari ni?” Tanya Ezran

“Mula-mula sekali saya nak keluar sebab …lapar…lepas perut kenyang saya terus nak balik kampung.” jawab ku dengan jujur. Ish..time-time nie pulak lidah tak pandai menipu.. napa ye..Mesti sebab aku terkejut ni.

“Kalau cam tu awak tunggu ya.. saya datang ambil awak. Rumah awak kat Taman Permai No:14 lorong B3…awak tunggu saya datang.”

“Ha?…apa?.nanti…” kataku tak sempat menghabiskan ayat, Ezran sudah memutuskan talian.

Hah! Macam mana dia tahu rumah aku. Teliti pulak tu. Spy ke SB budak ni. Kalau macam tu betullah dia sudah lama perhatikan aku. Aisehh!! Setahu aku memang kami tidak  pernah jumpa sebelum ini . Masa di taman hari itu, aku hanya membelakangkan dia, langsung tidak memandang  mukanya. Cuma masa di Pasaraya The  Store barulah aku tengok muka dia.

Terus terang sememangnya aku tidak mengenali si Ezran ni. Dia bekerja di hospital. Manakala  Aku pulak memang sudah lama tidak berkunjung ke situ.  Biasanya aku lebih suka ke klinik swasta perkhidmatan pun cepat. Hari ini kalau ada kesempatan aku hendak bertanya dia kerja apa. Senang aku hendak membuat analisa pasal budak ni.

Bunyi hon kereta dari luar rumah mengejutkan aku yang baru hendak berangan-angan. “Haish!! Potong stim betul lah.”

“Awak tunggu kejap, saya tak siap lagi!” jerit ku dari tingkap rumah.

Cepat-cepat aku masuk ke bilik menyalin pakaian. Hari ini aku mengenakan jeans dan t shirt. Rambut aku yang tidak berapa panjang aku ikat tinggi.

“Assalamualaikum…Cik Yah… Cik Yah…”laung ku.

“Waalaikumsalam….Ros nak keluar ye?” soal Cik Yah. Sambil mengerling ke arah Ezran. Cepat-cepat  Cik Yah menarik tangan aku diajak ketepi.

“Sape tu Ros? Boyfriend ye? kacak, berkenan Cik Yah menengoknya. Kalau inilah orangnya Cik Yah setuju sangat” kata Cik Yah perlahan.

Ezran hanya memandang perbualan antara aku dan Cik Yah. Dia memang tidak mendengar sepatah pun perbualan kami.

“Ehhh…bukan..bukan..kawan je. Cik Yah! Ros nak balik kampung ni. Ros bimbang Cik Yah risau pulak nanti tengok tak ada orang kat rumah.” Beritahu ku kepada Cik Yah.

“Jalan elok-elok.”Pesan Cik Yah.

“Ok puan besar!” Balas ku.

Ezran yang dari tadi bersandar di kereta sambil berpeluk tubuh. Sekali-sekala dia tersenyum apabila memandang Cik Yah.  Melihat aku berjalan menghala ke kereta, dia terus membuka pintu menyuruh aku masuk. Tanpa banyak bicara aku terus masuk ke dalam kereta.

Gelisah rasa di dalam hati. Keluar dengan orang aku tidak  berapa aku kenal. Kalaulah sesuatu yang buruk berlaku macam mana? Sekarang ini banyak kes rogol, bunuh, culik tidak mengira umur. Bermula dari budak kecik umur dua tiga tahun sampai nenek yang sudah tua bongkok pun orang rogol juga. Dunia akhir zaman takut pula aku dibuatnya. Haiiyaa…macam mana ni.? Kenapa lah aku cepat sangat membuat kata putus tanpa berfikir panjang. Aku hanya diam tanpa bicara. Ezran pula fokus memandu.

“Kenapa awak diam? Awak takut saya apa-apakan awak ye?” soal Ezran tiba-tiba seolah-olah dapat membaca fikiran aku.

Pertanyaan Ezran aku tidak endahkan. Aku keluarkan handphone dari poket seluar. Aku mendail nombor mak di kampung.

“Hello mak!...orang keluar dengan kawan ni nak pergi makan, lepas makan nanti orang nak balik kampung naik bas, mak suruh abah tunggu orang kat pekan ye. ” Beritahu aku pada mak. kalau terjadi apa-apa yang tak baik, sekurang-kurangnya mak tahu aku keluar dengan kawan.

“Ha, yelah. Hati-hati keluar dengan kawan tu.Assalamualaikum, bye.” Mak mengakhiri perbualan.

Belum sempat aku menjawab salam mak sudah memutuskan panggilan. Ezran ketawa melihat aku yang kalut seperti orang dalam ketakutan. Aku memandang lemparkan senyum tawar kepada Ezran.

 “Mana kereta awak?” tanya Ezran

“Mana ada… kereta sorong adalah…..kenapa? awak nak merasa naik? Saya boleh tolakkan…” kataku melawak.

“Yang awak pandu hari tu?...”

“Kereta Diana...”

“Kalau macam tu baguslah….” Ezran tak sempat nak habiskan ayat aku dah potong.

“Apa yang bagus???”

 “Kita dah sampai….Nak makan dekat mana ni? Tadi kata lapar.” Tanya Ezran yang cuba mengelak dari menjawab pertanyaan aku.

“Apa yang bagus?” Aku masih mengerutkan muka.

“Bagus dapat kenal dengan awak… cantik macam bulan purnama. Cepat la…saya pun dah lapar ni..nak makan dekat mana?” Ezran bertanya.

Selamba juga aku memandang muka Ezran kali ini aku betul-betul nampak dengan dengan jelas wajahnya yang Ala-ala actor Lee Min Ho dalam drama Boys Over Flower. Fuyoo.. Kami bertentang mata…Ezran senyum, aku juga senyum. Aku nampak ada dua tahi lalat di lehernya..Jantung aku mula berdegup laju. Adakah ini cinta?? Arghh!! Macam tersekat pula kerongkong aku hendak mengeluarkan kata-kata. Aku menelan air liur. Haish!! Nampak hensem la pulak mamat ni untuk hari ni. Aku berkata dalam hati. Cepat-cepat aku alihkan pandangan mata….Astagfirullah hal adzim…

“Kalau macam tu kita makan dekat warung Pak Ali, makanan kat situ sedap juga, harga pun murah.” Kataku spontan .

“Saya okey je..jom.”

Kami sama-sama turun dari kereta menuju ke warung Pak Ali. Tiada apa yang kami bualkan ketika ini. Cuaca mendung seperti hujan hendak  turun.

 Suasana di warung Pak Ali lengang. Mujur tidak ramai orang. Aku terus duduk di kerusi sementara Ezran pergi melihat lauk-pauk yang yang tersedia. Budak pelayan datang mengambil pesanan.

“Akak nak minum apa?”

“Bagi akak barli ais satu. Akak nak nasi separuh letak sayur bayam dengan ikan goreng ye.” pesan ku.

“Suami akak tu nak minum apa?”

“Suami!!!.” Salah dengar ke telinga aku ni atau aku yang belum korek telinga. Boleh gugur rambut aku mendengarnya. Ezran datang kemudian duduk di hadapanku.

“Encik ni bukan suami akak ke, maaflah saya ingatkan suami akak.”kata pelayan kedai itu. Ezran tersenyum lebar.

“Tak pe dik…adik tak de buat salah pun… akak ni tunang abang….” Ezran yang tiba-tiba mencelah perbualan kami sebelum sempat aku menjawab. Budak pelayan pun berlalu meninggalkan kami.

“Tunang? Mulut awak ni cap ape ye? mesti fail Quality Control ni. Suka-suka je nak wat statement. ” Kataku sambil mengerutkan kening.

“Cap? Quality Control?” Soal Ezran tak faham.

“Patut la tak de cap rupanya..…disebabkan mulut awak yang takde cap…hari ni saya belanja belanja makan…kita raikannya.”Kataku.

“Tak boleh…biar saya bayar… sayakan lelaki.” Tegas ezran.

“Tak de maknanya Encik Ezran….saya dah kata saya nak bayar….saya tetap nak bayar…”Aku juga bertegas.

“Degil!”Kata Ezran ringkas.

“Ada saya Kisah.”Balas ku .

Aku perasan adik yang mengambil pesanan kami asyik memandang gelagat kami. Dia akan mengalihkan pandangan bila aku mengerling ke arahnya. Aku pun bangun mengeluarkan duit not RM50 membayar harga makanan kami. Ezran mengalah  dia memandang sambil mengelengkan kepala melihat telatah aku yang macam orang latah.

“Semuanya tiga puluh ringgit kak… Akak untung …handsome apa tunang akak macam pelakon korea…saya suka tengok dia…kalau saya dapat boyfriend macam tunang akak tu mesti tak tidur malam dibuatnya…takut kena kebas..tapi kenapa akak macam tak suka dia?” tanya pelayan kedai.

“Suka.. Cuma hari ni je tak suka…hari lain akak suka dia… lagi satu dik rugi tak tidur malam dik…nanti kalau sakit sape yang susah....”Balas ku tersenyum.

Aku melangkah keluar dari kedai diikuti Ezran. Hujan renyai-renyai tidak menghalang kami untuk berjalan. Tangan aku depakan…. muka aku dongak kelangit…air hujan yang menimpa mukaku terasa sejuk. Ezran yang dari tadi berjalan di belakang aku melangkah deras untuk bersaing dengan aku. 

“Ros…awak tak kisah kena timpa hujan?” Tanya Ezran hairan.

“Tak…bukannya hujan batu… hujan api pun bukan. Kenapa awak tak suka hujan? Rahmat Allah ni…”

“Tak de la…biasanya orang tak suka ditimpa hujan…basah…demam..kalau awak demam ke.. sakit ke ..saya juga yang susah…mesti awak minta tolong dengan saya nanti...”Ujar Ezran.

“Dah tak payah nak berangan…buat apa saya cari awak…kalau saya sakit pun klinik banyak….hospital pun besar…saya boleh dapatkan rawatan kat situ.”

“Awak tak percaya cakap saya…okey….kita betting…setuju?”

“Eleh..kalau setakat nak betting-betting ni apalah sangat.” Kataku dengan nada sombong.

“Okey..baik..kalau ditakdirkan awak sakit…and awak datang cari saya….awak kena jadi tunang saya betul-betul. Setuju?” Tanya Ezran serius.

“Kalau setakat tunang tak jadi masalahlah…saya setuju sesangat…perkara kecik je tu. Gerenti saya takkan jumpa awak kalau saya sakit… …” Kataku dalam nada sindiran. Sebenarnya aku memang pantang dicabar. Cepat sangat menyahut cabaran tanpa berfikir panjang.

“Kalau macam tu…Deal betting kita…saya setuju. Esok kita sain kontrak.” Kata Ezran Serius.

“Tak payah kontrak la Encik Ezran. Saya ni berpegang pada janji….”

Kami sama-sama berhenti di kaki lima pasar mini. Berlindung dari hujan renyai yang turun semakin lebat.

“Pegang janji…nampak sangat menipu…awak dah lupa ye…bulan lepas awak mungkir janji ..saya tunggu awak kat KFC, 2 jam tau dari pukul 2.00 petang sampai pukul 4.00 petang…batang hidung pun tak nampak…” Beritahu Ezran dengan rasa tidak puas hati.

“Eh! Ye ke….kejap..kejap..saya nak flashback balik….” Fikiran aku berputar. Teringat aku bulan lepas aku pergi berkelah di air tejun bersama Diana dan teman-teman sepejabat meraikan kemenangan  tender di Melaka. Oh ya!! Betul…masa itu aku sengaja mungkir janji. Tujuanku untuk mengenakan Ezran.

“Hah! Ingat ke tak?” sergah Ezran.

“Ingat….saya minta maaf…saya yang salah....tapi bukan maksud saya yang mungkir janji…saya ada hal hari tu.” Aku memberi alasan padahal memang aku sengaja mengenakan Ezran pada masa itu. Diana dan teman-teman sepejabat semua tahu aku mengenakan Ezran. Kasihan pula aku tengok budak ni.

Hujan pun dah semakin reda kami terus pergi ke kereta. Ezran mahu menghantar aku ke stesen bas namun aku menolak. Aku hanya mahu berjalan kaki ke stesen bas yang tidak jauh dari tempat letak kereta. Aku meninggalkan Ezran, dia memanggil nama aku. Tapi aku terus berjalan tanpa menghiraukan laungan Ezran.

Sebenarnya aku takut sekiranya aku akan jatuh hati sekali lagi. Biarlah aku buat dia sakit hati moga-moga dia tidak mahu mendekati aku lagi. Bukan niat dihati aku menyakiti hati Ezran,  Siapa yang hidup di dunia tidak mahu bercinta dan dicintai. Aku juga begitu tapi kekecewaan lalu mengajar aku erti cinta. Sekiranya aku jatuh cinta lagi, aku tidak mahu lagi menjadi seorang pencinta tetapi mahu dicintai sampai akhir hayat.

Sampai di stesen bas, aku terus ke kaunter bertanya bas ke Temerloh. Pekerja kaunter memaklumkan bas masih belum sampai lagi, aku terpaksa menunggu setengah jam lagi. Aku duduk di kerusi sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Hari ini orang tidak ramai sangat, tidak lah berasak-asak dalam bas nanti.

Ada sesuatu yang tertinggal. Alamak masalah ni, aku kena pergi semula ke warung Pak Ali. Bukan dekat warung Pak Ali, tapi dalam kereta Ezran sebab masa aku turun tadi, aku hanya bawa beg duit dan handphone sahaja. Beg galas aku tertinggal…sahih..malu…aku bercakap sendirian macam orang tidak betul.

Nombor telefon Ezran aku dail..tiada jawapan. Mungkin dia tidak bawa handphone agaknya. Takkan dia tidak perasan beg aku dekat atas kerusi depan. Sepatutnya dia mesti datang hantar beg aku ke sini.

“Awak tertinggal beg galas kan?” kedengaran suara disebelah kanan ku. Ezran sedang menggalas beg  aku.

“Ha’a beg saya. Terima kasih…awak sudi hantar beg saya.” Ucap ku senang hati.

“Eh! Ini buka beg awak… tak de pun tertulis nama awak kat beg ni. Tadi masa saya panggil awak…nak bagi beg ni awak tak hirau pun…saya kira awak tak nak dah beg ni.” Kata Ezran dengan selamba.

“Suka-suki awak je nak buat ape. Bagi balik!!” Kata ku. Menyesal betul aku keluar dengan mamat ni. Geramnya!!! Getus hatiku.

“Kalau awak nak balik beg ni, awak kena terima syarat saya.”

“Syarat?..syarat pun syaratlah…Saya tak kisah, saya janji akan buat apa saja.. tapi beg tu awak kena pulangkan balik.” Kataku dalam keadaan separuh hilang pertimbangan. Aku rasa mahu sahaja aku menangis ketika ini. Mana tidaknya di dalam beg itu siap ada persalinan luar dan dalam full package. Malu kalau Ezran buka beg aku jumpa apa yang tidak sedap dipandang. Silap-silap juling biji mata Ezran menengoknya. Setiap kali berjumpa dengan Ezran ada sahaja masalahnya..nasib..nasib.

“Kalau awak dah setuju..mari ikut saya” Ezran menarik tanganku.

“Awak bawa saya pergi mana ni? Sakit la tangan saya.” terkejut dengan tindakan Ezran. Aku merentap tanganku supaya terlepas dari genggaman Ezran. Genggamannya betul-betul kuat.

“Jom naik kereta dulu, nanti baru saya cerita.” Ezran masih menggengam tanganku.

“Lepaskan tangan saya dulu…bukan muhrim la bodoh!” Gedebuk perkataan bodoh hinggap pada Ezran. Serta merta Ezran melepaskan tanganku.

Sampai di kereta Ezran membuka pintu menyuruh aku masuk ke dalam kereta. Aku mengikut arahannya seperti seorang tahanan. Beg galas aku diletakkan di dalam boot kereta. Ezran menghidupkan enjin kereta terus memandu. Arahnya aku tidak pasti.

Perasaan dan emosi aku betul-betul bercelaru. Tindakan gila yang dilakukan Ezran memang tidak  masuk akal. Aku menangis tiba-tiba. Aku tidak mempedulikan Ezran disebelahku. Lantaklah dia nak tengok aku menangis.

“Ros kenapa awak menangis? Saya bukan nak buat perkara yang tak baik. Saya Cuma nak protect awak. Saya nak hantar awak balik kampung.” Terang Ezran dengan rasa bersalah.

“Protect kepala hotak awak! Awak ingat saya ni apa, suka hati awak je nak menghukum. Kita belum betul-betul kenal antara satu sama lain!” Balasku dalam esak tangis.

“A…Awak jangan macam ni…saya betul-betul rasa bersalah…saya tak sangka tindakan saya boleh buat awak menangis. Saya Cuma nak bergurau je dengan awak sumpah tak de niat nak guris perasaan awak.” Ezran membuat pengakuan.

“Saya nak beritahu awak..hari ni saya gembira sangat akhirnya awak sudi juga keluar dengan saya..makan dengan saya…” Sambung Ezran lagi.

“Ada saya kisah ….awak gembira ke…kenyang ke..lapar ke…suka hati awaklah…” Marahku lagi. Airmata masih lagi mengalir, kalau ikutkan perasaan  macam nak tumbuk je muka si Ezran ni.

Ezran menghulurkan tisu aku terus mengambilnya dan menyapu air mata. Perasaan geram aku masih belum reda. Ezran memandang aku dengan penuh rasa bersalah. Ucapan maaf darinya berkali-kali. Aku hanya diam tidak berkata-kata.

“Awak…awak marah lagi ke?” Tanya Ezran bimbang.

“Saya nak turun dekat Kuala Krau je. Ayah saya dah ada tunggu saya kat situ.” Tegas ku.

“Awak…biar saya hantar awak sampai rumah. Saya nak jumpa dengan mak dan ayah awak..saya nak..”

“Cukup..cukup…awak turunkan saya di pekan saja..dah memadai…lain kali lah kalau awak nak jumpa mak ayah saya…kepala saya tengah serabut ni.” Aku bercakap memandang tepat ke muka Ezran.

Ezran terpaksa menurut kata aku. Dia menurunkan aku di perhentian bas sahaja. Aku turun dari kereta, kelihatan abah sudah menunggu di depan gerai buah-buahan. Aku terus berlari menyeberang jalan mendapatkan abah. Ezran??? Lantak dialah nak pergi mana pun.
********************

Bunyi sms masuk mengejutkan lamunan aku. Handphone yang di atas meja aku capai. Aku melihat skrin telefon. Tertera nama pengirimnya Ezran lantas aku membaca isi smsnya.

“Ros saya minta maaf atas kejadian hari ni. Bukan niat saya nak buat awak menangis. Lagi satu….beg galas awak masih lagi dalam simpanan saya. Awak jangan risau saya tak akan buka beg awak. Salam dari EzErl.” Handphone aku letak semula ke atas meja.


Aku membalas sms Ezran dan aku harap dia faham. Kali pertama aku membalas sms darinya. Sekarang, aku sudah terikat dengan pertaruhan yang aku persetujui dan kontrak ciptaan Ezran. Bab pertaruhan aku tidak kisah kerana aku yakin aku tidak akan cari dia. Tetapi kontrak beg, ini mesti menjerat aku kerana aku ingat ayat yang aku cakap: “saya akan buat apa saja”. Aku tahu ayat inilah yang akan Ezran pegang. Haishh!! Benda yang remeh pun boleh jadi besar. Memang tidak masuk akal. Kalaulah dia pulangkan sahaja  beg aku,  pasti tidak  jadi macam ini. Aduhh!! Serabut betul dengan si Ezran ni.  

Apalah yang dia hendak buat? Takkan dia nak simpan beg itu, sampai bila? Kalau nak tunggu sampai kucing bertanduk nampak sangat menipu..sebab kucing memang tidak bertanduk.  Penat aku fikir…akhirnya aku terlena juga dalam keserabutan…

No comments:

Post a Comment