BAB 6
Peristiwa pertelingkahan Elya telah aku lupakan, tapi itu adalah sejarah dalam hidupku yang akan aku kenang sampai bila-bila. Selepas dari kes itu, Elya tidak lagi bertugas di Wad Anggerik dia telah ditukarkan ke wad lain. Pada mula aku ditampar oleh Elya memang rasa sakit hati, tetapi bila aku fikir semula aku kasihan kerana Elya sangat menyintai Doktor Erlanda. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi orang yang dicintai. Mungkin itu yang dikatakan cinta sejati. Aku pun tidak pasti.
Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Doktor Erlanda menjaga aku sepanjang aku berada di sini membuat hati aku tersentuh. Aku tidak akan mengatakan suka walaupun aku betul-betul suka. Biarlah perasaan aku pendam sedalam-dalamnya. Apa yang aku pasti selepas ini aku perlu menjadi tunang kepada doktor ini atas kekalahan aku dalam pertaruhan bodoh kami.
Doktor Erlanda pula sudah dua hari sibuk. Dia hanya dapat melawat aku ketika dia membuat lawatan pada waktu pagi sahaja. Dia hanya akan datang selepas semua kerjanya selesai. Aku tidak ambil pusing sekiranya dia tidak datanag melawat aku. Bagi aku semuanya tidak menjadi masalah, kalau dia datang pun bagus tak datang lagi bagus.
Setelah lima hari aku terlantar dihospital barulah Diana dan Khai datang melawat aku pada waktu petang.
“Sampai hati tinggalkan aku sorang kat hospital ni.. kesian aku.” Kataku merajuk.
“Aku ke KL.. kan aku dah bagi tau.. aku janji, kalau kau boleh keluar nanti aku ambil.. aku belanja okey.” Kata Diana memujuk.
“Eleh.. dah tua bangka macam ni pun nak merajuk lagi.” Kata Khai mencebik memandang aku.
“Suka hatilah nak merajuk ke tak. Cemburu ke?” Tanyaku pula kepada Khai.
“Yelah.. tunang kita tu. Mestilah kita cemburu.” Kata Khai lagi.
“ Aii.. dengan orang pun nak cemburu ke. Lainlah kalau orang ni lelaki.” Giliran aku pula mencebik. Aku selesa membahasakan diri sebagai orang bila bercakap dengan Khai.
“Eh! Awak berdua ni kalau bertemu tak bergaduh tak sahkan. Bergaduh tu macam satu perkara wajib. Kalau tak buat berdosa ye?” Tanya Diana kepada kami berdua.
“Mana ada dosa. Makruh je.” Jawab Khai.
“Betul.. betul.. Makruh.” Kataku menyampuk. Seronok rasa hati apabila ada kawan-kawan yang datang menjenguk kita di hospital. Sudahlah mak dan abah tidak dapat datang hanya telefon yang menghubungkan aku dengan mak.
Sedan g asyik kami berbual-bual Kawan-kawan sepejabat, Miss Jenny, Mr. Tee dan Izad sampai.
“Ros! Kau berbuallah dulu dengan dia orang. Aku dengan Khai nak ke Cafe dululah. Lapar ni.” Kata Diana.
“Aik!! Takkan nak mengelak jumpa dengan kita orang kot?” Cepat Izad bertanya.
“Ishh! Kau ni Izad tak faham-faham pulak. Bagi la chance.” Kataku tersengih memandang Izad.
“Ntahnya Izad ni. Kau janganlah cemburukan aku. Lain kali cepat sikit cari jodoh.” Kata Diana sambil berlalu pergi. Khai pula hanya tersenyum mendengar perbualan kami.
“Ros! Kau dah ok?” Izad bertanya.
“Cuba kau tengok aku ni ok ke tak?” kataku tersenyum sambil mengangkat kening.
“Aiyaa!! Mesti sudah oklah.. awak tengok dia lagi boleh senyum ma..” Sampuk Mr. Tee. Miss Jenny tersengih memandang Izad.
“Mr. Leong sama Azrul tak dapat datang. Mereka hanya kirim salam saja. Ini ada bunga sama buah mereka kirim untuk awak.” Giliran Miss Jenny pula berkata sambil menghulurkan sejambak bunga tiruan dan seplastik buah epal merah.
“Terima kasih.”Kataku tersenyum.
“Eh!! Tak habis lagi, aku pun ada bawa bunga juga untuk kau. Bunga warna kuning ni dari Danial. Yang warna putih campur merah ni dari Halim. Kak siti dia kirim salam je. Yang warna biru ni pulak dari aku.” Kata Izad. Penuh satu katil dengan bunga. Lepas ni bolehlah aku bunga kedai bunga.
“Terima kasih banyak-banyak. Terharu la pulak.” Kataku.
“Semoga cepat sembuh. Ros, saya tak boleh lama.. saya ada janji.” Kata Miss Jenny.
“Saya pun sama juga. Semoga cepat sembuh ya.” Sampuk Mr. Tee.
“Ok… terima kasih banyak-banyak, sudi melawat saya.” Balasku. Aku melambaikan tangan ke arah Miss Jenny dan Mr. Tee yang sudah melangkah keluar dari Wad.
“Ros, Aku pun tak boleh lama.. ada janji dengan buah hati aku.” Kata Izad pula.
“Hrmm.. untung orang ada buah hati. Tak macam aku, tak laku-laku.” Kataku dalam nada bergurau.
“Hish! Kau ni mana boleh tak de orang nak.. mesti ada punya. Kau je yang jual mahal.”
“Aku rasa elok kau pergi jumpa buah hati dulu. Nanti karang merajuk pulak. Aku ni memang dah terkurung kat sini.” Kataku sambil ketawa.
“Okeylah aku chow dululah. Kau tu jaga diri. Jangan lupa makan ubat.” Pesan Izad.
“Baik bos!” Kataku sambil melambaikan-lambaikan tangan ke arah.
Gembira rasa di dalam hati apabila ada kawan-kawan yang mengambil berat. Katil aku sudah seperti taman bunga dan kedai buah-buahan. Mana tidaknya setiap yang datang mesti membawa bunga dan buah. Paling koman pun buah limau. Mereka semua harap aku cepat sembuh. Kawan-kawan, walaupun hanya bunga plastik yang kalian bawa, aku sangat menghargainya. Di bandar kecil begini susah nak cari bunga segar. Getus hatiku.
“Kata pergi minum-minum. Sekejapnya?” Tanyaku hairan bila melihatkan Diana dan Khai sampai di Wad Anggerik.
“Saja je buat gimik. Tak nak bertembung dengan geng pejabat kita tu. Tak tahan telinga mendengar sindiran mereka nanti.” Kata Diana.
“Betul…betul. Nanti takut hangus pulak telinga mendengar Izad memerli.” Kataku sambil ketawa kecil.
“Aku bersyukur sangat malam yang kau demam teruk tu. Sampai je kat hospital aku tengok Ezran yang merawat kau. Mulanya aku tak percaya. Tapi bila semuanya dah selesai barulah dia memperkenalkan diri.” Diana tiba-tiba bercerita kejadian demam aku.
“OO.. jadi kau dah taulah yang dia tu doktor kat sini? Kenapa kau tak bawak aku balik je semula kerumah?”
“Yelah…tapi kau teruk sangat malam tu. Takkan aku nak angkat kau bawa balik. Gila ke apa? Bukan kerja. aku pun cemas malam tu tau. Doktor tu lagilah cemas bila tengok kau yang sakit. Aku rasa dia betul-betul suka dengan kau. Elok kau terima je. Tak payah fikir dah.”
“Amboi-amboi senang je kau cakapkan. Lidah tak bertulang. Kau ingat aku nak percaya ke? Aku pun tak tau dari planet mana dia datang.” Kataku lagi. Aku dan Diana langsung tidak mengendahkan Khai yang berada di sebelah Diana.
“Betul ke ni sayang?” Khai mencelah perbualan kami secara tiba-tiba.
“Sayang tak percaya ke? Nampak sangat Doktor tu sukakan dia..sayang ingat tak masa kita jumpa dekat Temerloh sebelum kita bertunang…..” Diana menceritakan segalanya kepada Khai mengenai aku dan Doktor Erlanda. Aku pula masih menafikannya.
“Serius sungguh doktor ni ye. Tapi sejak bila dia kenal dengan Ros. Wah! Dia ada admire rupanya.”
“Bukan… orang tak de apa-apa pun dengan doktor ni..tolonglah. Kenapa nak percaya dengan orang yang langsung kita tak kenal. Betulkan?” aku menafikannya walaupun dalam hati aku sudah ada rasa macam coklat Cadbury.
“Yang tu tolak tepi. Yang penting dia sukakan kau. Sayang ni kenapa pulak cuak semacam je?” Tanya Diana kepada Khai.
“Takdelah abang ada call hadi bagi tau dia yang Ros masuk wad..demam dan ada jangkitan kuman dalam darah. Tak taulah pulak Ros ni dah ada buah hati.” Kata Khai.
“Opss!! itu bukan buah hati. Kadang-kadang menyakitkan hati tu.” Kataku lagi.
“Sayang tengok Ros ni memang jual mahal. Sah..sah doktor tu sukakan dia. Tapi, kenapa sayang bagi tau dengan Hadi pulak? Dia nak datang ke?” Diana bertanya kepada Khai.
“Entah..abang pun tak tahu. Ros..Hadi tu sayang dengan Ros lagi tau.. dia sanggup nak sambung balik dengan Ros.” Khai memberitahu dengan penuh perasaan.
“Untuk pengetahuan abang Khai..orang dah tak nak bersambung-sambung dah… satelit orang dah tak boleh terima maklumat langsung mengenai Hadi. Bila masuk je gelombang bunyi nama Hadi terus jammed serta- merta.” Kataku sambil mencebik. Perkataan dua maksud memang kami selalu gunakan ketika berbual. Khai memang cepat faham apa yang hendak sampaikan.
“Ada part yang rosak..tu sebab tak boleh terima maklumat pasal Hadi.” kata Khai. Diana pula menjadi penonton sahaja.
“Tak boleh. Nama tu dah disenarai hitamlah rasanya.” kataku.
“Ros kesian Hadi dia dah menyesal sangat, dia mengaku diri dia bodoh tak bagi pandai memilih.. terimalah dia.” Khai merayu bagi pihak Hadi. Berapalah gaji yang dibayar oleh Hadi kepada Khai.
“Tak de tempat dah nak diisi ..memory semua penuh.” Kataku menolak.
“Susah betullah bercakap dengan budak degil macam ni. Hati keras macam apa ntah.” Rungut Khai.
“Tak payah merungut-rungut macam tu. Buat rugi air liur je. Bukan sayang tak tau dia ni memang degil.” Celah Diana pula.
“Amboi dua-dua marahkan aku ni. Degil sangat ke?” Aku tanya sendiri.
“Memang degil. Sangat-sangat degil.” Jawab Diana. Aku tersengih memandang Diana dan Khai bila mendengarkan jawapan dari Diana. Aku akur, aku memang degil dan keras hati.
Sedang-sedang elok menyebut nama Hadi..terpacul dia di pintu Wad Anggerik. Sejambak bunga Ros merah segar ditangannya. Huh! macam akan ada adegan romantik, silap-silap boleh jatuh hati semula. Ya Allah! lindungilah aku dari lelaki hidung belang ini. Drama apa pula yang akan berlaku seterusnya?
“Ros aku rasa elok aku dan Khai balik dulu. Lain macam je aku tengok si Hadi ni.” Kata Diana.
“Aduh! Tak payahlah balik lagi. takkan kau nak biarkan aku sorang kat sini menghadap muka Hadi. Tolonglah jangan balik.” Kataku merayu pada Khai dan Diana.
“Tak boleh. Tak sanggup aku nak dengar rayuan Hadi pada kau. Kau pandai-pandailah selesai sendiri. Kau dah besarkan.” Kata Diana lagi. Khai pergi mendapatkan Hadi mereka berbual dipintu Wad. Apa yang dibualkan aku sendiri tak pasti.
“Ni kalau tak pasal si tunang kau yang bagi tau, mana dia nak tau aku dekat sini. Adoi! Migraine la perut aku kalau macam ni.”
“Abis tu kau nak aku tunggu juga ke?” Tanya Diana.
“Yelah, kau nak balikkan.. bolehlah.. silakan.. aku dah merajuk ni. Sebagai balasannya kau belanja aku makan bila aku keluar hospital nanti ye.” Gurauku.
“Okey, mem besar… aku janji.” Kata Diana sambil menghulurkan salam kepadaku.
Perasaan aku terus tidak keruan apabila melihat Hadi. Aku terpaksa mengawal supaya aku nampak cool. Aku menunggu Hadi datang dekat denganku.
“Duduklah.” Aku dulu yang mempelawa Hadi duduk. Hadi sudah berumur 26 tahun masih tidak berubah tetap macam dulu sangat menjaga penampilan. Itulah yang membuat aku dan dia sangat bersilang pendapat. Sesuai dengan kerjanya Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat swasta mestilah kena bergaya. Sejambak bunga ros merah dihulurkan kepadaku, aku sambut dengan baik kerana aku sudah tidak mahu ada adegan gaduh dalam drama kali ini.
“Dah lima hari masuk hospital kenapa langsung tak beritahu, nasib baik Khai yang info..kalau tak, langsung Hadi tak tahu.” Kata Hadi. Aku pula tiba-tiba rasa macam meloya bila dia begitu baik terhadap aku dan membahasakan dirinya dengan panggilan Hadi.
“Tak delah saya ok demam sikit je, Khai tu yang kecoh-kecoh.”
“Demam sikit awak cakap. Sampai lima hari terlantar.” Kata Hadi
“Biasalah tu. Hamba Allah mestilah sakit. Kena Redha.” Kataku tersenyum.
“Hari tu masa di majlis pertunangan Diana awak lari tinggalkan saya sorang…. Awak pergi mana masa tu? Awak marah lagi ke pasal hal dulu-dulu?” hadi bertanya.
“Marah?? Tak kuasa saya.. langsung tak de kaitan dengan saya.. lupa dah pun .”
“Habis tu kenapa awak lari? Awak memang benci tengok muka Hadikan?” Tanya Hadi.
“Uiihhh! Dalam kamus hidup saya tak de istilah membenci orang. Allah tak suka kalau kita saling membenci.” Kataku lagi.
“Ros.. saya nak terus terang dengan awak… saya minta awak terimalah saya semula.. dulu saya yang bodoh tak dapat menilai yang mana baik yang mana buruk.. awak tolonglah terima saya semula.” Rayu Hadi kepadaku.
“Saya minta maaf sangat-sangat..saya memang tak boleh.. langsung tak boleh terima.. awak kena ingat apa yang awak dah cakap dulu masa awak nak putus dengan saya.. awak dah lupa? Itu adalah pengajaran buat saya yang tak sedar diri. Sekarang saya dah sedar siapa saya.” Tenang sahaja pertanyaan itu keluar dari mulut aku.
“Awak tolonglah saya… saya betul-betul menyesal.. takkan langsung takde rasa kasihan terhadap saya..” Rayu Hadi lagi.
“Hadi awak carilah orang yang sudi… saya tidak setanding orang yang awak suka…siapa saya.. awak tengok penampilan saya.. kalau ada yang suka sah! Orang tu bukan orang biasa, dia pasti Orang Utan.” Kataku lurus tanpa simpang siur sambil tersenyum.
“Awak kok ye pun janganlah buat lawak yang merendah diri sampai macam tu sekali.. awak yang terbaik pernah saya jumpa..”
“Awak cari orang lainlah.. saya..” Tidak dapat aku menghabiskan kata-kata kerana aku lihat Doktor Erlanda berlari-lari ke arahku. Sampai dekat aku dia masih termengah-mengah, tangannya menghulurkan salam kepada Hadi. Hadi memperkenalkan dirinya dan Doktor Erlanda juga begitu.
“Haik!! Kenapa macam kena kejar hantu?” Tanyaku selamba walaupun Hadi ada dekat dengan kami.
“ Sorry buat awak terkejut. Amboi! dah macam taman bunga saya tengok katil awak ni. Saya Singgah dua minit je. busy sangat ari ni..sorry langsung tak dapat jenguk awak melainkan waktu pagi tadi je. By the way awak nak makan apa? nanti lepas maghrib saya nak datang sini kita makan sama.” Kata Doktor Erlanda. Laju tutur kata yang keluar dari mulutnya. Hadi pula tercengang melihat kebaikan Doktor Erlanda terhadapku.
“Makan? tak kisahlah apa-apa je.” jawabku. Dalam hati aku bersyukur sangat. Doktor Erlanda datang menyelamatkan keadaan. Biasanya dia tak tanya aku nak makan apa sebab dia tahu aku akan menolak. Tapi petang ni boleh tergerak pulak hati dia nak bertanya. Hai! Ada chemistry gayanya.
“Siapa ni Ros?” Tanya Hadi.
“Saya ni bakal tunang dia.?” Celah Doktor Erlanda cepat.
“Bakal tunang?” Tanya Hadi kehairanan. Doktor Erlanda mengangguk. Aku menggeleng pun tidak mengangguk pun tidak.
“Okeylah Hadi, saya minta diri dululah.” Kata Doktor Erlanda. Laju kaki Doktor Erlanda melangkah meninggalkan Wad Anggerik. Nampaknya dia betul-betul sibuk. Kasihan dia walaupun sibuk tapi masih lagi mengambil berat makan minum aku.
“Patutlah awak tak terima saya, rupanya awak dah nak bertunang.. apapun tahniah..” Ucap Hadi seakan kecewa. Dia meminta diri untuk pulang kerana masih ada hal di Kuala Lumpur. Aku mengucapkan terima kasih kerana sudi datang melawat aku. Sebelum dia pergi dia amat berharap supaya aku dapat menerimanya semula walaupun dia tahu aku akan bertunang. Kes sama macam Elya tapi Cuma Hadi lebih terbuka. Elok kalau aku temukan Hadi dengan Elya memang sesuai.
***********
“Assalamualaikum.. termenung jauh nampak, fikir masa depan ye?” Suara Doktor Erlanda mengejutkan anganku.
“Waalaikumsalam.. tak perasan awak datang..” jawabku. Doktor Erlanda memberikan beberapa buah majalah kepadaku. Bekal makanan dia letakkan almari tepi katil aku. Aku membelek-belek majalah yang diberikan sementara dia meletakkan nasi dan dan lauk ke dalam pinggan diberikan kepadaku.
“Tuan Doktor..esok saya boleh discharge tak? Saya dah tak larat nak duduk sini. Antibiotik saya boleh sambung dekat rumah.” pintaku. Nasi putih bersama kari ayam membuka selera makanku.
“Suka hati dia je nak panggil kita tuan…Kenapa nak keluar pulak… saya jaga awak tak cukup bagus atau saya ada buat salah?..”
“Semuanya bagus..terima kasih sebab ambil berat pasal saya…tapi saya dah tak larat nak berkurung macam ni.” kataku sambil tersenyum.
“Saya rasa sepanjang saya bekerja.. dalam minggu ni saya betul-betul merasa keseronokan bekerja walaupun penat… saya rasa semangat saya datang dari awak agaknya.. sebelum ni seronok juga tapi tak macam ni.” Doktor Erlanda melemparkan senyuman manis manakala aku menjelirkan lidah ke arahnya. Geram dengan perbuatanku cepat-cepat dia bangun dan mengetuk kepalaku. Aku tersengih dan mengangkat kening, terus makan. Doktor Erlanda bertongkat dagu duduk di kerusi sambil memandang aku yang sedang makan.
“Ros.. petang tadi siapa budak tu? Siap bawa bunga Rose Merah tu.. goyah perasaan saya masa tu, nasib baik saya dapat mencelah perbualan korang tadi. Terus dalam hati saya rasa macam lega sangat.” Terang Doktor Erlanda jujur.
“Dia tu dulu Ex-boyfriend saya…….” Panjang lebar aku bercerita kepada Doktor Erlanda kisah Hadi kepadanya. Dia menjadi pedengar setia Cuma sesekali ada juga dia bertanya itu dan ini. Aku juga memberitahu Doktor Erlanda bahawa Hadi minta aku menerimanya semula tapi aku menolaknya secara baik.
“Ooo… Patutlah dia datang rupanya tunang kawan awak yang beritahu… mana bunga yang dia bagi.. nak tengok..” Minta Doktor Erlanda. Aku menunjukkan dalam bakul sampah di penjuru katil.
“Ya Allah! Kenapa buang dalam tong sampah?” Doktor Erlanda terkejut.
“Buangkan apa yang tak perlu jika rasa mengganggu… tak susah-susah nak fikir… saya takkan undur keputusan yang saya dah buat..muktamad..”kataku.
“Awak ada prinsip.. nampak tegas sangat...” Kata Doktor Erlanda.
“Prinsip sentiasa saya pegang..harga diri tu.”
“Kalau macam tu, esok awak dah boleh discharge … tapi saya tak dapat hantar awak balik kampung.. saya bertugas, err.. kawan awak boleh ambil awakkan?” Tanya Doktor Erlanda.
“Haa! Boleh balik.. Yesss.. seronoknya.. bagi MC lama sikit.. boleh rehat kat kampung..” kataku
“Okey.. MC sampai hari Rabu je… jangan lupa makan ubat.. hari Isnin saya Off.. saya datang rumah awak kat kampung ye..”
“Ayyoo…awak nak datang rumah saya ke? Tapi buat apa?” Tanya ku
“Salah ke saya nak jumpa dengan keluarga awak?”
“Tak delah salah sampai kena masuk lock-up, tapi buat apa nak jumpa keluarga saya. mak ayah saya sama je macam orang lain. Ada mata, ada telinga, ada hidung lagi satu dia orang bukan alien.” Kataku cuba mengalih topik.
“Awak ni selalu buat saya tergelak. Saya tau lah mak ayah bukan alien. Kalaulah mak ayah awak tu alien saya pun tak nak jumpa.” Kata Doktor Erlanda sambil ketawa.
“Saya rasa tak payahlah awak datang ke rumah saya. lagipun saya ni ada masalah ingatan. Mungkin disebabkan doktor bagi saya salah ubat agaknya. Tiba-tiba je saya lupa alamat rumah saya. serius ni.” Kataku. Riak air muka aku bersahaja memandang muka Doktor Erlanda. Kalau boleh aku tak mahu mak abah tahu tentang dia. Susah nanti.
“Kalau macam tu cancel la discharge esok.. saya tahan awak sebulan lagi kat sini.. MC sampai hari rabu saya tarik balik.” Gertak Doktor Erlanda. Aisehh!! Macam mana aku boleh lupa yang dia ni doktor sah-sah dia yang benarkan aku discharge. Langsung tak boleh nak menipu.
“Guna kuasa nampak.”Aku pula menggertak Doktor Erlanda.
“Kenapa awak takut saya cakap dengan mak ayah awak pasal kontrak bertunang kita?”
“Taklah. Takkan awak nak cakap dengan dia orang saya ni kalah betting.. then kena bertunang dengan awak tanpa kerelaan hati saya. macam tu ke?”
“Bukan macam tu, saya dah cakapkan saya nak kenal dengan keluarga awak je. Sebab kalau saya tengok awak ni unik sangat. Tu yang saya nak tau pulak keluarga awak macam mana.” Terang Doktor Erlanda.
“ Hrmm..betul kalau awak jumpa dengan mak ayah saya awak tak cakap pasal hal ni?” Aku bertanya untuk kepastian.
“ Betul.. sumpah saya tak cakap.”
“Okey.. tapi saya betul-betul lupa alamat rumah saya. nampak gayanya awak kena tunggu sampai ingatan saya pulih dulu.” Kataku.
“Kalau awak tak nak bagi alamat tu saya tak kisah pun.. saya telefon mak awak je. Lagi senang berurusan.” Kata Doktor Erlanda. Aku terkedu seketika.
“Okey.. okey.. saya bagi. Jangan telefon mak saya. Saya surrender. Ish! nak menipu sikit pun tak boleh.” Kataku kepada Doktor Erlanda yang sedang tersenyum puas hati melihat aku marah.
**********************
Terima kasih kepada pembaca yang masih sudi membaca. Diharap dapat memberikan teguran yang membina.
lame dah tggu n3 nie...
ReplyDeleteape pun best...
bile doktor Erlanda nak tunang dengan Ros..?
next entry please...
best... next en3 pliz... :D
ReplyDeleteade fb x????
terima kasih kepada yang sudi menjadi pembaca setia. tunggu next n3 bab 7.
ReplyDelete