Tuesday, 8 May 2012

CINTA KFC BAB 9


BAB 9

Masih terasa pedih luka yang jatuh tadi. Aku mengambil kotak first Aid yang berada didalam almari. Aku sapu darah yang mengalir dengan kapas bersih. Nasib tidak baik hari ini agaknya. Sudah lama benar aku tidak jatuh begini. Zaman budak-budak selalulah aku jatuh, hari ini aku sudah kembali jadi budak semula. Krim antiseptik Burnol aku sapu ke luka.

Telefon bimbit aku keluarkan dari poket dan terus nombor Diana aku dail. Aku menyuruh dia pulang ke rumah sahaja sebab aku sudah berada di rumah. Selang lima minit, Diana sampai ke rumah. Diana membuka pintu yang tidak berkunci. Aku masih lagi membelek luka di badan, manalah tahu ada lagi yang aku tak perasan. Diana tercegat di muka pintu sahaja. Hairan dengan aku yang luka di siku.

“Ya Allah! Teruknya bergaduh sampai luka macam ni.” Tegur Diana. Aku senyum tawar memandang Diana.

“Ni bukan luka sebab gaduh.. ni luka sebab aku jatuh masa nak balik tadi.” Kataku menafi.

“Kenapa tak suruh Ezran hantar? Takkan dia bagi kau balik jalan kaki. Aku tak percaya. Kau ni mesti gaduh tadi.” Diana membantah. Dia terus melangkah ke sofa dan duduk di situ.

“Ye aku gaduh! Aku lari. Tu pasal aku jatuh.”

“Kau dengan Ezran tu sebenarnya sama je keras kepala. Apa salahnya masa dia tanya kau tadi kau cerita je terus yang Aril tu adik beradik susuan kau. Aku rasa kalau kau terus-terang tadi mesti benda macam ni tak berlaku.”

“Hai.. kau sebelahkan Ezran ye? Mestilah aku rasa tak puas hati, sebab macam mana gambar aku dengan Aril sampai ke tangan dia? Apa ni.. takkan setiap gerak geri aku dia nak hantar spy suruh intip aku. Macam penjenayah pula. Aku ni bukannya teruk sangat pun. Aku dah niat nak tunjukkan gambar aku dengan Aril pada Ezran. Bila dah jadi macam ni aku tawar hatilah.”

“Bukan aku menyebelahi mana-mana pihak. Perkara ni kecik je. Tak usah besarkan.”

“Kecik? Tapi elok je mulut dia cakap aku ni murah.. sedap mulut dia je cakap. Maruah tu beb!”

“Biasalah tu orang tengah marah memang macam tu. Mana ada manusia sempurna. Sedangkan kau pun tak sempurna mana pun. Betul tak?” Tanya Diana yang memandang tepat ke muka aku.

“hrmm.. betul…. Tapi dalam kes ni lain. Aku tak suka betul orang yang jenis cemburu. Tambahan cemburu buta.” Lemah jawapan dan kenyataan aku. Inilah bab yang aku lemah memanglah betul mana ada manusia sempurna. Terutamanya bila masa tengah marah.

“Eh! Pernah ke kau dengar cemburu celik? Takdenya nak celik-celik dah. Kau ni pandai, masa aku bergaduh dengan Khai kaulah orang yang menjadi pendamainya. Tapi bila kau berhadapan dengan masalah begini kau tak boleh nak control diri sendirikan. Kau jangan cepat menuding kesalahan pada Ezran je. Kau kena tengok juga apa salah kau.” Diana mengingatkan aku.

“Yelah aku salah.” Aku akur.

Sedang asyik mendengar Diana berleter, pintu rumah kami diketuk beberapa kali. Diana terus bangun membuka pintu. Siapa pula yang datang malam-malam begini. Getus hatiku.

“Diana, minta maaf ganggu malam-malam macam ni. Ros macam mana?”

“Ada tu. Tengah isi ubat kat luka dia.”

Sah aku tahu suara siapa tu tak lain tak bukan Ezran. Aku bangun berjalan menuju ke pintu. rasa marah masih lagi berbaki. Bukannya sedikit tapi bakinya masih banyak.

“Ros.. jom ikut saya.. kejap je.. nak bercakap kat sini tak boleh.. nanti ganggu jiran-jiran pula.” Kata Ezran. Aku tidak berkata-kata tapi hanya menggeleng-gelengkan kepala sahaja muka aku berkerut seribu.

“Kau ni degil juga. Pergilah Ezran ada hal tu. Kalau tak takkan sampai pintu rumah diketuknya.” Kata Diana menyebelahi Ezran. Hai! Kau ni Dah melebih nampaknya Diana. Langsung kau tak beta aku ni ye. Betul sebab aku segan dengan kau sebagai kawan aku. Aku ikut kata kau.

“Kejap ye. saya nak tukar baju dulu.” Kataku akur.
********

“Kita dah sampai. Jom minum dulu.” Ezran memandang aku seraya tersenyum.

“Minta maaflah buat masa ni saya tak boleh terima senyum awak tu. Saya tak layak terima senyuman yang mahal awak tu.” Perli aku. Suka hati akulah nak cakap apa.

“Saya betul-betul minta maaf. Memang saya tak pandi nak control emosi saya tadi. Awak tak salah pun. Tapi jomlah kita turun, kita minum dulu.” Pinta Ezran. Elok juga minum dulu. Aku haus tak sempat minum air setelah penat berlari.

“Saya tak puas hati. macam mana gambar saya dengan sepupu saya boleh ada kat awak. Awak hantar spy mengintip semua gerak geri saya ye?” Aku bertanya sebelum sempat duduk. Ezran baru saja menarik kerusi untuk duduk tergamam.

“Kejap. Setidak-tidaknya bagilah saya duduk dulu. Saya tak pernah upah spy intip awak. Saya terima gambar tu dari pengirim yang saya sendiri pun tak tahu.” Nafi Ezran sekaligus menjungkit bahu.

“Lagi satu. Awak cakap saya murahkan? Berapa harga yang awak letakkan untuk diri saya ni. Sepatutnya kita tak boleh duduk semeja macam ni. Tak sama taraf. Saya murah awak mahal. Saya keluar ni sebab saya malu dengan Diana. Kalau nak ikutkan hati saya, lebih baik saya buat tak tahu je. Lagi bagus tak sakit hati.” Panjang lebar marahku yang terpendam aku hamburkan. Dalam hati aku ni memang dah terbakar. Nak je rasanya aku hantukkan kepala mamat yang ada depan aku ni.

“Saya salah saya tak usul periksa. Saya tahu saya buat tuduhan melulu. Saya cemburu buta.” Kata Ezran lagi.

“Ada saya kesah…. awak cemburu buta ke .. cemburu pejam ke.. cemburu celik.. tapi ayat awak tadi memang saya tak boleh terima.” Ujarku lagi. Asyik marah je aku ni kenapa ye? Hormon tak stabil agaknya. Terasa haus betul tekak ni.

“Ros… saya minta maaf… kan saya dah cakap tadi.”tukas Ezran lagi. Aku diam tidak bercakap untuk jimatkan air liur memandangkan tekak aku tengah kering.

Lama juga kami menunggu untuk mengambil order. Lembap juga orang yang kerja kat kedai ni. Kalau lama macam ni boleh lari pelanggan. Aku mengangkat tangan melambai ke arah budak pelayan. Barulah dia sedar yang kami masih belum memesan minum dan makan.

“Sibuk ke dik? Lambat ambik order. Nasib baik tak pergi bancuh air sendiri tadi.” Kataku.

“Sori la kak weh! Kita tak nampak. Nak order apa ?” Tanya budak pelayan.

“Teh ‘o’ ais limau dua.” Cepat Ezran memesan.

“Dua? Sikitnya. Akak nak air barli suam.” Pesanku pula.

“Okey beres kak.” Kata budak pelayan.

“Awak! Saya ni dari tadi belum menjamah apa-apa lagi. haus sangat. Dah la tadi ada ada acara lari berkejaran. Punyalah laju atlet wanita tu berlari hampir tak dapat saya bersaing. Tapi tuah menyebelahi saya.” Kata Ezran memerli.

“Ha ah!  Sebab tuah menyebelahi awaklah  saya jadi macam ni…tengok ni… awak hutang saya satu. Awak tunggu sampai masa memang saya balas balik. Jerat tak pernah lupakan pelanduk biasanya pelanduk selalu lupakan jerat.”kataku sambil menunjukkan luka di siku kanan. Hati aku masih panas.

“Apa kaitan pelanduk dengan saya? Hutang apa?” Ezran hairan.

“Hutang darah. Awak tau tak berapa banyak darah saya keluar tadi? Dah la saya ni tak de polisi insuran. Hai nasib..nasib. Kata orang tua-tua 40 suap nasi baru setitik darah. Kalau macam ni tak taulah berapa suap nasi yang saya kena makan nak gantikan darah ni semula.” Kataku mengeluh.

“Awak….Saya betul-betul minta maaf. Sebenarnya saya rasa bersalah sangat ni. Dah buat awak sampai luka macam ni.” Kata Ezran. Nampak muka bersalah dia. Tapi aku tak peduli lepas apa yang berlaku tadi.

“Takde maknanya nak minta maaf. Mulut saya ni memang akan cakap tak pe sikit je ni. Tapi dalam hati saya ni panas tau.” Aku meluahkan rasa.

“Salah saya bertindak mengikut emosi. Kalaulah waktu  boleh berputar semula tak jadi macam ni.” Kata Ezran yang berterusan menyalahkan dirinya. Aku pula ketawa di dalam hati. Sebenarnya luka macam ni sikit je. Tapi sengaja aku nak perbesarkan hal ni semoga bila dia dah panas hati kontrak aku akan habis di sini sahaja.

Air yang dipesan sampai ke meja rundingan aku dan Ezran. Jariku menguis-nguis penjuru meja sementara budak pelayan menghidangkan air. Perbualan kami terhenti seketika.

“OO.. awak pandai kalau boleh nak putarkan waktu. Saya pun sama kalau boleh putarkan semula waktu kita mula kenal… mesti tak jadi macam ni. Lagi satu, bila kontrak saya nak habis ye? Saya penatlah kontrak tak bergaji macam ni dah rasa macam hamba abdi.” Kataku yang cuba memancing supaya aku dapat keluar dari masalah ini.

“Kontrak awak dengan saya tak pernah habis. Sebab masih ada lagi janji yang belum awak tunaikan. Jangan buat-buat lupa pulak.” Ezran cuba mengingatkan aku. Perlahan aku menepuk dahi bila Ezran berkata begitu. Kenapa degil sangat mamat ni. Makan hati aku kalau macam ni. Air teh ‘o’ ais disedutnya. Sekejap sahaja habis dua gelas. Kalau begitu betullah dia ni haus. Aku ketawa dalam hati.

“Kalau macam tu saya nak laksanakan cepat kontrak bertunang tu. Saya malas nak tunggu lama-lama. Haru-biru dah saya ni.”Cadangku daam keadaan marah. Biasalah aku kalau marah tambahan pula rasa tercabar mesti bercakap ikut sedap mulut tanpa banyak fikir.

“Okey… Saya akan hantar rombongan meminang ke rumah awak secepat mungkin. Saya pun tak boleh tunggu lama. Susah betul nak faham awak ni. Makin lama makin pening saya dibuatnya. Sebulan je kita bertunang lepas tu kita kawin.” Ezran mula membuat perancangan. Aku menelan liur.

“Eh! Dalam perjanjian tak de pun termaktub yang saya perlu kawin dengan awak. Saya hanya perlu bertunang dengan awak je kan. Kalau mengikut perancangan saya. Sebulan kita bertunang lepas tu kita putus. Okey?” Tanyaku.

“Okey, janji saya boleh bertunang dengan awak tapi saya tak setuju kita bertunang sebulan setidak-tidaknya empat bulan baru kita putus.” Ezran pula memberi cadangan. Mudah betul dia mengubah perancangan.

“Okey saya setuju. Senang hati saya kalau macam ni. Perkara yang mudah tak perlu nak susah-susah. Tapi ingat berpegang pada janji.” Kataku yang hampir melukis garis senyuman di muka. Aku kontrol supaya jangan senyum.

“Gembira hati saya bila tengok awak tersenyum.” Kata Ezran dalam nada gembira. Eh! Aku tersenyum juga ke? Tak sengaja kot.
*******

Aku termenung sambil berteleku di meja. Aku sudah kembali semula ke masa mula-mula aku kenal Ezran dulu. Panggilan telefon dan sms yang dihantar tidak aku balas. Bagi aku cinta tak perlu direbut kerana ia akan mati. Prinsip yang aku pegang walau macam mana cinta pun, aku akan simpan sedalam-dalamnya. Biarlah aku menipu diri sendiri.

“Hoi! Termenung jauh lagi!.” Azrul menyergah. Terbantut lagi lamunanku.

“Kau ni Azrul asal aku termenung je kau sergah. Kacaulah.. baru nak berangan tadi.”


“Kau ni ada masalah ke. Kurang happy je aku tengok.”

“Dia tu yang cari masalah. Suka sangat mengalah. Kalau aku sorry. Takde istilah mengalah.” Diana tiba-tiba menyampuk.

“Mengalah dengan sape?” Tanya Azrul.

“Mana ada. Takde apa-apalah. Alah.. aku gimik je.” Aku mengelak. Aku tak suka sekiranya hal peribadi dikongsi dengan orang yang aku tak rapat. Azrul memang ramah tapi dia pun tak pernah mendedahkan latar belakang keluarga. Cuma yang aku tahu dia suka bertukar-tukar girlfriend.

“Diana, Mr. Leong panggil kau.” Kata Azrul seraya memandang diana.

Diana dan Azrul sama-sama menuju ke bilik Mr. Leong. Terkebil-kebil mata aku memandang ke arah mereka berdua. Mesti Mr. Leong ada hal yang nak dibincangkan dengan Diana. Atau Diana yang salah membuat order. Mulalah aku risau dapat puji atau dapat maki.

“Ros. Kenapa macam orang ada masalah?” Tanya Mr. Tee. Tak perasan pula aku Mr. Tee terpacak ditepi meja aku.

“Takdelah Mr. Tee. Muka saya ni macam ada masalah ke?” Tanyaku.

“Saya sudah tua ma.. saya tau. Ini mesti cinta punya hal. Ada betul ka?” Pandai Mr. Tee mengagak.

“Mana ada. Saya tak bercinta pun. Izad mana?” aku cuba mengalih topik perbualan.

“Ada. Dekat luar sana. Kenapa awak rindu sama Izat ka? Haiyaa!! Saya depan mata ma. Tanya sama saya la. Lagi mau tanya Izat pula.” Mr. Tee mengeluh.

“Mr. Tee saya dah jumpa tapi Izad belum lagi. Mr. Tee apa pasal ini hari semua orang ada sini. Sudah siap kerja ke?” Tanya ku.

“Ini orang semua rindu sama awak la. Itu pasal semua cepat-cepat mau balik.” Mr. Tee mula buat lawak bodoh. Sebab itulah isteri dia cemburu kuat mengayat juga orang tua ni. Daripada dia melalut tak tentu pasal lebih baik aku keluar mencari Izad ada juga faedahnya.
******

“Izad!” laungku. Automatik tindakan reflek izad berpusing 180°. Ketawa aku melihat Izad terkejut. Izad terus berlari menyeberangi jalan datang dekat aku.

“Lama tak jumpa. Sibuk betul sekarang ni. Tak habis-habis dengan projek. Sampai nak berdating pun tak sempat.” Izad mengeluh.

“Okeylah tu. Kalau syarikat selalu dapat kontrak maknanya kita boleh kerja kat lama. Kalau tak de projek macam mana Mr. Leong nak bayar gaji kita. Alamat tanam anggurlah kita.” Kataku.

“Diana mana?”

“Ada Mr. Leong panggil dia tadi.”

“Maknanya kalau Mr. Leong ada… Azrul pun adalah ye.”

“Ada… kenapa?” Soalku hairan. Izad seperti tidak senang hati.

“Tak de apa-apa. Aku tanya je.” Kata Izad seperti menyembunyikan sesuatu.

Kelihatan Diana dan Azrul berbual-bual di pintu pejabat. Izad mencebik apabila kami mata kami memandang ke arah mereka. Mungkin ada yang tak kena dengan Izad dan Azrul agaknya. Setahu aku tidak pernah pula aku mendengar ada perselisihan faham antara mereka. Lupakanlah! Itu bukan hal aku. Hatiku berkata.

“Tiba-tiba je tekak aku ni terasa haus sangat. Dah lama tak makan belanja kau ni agaknya.  Aku rasa elok kalau kau belanja aku hari ni. Kalau tak kempunan aku nanti tak dapat makan belanja kau.” Aku ketawa.

“Jom! Hari ni aku belanja.” Azrul mencelah.

“Tak pe! Hari ni aku belanja.” Kata Izad pula.

“Banyaknya duit.. siap berebut nak membelanja kita orang pulak.” Diana mencelah seraya tersengih comel.

“Aku gurau jelah.. aku kena tunggu Mr. Leong ni. Dia keluar kejap lagi.” Kata Azrul. Aku mengangkat kening double jerk memandang Azrul. Dia tersengih kepada kami bertiga. Mesti dalam hati dia berkata Fuh! Selamat duit aku.
*******

Aku dan Diana memeriksa barang-barang di dalam stor bengkel syarikat kami. Maklumlah bila sudah sampai hujung tahun semua barang perlu diperiksa semula. Barang yang sudah tak elok perlu dilupuskan bagi menjaga kualiti produk kami. Barang yang tidak ada kami perlu adakan dengan membuat pesanan ke syarikat pembekal. Selesai semua kerja kami balik ke pejabat semula.

Di pejabat kami sibuk menguruskan borang tender yang baru kami terima. Ini memang kepakaran kami dalam memainkan harga. Buat masa ini, boleh dikatakan setiap tender yang isi semuanya berjaya. Sebab itulah Mr. Leong sanggup menaikkan gaji aku dan Diana tapi dengan syarat kami perlu rahsiakan dari pengetahuan pekerja lain. Menurutnya semenjak kami berdua menguruskan tender syarikatnya dia sentiasa mendapat untung lebih. Nampak gayanya kami perlu bekerja dengan lebih bagus lagi pada tahun hadapan supaya kami dapat mencapai sasaran syarikat kami.

Pintu pejabat kami di ketuk beberapa kali. Kami yang sedang sibuk, seakan dengar tidak dengar bunyi ketukan itu.

“Siapa pulak yang main-main ni. Masuk jelah bukan tak biasa. Aku memang pantang kalau main-main macam ni.” Rungut aku sambil membuka pintu. Terkejut aku dengan kehadiran Elya. Terpacak dia di depan pintu. Apahal lagilah minah ni. Dia nak apa lagi. getus hatiku.Ya Allah janganlah terjadi masalah lagi. Aku berdoa di dalam hati.

Dia terus menerjah masuk ke dalam pejabat. Kaget aku melihat keadaan Elya yang seperti orang gila. Bulat mata Diana memandang Elya seperti singa lapar.

“Eh! Awak cari sapa?” Tanya Diana Hairan. Langsung tidak ada ayat formal yang keluar dari mulut Diana.

“Aku cari budak sial ni!” Bentak Elya sambil menuding jari ke arahku. Kecil mata Elya memandang aku. Ya Allah.. apa yang nak jadi ni? Mesti kes doktor tu lagi. Aku mengeluh di dalam hati. Tak habis-habis.

“Macam nilah Elya. Saya dengan doktor tu dah takde apa-apa hubungan pun. Awak ambillah dia. saya tak nak masuk campur urusan awak. Saya tengok awak ni macam orang gila. Mengharap cinta yang pada yang tak mencintai awak.” Kataku mengalah. Aku takut bila keadaan jadi begini sampai mengganggu tugas aku. Aku rasa tak payahlah aku tunaikan kontrak bertunang aku tu. Ini dah kes teruk.

“Apa yang penting aku cinta dia.. aku sayang dia. Kalau kau dah putus kenapa dia masih tak terima aku? Mesti kau tipu aku. Kau jangan nak main-main dengan aku, kau belum kenal aku sape.”

“Weh! Minah sengal, yang kau teruk sangat ni kenapa? Tak pernah aku jumpa perempuan gilakan orang lelaki sampai macam ni sekali. Dah orang tak suka sedarlah diri tu sikit. Ini tak,  Siap nak ugut pulak. Kalau macam tu aku telefon polis je. Kalau nak merasa masuk lokap boleh juga. Makan Free kat situ . Nak cuba?” Diana pula mengugut. Diana mencapai telefon dan pura-pura mendail nombor. Muka Elya berubah cuak.

Dia terduduk bila mendengar perkataan polis. Elya memegang kepalanya. Aku yang berani-berani takut cuba menghampirinya. Dia menangis tiba-tiba. Kenapa pula dengan Elya ni. Atau dia ni dah betul-betul psycho. Aku dan Diana saling berpandangan.
*****

Buat masa ni aku tak larat nak tersenyum atau tersengih. Mana tidaknya Elya siap bawa pisau nak menyerang aku. Nasib baik aku sempat menarik tangan Diana lari masuk ke dalam bilik Miss Jenny yang sedang bercuti. Diana pula cepat-cepat menghubungi polis meminta bantuan. Ya Allah! Syuklur kami Selamat dari serangan orang yang hilang pertimbangan. Biasanya aku hanya membaca dari akhbar mengenai hal sebegini. Tetapi hari ini aku sendiri berhadapan dengan masalah macam ni.

Disebabkan masalah ini melibatkan polis, jadi kami terpaksa memberi keterangan mengenai kejadian tadi. Lagipun aku adalah mangsa dan Diana pula saksi yang aku diserang. Tapi aku tidak mahu memanjangkan hal ini kerana aku kasihan dengan Elya. Seandainya dia waras pasti dia tidak akan bertindak sampai ke tahap itu.

Patutlah aku sudah rasa semacam masa dia menampar aku ketika aku masuk wad dulu. Lagi sekali ketika kami berjumpa tiga minggu lalu. Yang aku perasan sikapnya boleh berubah mendadak. Perasaan sedih,  marah, kecewa dan menangis boleh bertukar-tukar dalam sekelip mata.

“Syukur awak berdua selamat. Tak sangka betul saya sampai teruk macam ni. Elya aka di rujuk ke pakar psikiatri. Awak jangan bimbang lepas ni tak de dah orang yang ganggu awak.” Kata Ezran dengan nada gembira. Aku dan Diana sebenarnya masih lagi terkejut dengan peristiwa tadi.

“Diana, jom minum dulu nak hilangkan rasa terkejut ni. Orang tua-tua kata kalau terkejut kena minum air.” Pelawa aku kepada Diana. Ezran angsung aku tak endahkan seolah-oah dia tak wujud.

“Kau ajak aku je? Ni..bakal tunang kau ni?” Tanya Diana jarinya menuding ke arah Ezran matanya  memandang aku dengan muka tak puas hati. Aku hanya mencebikkan bibir.

“Awak tak hauskan? Lagipun awak sedang bertugas tak boleh ganggukan. Nanti kena komplen betul tak?” Tanyaku kepada Ezran. Dia pula seperti burung belatuk hanya mengangguk-nganggukkan kepala.

“Doktor…Ezran..jom kita pergi minum sama-sama..pedulikan dia ni.. memang bodoh sikit dia ni.” Diana mempelawa Ezran tanpa mempedulikan aku.

Aku terus menarik tangan Diana mengajak dia pergi ke Café. Perut yang kosong perlu diisi dan tekak yang kering perlu dibasahi. Mesti lega bila dah dapat apa yang dihajati. Ezran aku tinggal dia terkontang-kanting di situ. Mana boleh mengganggu penjawat awam tengah bertugas nanti terjejas kredebiliti hilang pula integriti. Pandai-pandai aku menelah sendiri di dalam hati.
*************

Peristiwa semalam menjadi tauladan dan ingatan untuk hari ini dan hari-hari yang seterusnya. Malam tadi aku dan Diana sukar untuk melelapkan mata. Biasanya kami tidur di bilik berasingan, tapi malam tadi lain. Kami tidur sebilik. Perasaan terkejut masih kuat. Itupun selepas selesai solat maghrib, kami terus membaca Surah Yassin untuk ketenangan jiwa. Peristiwa ini langsung kami tidak ceritakan kepada keluarga kami di Kampung. Bimbang mereka risau silap-silap haribulan kalau mak aku tahu mesti mak suruh berhenti kerja.

Di pejabat aku Diana dan Miss Jenny bertugas seperti biasa. Miss Jenny sibuk menanyakan kami hal yang berlaku semalam. Aku dan Diana menceritakan satu persatu peristiawa semalam. Miss Jenny mendengar dengan khusyu’. Dia tekejut bila Diana menceritakan Elya mengeluarkan pisau.

“Kamu berdua betul-betul berani hoo.” Kata Miss Jenny yang masih pelat berbahasa melayu.

“Sebenarnya bukan berani sangat kami ni Miss Jenny, tapi keadaan terdesak. saya ni hampir ter`shi..shi..’ dalam seluar nasib baik Diana ada.”

“Apa itu ‘shi..shi’ awak cakap tadi?” Tanya Miss Jenny yang tak faham bahasa berlapik yang aku gunakan.

“Kencing la Miss Jenny.” Laju je mulut Diana menjawab.

“OO… saya rasa oo.. saya boleh pengsan kalau saya ada semalam. Nasib baik saya cuti.” Kata Miss Jenny. Kami berbual sambil melakukan tugas masing-masing hingga hampir waktu makan tengahari. Topik semalam yanag tak habis dan akan dikenang seumur hidup.
*************

Aku dan Diana menikmati makan tengahari di pejabat sahaja. kami berbual-bual cerita ketika kami masih kecil dahulu. Tak putus-putus kami ketawa sambil bercerita. Mengingatkan zaman kami sama-sama menjadi budak hingusan yang membesar di kampung. Suka memanjat pokok, bergalah rakit di paya, menangkap ikan, menuai padi dan macam-macam lagilah.

Telefon pejabat berdering. Diana menyuruh aku menjawab panggilan. Mesti Mr. Leong nak suruh kami siapkan cepat-cepat tender ni. Aku mengomel sendirian sambil berjalan mendapatkan telefon.

“Hello Selamat sejahtera.. LKL..”

“ Hello.. Assalamualaikum.. Ros mak ni” suara mak di hujung talian.

“Mak.. kenapa?”

“Mak nak suruh kamu baliklah lepas kerja nanti. Mak ada hal nak bincangkan dengan kamu.” Kata mak lagi.

“Hal apa mak? cakap kat sini pun boleh mak.. apa salahnya.” Kataku.

“Tak boleh.. ni hal penting.  Balik ye.. mak tunggu.”

“Yelah mak.” Kataku.

Aku mula berfikir. Hal penting apa sampai beria-ia benar mak aku suruh balik ni. Sampai tak nak bercakap di telefon. Penting benar bunyinya. Mesti anak raja datang meminang aku ni. Aku sudah tersenyum sendiri.

“Siapa Telefon? Bunyi macam mak kau je.”

“Ha a.. dia suruh aku baik lepas kerja nanti. Jom kita balik nak hari ni.” Aku memberi cadangan.

“Boleh juga. Hal apa ye?” Diana sedikit hairan.

“Kata mak aku tadi ada angkatan anak raja nak datang meminang aku malam ni.” Kataku bersungguh. Diana mencapai sudu bersih lalu diketuk ke kepala aku.

“Kalau nak menipu pun agak-agak la weh…” Diana tersengih.

“Tu lah pasal.. macam hal penting benar bunyinya. Apa-apa pun kita balik dan dengar apa yang mak aku nak cakap.” Kataku.
*********

“Weh! Weh! Kau kenal tak kereta tu?” Tanya Diana. Kami baru masuk ke pintu pagar rumah aku.

“Woo.. ini sudah lebih.. ni namanya kurang asam garam.. datang rumah aku tak bagi tau aku. Patutah mak aku beria-ia suruh aku balik. Aku rasa elok kalau kita patah balik semula.” Kataku geram.

“Tak baiklah buat macam ni. Dah sampai halaman rumah ni. Takkan nak pusing balik. Gila ke apa? Turun jelah. Malam karang kau jangan lupa bagitau aku apa yang jadi lepas ni.” Kata Diana.

Kaki aku melangkah turun dari kereta Myvi Diana. Mak tersenyum di pintu menyambut aku balik. Tangan mak aku cium begitu juga dengan kedua belah pipi mak.

“Mak tuan punya kereta ni ada kat sini ye? Dia buat apa dekat sini? Nak kena budak ni.” Jari telunjuk aku menghala ke Mitusbishi Lancer warna merah.

“Syyyy… Dia tengah solat asar.. kat dalam bilik sembahyang.” Kata mak perlahan.

“Dia datang dengan siapa mak? buat apa? Nak apa?”Soalku berbisik. Bulat mataku menyoal mak.

“Tak de apa-apa Cuma dia datang melawat mak dengan abah. Hari ni dia rehat katanya.” Kata mak.  Hairanlah aku kenapa mak dengan abah suka sangat dekat Ezran ni.

Ezran keluar dari bilik sembahyang. Dia tersenyum memandang aku tapi aku mencebik. Ini sudah melampau. Mak menarik tangan aku pergi ke dapur. Semasa lalu di hadapan Ezran sempat aku menjeling dia dengan ekor mata. Mak hanya senyum meleret seperti orang senang hati. Abah duduk di atas sofa pura-pura membaca akhbar. Kenapa orang dalam rumah ni? Berlakon filem apa? Apa tajuk ceritanya? Bisik hatiku.

“Mak kenapa ni mak? Kenapa semua orang senyum je ni?”

“Senyum pun salah ke. Nah! cepat buat air kopi untuk kita minum petang.” Gerlah emak.

“Mak tadi cakap ada hal nak cakap.. cakapah sekarang.”

“Kok ye pun sabarlah sayang mak oii… kita duduk minum karang boleh bercerita. Apa salahnya.” Kata mak. Aku mengintai Ezran dari dapur, panjang leher aku menjenguknya.

“Mak macam mana dia tu boleh sesat ke sini hari ni?” Tanya aku hairan.

“Tak baik cakap macam tu, cepat buatkan air tu. Ni goreng pisang dah siap mak buatkan.”

Aku mengambil jug lalu mengisi kopi dan gula secukup rasa. Air panas kucurah kedalam jug. Bau aroma kopi yang harum menyegarkan seketika mata yang aku yang mengantuk kepenatan. Mata kalau dilayan memang menjadi. Diana mesti sudah lena tidur agaknya kerana dia pun rasa mengantuk kerana tidur kami terganggu dan kerja di pejabat pun banyak.

Cawan sudah pun diletakkan ke dalam dulang. Goreng pisang ditatang mak. kami sama-sama melangkah ke ruang tamu. Abah dan Ezran setia menanti kehadiran air kopi dan goreng pisang panas. Memang menyelerakan!

Tanpa segan-silu aku duduk di sebelah abah. Aku ambil secawan kopi diberikan kepada abah. Ezran aku biarkan dia ambil sendiri. Muka tetap bersahaja. Pandangan marah mak kepada aku langsung aku tidak hirau. Walaupun sampai terjojol biji mata mak aku tidak takut. Mak yang memberikan secawan kopi untuk Ezran. Tergelak aku didalam hati melihat lakonan tanpa suara kami hari ini.

“Ni.. abah nak bagi tau Ros ni.” Abah memulakan ucapan majlis hari ini. Nampaknya aku kena diam. General Manager nak berucap. Kaki aku yang berjuntai aku angkat ke atas lalu aku bersila ala-ala pahawan melayu. Ini untuk memberikan tumpuan dan fokus kepada ucapan yang akan disampaikan. Terjegil lagi biji mata emak melihat aku bersila di hadapan Ezran. Lantaklah mak! anak mak langsung tidak kisah. Inilah anak mak sebenarnya.

“Apa dia abah?” Tanyaku.

“Abah dah bersetuju dan majlis pertunangan kamu akan diadakan tiga minggu.” Kata Abah.

“Oh! Bertunang. Okey..okey. Tiga minggu lagi.” Lurus lidahku waktu ini menyatakan bersetuju secara tak formal. Mak yang berada disebelah aku agak terkejut dengan jawapan aku yang bersahaja. Abah juga menunjukkan reaksi yang sama.

“Aii budak ni abahnya. Kenapa tak malu langsung. Mak rasa masa mak dulu punyalah malu bila ada orang datang merisik. Ini tak dia boleh buat selamba je depan bakal tunang dia.” Kata  mak kepada abah. Aku tersenyum dan Ezran pun tersenyum tapi bila mata kami bertentang aku terus mematikan senyuman.

“Baguslah tu. Budak-budak sekarang fikiran dah terbuka. Zaman kita lain.” Abah mula menyebelahi aku. Memanglah aku tak kisah sebab kami akan bertunang selama empat bulan sahaja. Selepas empat bulan kami akan buat hal masing-masing. Itulah caranya aku hendak melepaskan diri daripada kontrak bodoh ni. Setidak-tidaknya aku hanya perlu berasa seksa selama beberapa bulan sahaja lagi. Bersabar Ros!
********

Terima kasih kepada pembaca setia.

CINTA KFC 8


BAB 8

Panggilan yang aku terima dari Aril sepupuku tadi betul-betul membuatkan aku gembira.Sudah tiga tahun kami tidak berjumpa kerana dia melanjutkan pelajarannya ke Jepun.Sebelum dia berangkat ke Jepun dia sudah berjanji apabila balik nanti, akulah orang pertama yang dia ingin jumpa.Sebenarnya kami sentiasa berhubung melalui Facebook dan laman Chatting.

Aril adalah sepupuku yang paling rapat denganku tambahan kami sebaya dan membesar bersama.Aril anak sulung daripada empat beradik.Emak Aril adalah adik kepada abah aku.Aril lelaki yang sederhana tetapi baik hati.Kalaulah dibuat anugerah pertandingan sepupu lelaki paling romantik sudah pasti Aril menjadi pemenangnya.Aku senang sekali jika berada disamping Aril, mungkin kerana dia yang suka mengambil berat tentang diri aku.

Teringat aku semasa aku ditingkatan satu semasa aku mula-mula datang bulan, aku masih tidak pandai menyesuaikan diri dalam keadaan begitu.Entah macam mana, kain sekolah aku ditembusi darah.Aku hanya menangis kerana malu dan bimbang menjadi ejekan kawan-kawan lelaki.Arillah yang datang memujuk aku walaupun kami berlainan kelas.Lucu bila aku terkenangkan peristiwa dulu-dulu, bodoh sungguh aku waktu itu.Keakraban aku dan Aril menyebabkan kami menjadi bahan ejekan.Tapi itu semua aku tak ambil peduli.Dia orang bukan tahu pun kenapa aku dan Aril seakrab itu.Namun ditingkatan tiga Aril bertukar ke Sekolah Teknik aku pula masih di sekolah lama.

“Hoi! Termenung jauh nampak..dah sampai kemana?” Sergah Azrul membuatkan lamunan aku terhenti disitu.

“Ish!kau ni Azrul, aku baru nak beli tiket kapal terbang..kau dah potong …jadi tak sempat sampai ke destinasi lagi..” Jawabku.

“Kau ni kan kalau bercakap mesti guna ayat yang susah nak faham… selalu aku kena pikir dulu apalah maksud yang kau cakapkan.”

“Oh! Aku biasalah bakal sasterawan Negara memang bercakap menggunakan bahasa yang susah nak faham. Aku rasa kau kena pergi kelas bahasalah, tingkatkan pengetahuan bahasa. Tu belum lagi aku berpantun….”

“Banyak la pantun kau..” kata Azrul.

“Azrul… Mr. Leong ada tak hari ni?” Perlahan suara aku bertanya.

“Ada..dalam bilik dia..kau tak nampak ke masuk tadi?”

“Tak..aku rasa bos kita tu boleh jadi halimunan kot.. tu pasal aku tak nampak dia masuk.”Aku dah mula melalut.

“Jangan nak merepek… kenapa kau tanya dia?”

“Aku nak cuti empat hari.Ada hal emergency.”

*****
“Diana! Esok sampai Jumaat aku cuti.Sepupu aku Aril, dia nak datang rumah.”

“Oh! Aril nak datang… hrmm..lama betul aku tak jumpa dia.. macam mana dia sekarang?”

“Macam tu lah juga..tak berubah pun.”

“Bila kau sebut nama Aril aku terus teringat masa zaman kita sama-sama sekolah dulu. Ya Allah nakalnya dia tu..dah la palingsuka buli orang. Tapi kalau orang buli kau mesti dia siaplah orang tu dikerjakan.”

“Dia sayangkan aku, mestilah dia protect aku..tambahan pulak..kan mak aku yang jaga dia masa dia kecil, bukan kau tak tau kita kan kawan dalam perut sampailah keluar dari perut pun kita masih lagi rapat.”

“Ezran tau tak yang kau nak cuti ni?” Tanya Diana. Ish! Diana ni baru je aku nak bergembira menyanyi lagu Lalalala… dah potong angin aku.

“Tak…” Ringkas jawapan aku.

“Kau bagi tau dia juga..sian dia nanti… jangan  buat diam je.. susah sangat ke nak hantar sms, bukan rugi sangat pun.. aku kesian la tengok dia.”Diana mula membebebl. Mungkin hari ini telinga aku akan hangus dengan bebelan tanpa henti.

“Yes madam! Nasihatmu terpahat di dalam hatiku selamanya.”Aku tersengih. Diana menyambungbebelan free tanpa wayar.

Satu persatu bebelan Diana keluar dan masuk dari telinga kanan ke telinga kiri. Sambil aku mendengar dia membebel aku menghantar satu sms kepada Ezran memberitahu aku yang aku akan bercuti. Dia juga tak perlu risau kerana aku pulang ke kampung.Pesanan ringkasku tidak berbalas, mungkin dia sedang sibuk dengan kerjanya.Aku lihat Diana berlalu ke dapur.Haus agaknya setelah penat membebel.

Aku tersenyum senang hati apalah perancangan yang aku nak buat untuk menyambut kedatangan Aril.Masih belum ada idea yang terlintas di dalam fikiranku.Deringan handphone mematikan idea yang baru nak muncul.

“Hello… Assalamualaikum…” Suara seorang perempuan dihujung talian.

“Waalaikumsalam… boleh saya tau siapa bercakap ni?” Tanyaku hairan. Aku langsung tak kenal suara perempuan ni.

“Saya Elya… Saya nak..”

“Elya??Apa hal? Dari mana kau dapat nombor telefon aku ni.” Belum sempat Elya menghabiskan ayat aku memotong cakapnya.Hairan aku, dari mana dia dapat nombor telefon aku.

“Tolonglah Ros..saya nak jumpa awak hari ini.. saya betul-betul ada hal penting.. awak je yang boleh tolong saya... tolonglah.” Elya merayu.Sedih bunyi suaranya dihujung talian. Aku ni pula kalau ada yang merayu mulalah aku kasihan. Serba salah aku dibuatnya. Nak tolong ke tak..nak tolong ke tak. Hati aku berbelah bagi.

“Hrmm.. oklah awak tunggu saya kat kedai dua ringgit depan bank tu… kebetulan saya nak balik kampung ni.” Jelasku.

“Terima kasih..saya tunggu awak kat sana.” Kata Elya.Perbualan kami tamat disitu sahaja.

Aku bergegas masuk ke bilik, mengambil dua helai baju t-shirt untuk dibawa balik ke kampung.Laptop, broadband, handphone adalah barangan wajib yang perlu dibawa bersama.Aku meminta Diana menghantar aku stesen bas.Namun aku rahsiakan pertemuan antara aku dan Elya daripada pengetahuan Diana.
*****

Laju kaki aku melangkah ke kedai dua ringgit.Pasti sudah lama Elya menunggu aku disitu.Dari jauh aku sudah nampak Elya berdiri di hadapan kedai.Termengah-mengah aku sampai dekat Elya.

“Elya..Sori ..aku lambat sikit.. by the way.. kenapa angin takde ribut takde kau nak jumpa aku ni? Ada masalah ke?”Aku bertanya.Muka Elya yang lemah seperti orang hilang semangat aku pandang tepat.

“Aku nak..nak…” belum sempat Elya menghabiskan kata-kata berjurai airmatanya keluar. Aku dah mula serabut. Apahal pula minah ni..boleh pulak ada scene menangis kat tengah orang ramai macam ni.

“Adoi..kau ni kenapa menangis pula.. bukan aku lempang kau pun.. masa kau lempang aku dulu.. aku tak nangis pun.. Hey.. Elya jangan macam..cuba kau cerita apa masalah kau sebenarnya. Aku tak de masa ni..kejap lagi bas aku sampai.”

“Aku nak minta tolong dengan kau..tinggalkan Doktor Erlanda.. tolonglah aku..aku merayu.. aku sanggup melutut pada kau.. tolong tinggalkan dia.. aku betul-betul cintakan dia.. tolonglah aku.”Kata Elya sambil memegang lenganku tiba-tiba.Aku rimas bercampur kasihan, perlukah aku bagi nasihat kepada Elya. Aku ni pula nak balik ke kampung, karang pasal tak pasal kena tinggal dengan bas pula. Aduh! Serabut alam sekitar betul.Walau macam manapun aku perlu selesaikan masalah ini dahulu.Baru senang hati.  Tenag Ros..tenang semuanya dalam kawalan. Aku bermain dengan emosi sendiri.

“Okey-okey..macam ni.. jom kita pergi minum dulu…” Aku menarik tangan Elya menghala ke Kopitiam.Elya pula hanya menurut ajakan aku.

Sampai ke Kopitiam terus aku mencari tempat duduk yang agak privacy sedikit untuk berbincang.Kami sama-sama duduk.Elya tersenyum tawar memandang aku tetapi aku tersenyum ikhlas.

“Aku betul-betul cintakan dia.. kau tolonglah aku.” Tukas Elya.

“Ye..aku tau kau cintakan doktor tu.. aku tak kisah.. tapi soalnya kau tanya tak dengan Doktor Erlanda.. dia sukakan kau ke tak?” aku bertanya Elya. Niat aku bukan untuk memalukan dia tetapi untuk menyedarkan dia tentang hakikat sebenar.

“Aku dah tak kisah dengan semua itu aku sanggup buat apa saja untuk Doktor Erlanda.. Cuma aku tak mahu ada yang menjadi penghalang cinta  aku. Masalah aku sekarang ni..kau yang menjadi penghalang cinta. Disebabkan kau Doktor Erlanda berubah hati dan nak bertunang dengan kau. Tak adil! Tak Adil!” Keras suara Elya membuat kenyataan.Aku mengawal emosi aku sebaiknya supaya tidak menimbulkan apa-apa masalah antara aku dan Elya. Aku rasa Elya ni memang dah psiko. Confirm dia tak sedar apa yang dah berlaku ke atas diri dia.

“Macam nilah Elya, aku tak suka nak berebut-rebut benda yang remeh-temeh macam ni. Aku rasa elok kau jumpa dengan doktor yang kau cinta sangat tu. Aku tak nak masuk campur hal macam ni..aku pening la.” Aku berasa sedikit cuak. Bosan dihimpit masalah cinta bersegi-segi macam ni. Kenapalah si Elya ni takde perasaan malu. Sanggup merayu-rayu, memaki, memarah dan memukul demi mendapatkan cinta yang tak pasti.

“Tolonglah aku..aku harap kau tolong aku.. aku betul-betul mengharap doktor tu akan jadi milik aku.. aku merayu pada kau.. aku sanggup buat apa saja demi mencapai cinta aku..” Elya menangis semula.Aku mula berasa tak sedap hati kerana perangai Elya boleh bertukar-tukar sekali marah sekali menangis.Bimbang juga kalau dibuatnya tiba-tiba Elya ketawa.

“Elya..bertenang ok.. aku nak kau balik rumah dulu.. nanti aku cakap dengan Doktor Erlanda yang kau cintakan dia sangat-sangat.” Kataku memujuk. Aku terpaksa buat begitu kerana aku lihat Elya seakan boleh hilang pertimbangan dan akan bertindak agresif. Walaupun aku bukan doktor psikologi tapi aku selalu membaca info tentang masalah psikologi jadi dari wajah Elya sudah menggambarkan dia di dalam keadaan tertekan.Lebih baik aku pujuk dia supaya dia tidak bertindak agresif.

“Betul..janji ye… beritahu doktor yang aku sangat mencintainya sepenuh hati.” Kata Elya. Dia berhenti menagis wajahnya tiba-tiba bertukar ceria.

“Betul..aku janji..” Kataku ringkas sambil tersenyum.Elya bangun dan meminta diri untuk pulang.Kelihatan dia begitu senang hati berjalan keluar dari kopitiam sambil bernyanyi.Dia tak mengendahkan orang yang sedang makan dan minum memandang ke arahnya.Aku pula hanya menggeleng-gelangkan kepala melihat kelakuan Elya.

Aku menghirup milo panas yang sudah menjadi suam perlahan-lahan.Aku ingatkan cerita Elya Penagih Cinta dah tamat masa kat hospital dulu.Rupa-rupanya masih ada lagi kesinambungan cerita.

“Hoi! Jauh termenung..ingatkan siapa?” Aku menoleh ke kanan.Azrul rupanya.

“Haish! Kau ni buat aku terkejut je. Nak join..marilah..” Kataku mempelawa Azrul.

“Memang pun nak join walaupun kau tak pelawa aku. Kata nak cuti kenapa tak balik lagi?”Tanya Azrul sambil menarik kerusi dan terus duduk.

“Aku dah tau kau memang tak malu. Nilah aku nak baliklah ni tapi ada hal sikit tadi. Orderlah aku belanja.”

“Aku heranlah tengok kau ni..duit tak pernah putus padahal kerja kat syarikat tu berapalah sangat gajinya. Aku ni selalu je tak cukup. Paras-paras hidung je duit gaji aku.” Kata Azrul.

“Betul lah tu, kau pakai kereta, kau hisap rokok banyak belanja tu. Aku ni takde apa yang ada nak kemana-mana kena jalan kaki. Sebab tu duit aku cukup.”

“Aku tak percaya.”Kata Azrul sambil menghirup air kopi.

“Tak percaya sudah. Alamak! Azrul aku kena gerak dah ni. Kejap lagi bas nak jalan pasal tak pasal kena terlepas bas nanti. Okey lain kali kita borak lagi ye..bye.” Tergopoh-gopoh aku meminta diri.Tercengang Azrul memandang aku yang berlalu darinya.Aku terus menonong keluar tanpa menoleh.Sampai dipintu aku terlanggar seseorang.

“Ya Allah, minta maaflah encik salah saya tak pandang kedepan. Alamak habis jatuh dokumen encik.Minta maaf sangat-sangat” Kataku sambil mengutip kertas yang jatuh ke lantai.

“It’s ok..small matter.. bukan awak sengaja nak langgar saya.” Katanya.

Kertas yang aku kutip aku pulangkan ke tuan yang empunya iaitu mangsa langgar aku. Dia tersenyum memandang aku. Aku mengundur setapak kebelakang dan menganggukkan kepala tanda terima kasih.Kelewatan aku hari ni boleh menyebabkan aku ditinggal bas. Aduh! Laju aku berlari menuju ke stesen bas.
*****

Perjalanan selama lima jam setengah ke Cameron highlands yang melalui Jerantut- Lipis- Cameron Highlands agak memenatkan. Sepanjang perjalanan hanya Aril yang memandu aku pula sibuk membuat tahi mata.Sesekali ada juga Aril merungut kononnya menyesal bawa aku yang asyik tidur.Memberatkan kereta dan membanyakkan makan.Dia tahu aku kuat makan.Dari awal lagi aku berniat nak rabakkan poket seluar Aril hari ni.

“Ros..bangun.. dah nak sampai ni.. kita nak ke mana dulu ni?” Tanya Aril.

“Kita isi perut la dulu..nanti tak larat nak jalan.. dah lah cuaca kat sini sejuk.” Jawabku.Aril menurut perintahku terus mengahala ke kedai makan.

“Okey Madam.Hari ini mintalah apa-apa pun.Permintaan akan ditunaikan.”Kata Aril dengan suara yang agak kuat.

“Hai, dah memberikan offer yang baik. Peluang depan mata. Kalau orang makan duit orang lelaki mak mesti marah.Tapi kalau duit Aril mesti mak tersenyum bangga.”Kataku.

Percutian kami berdua kali ini agak menyeronokkan setelah sekian lama tidak berjumpa.Cerita kami berdua memang tak pernah habis.Aril tak habis-habis bercerita pengalaman semasa menuntut di luar Negara.

Sebelah petang aku dan Aril menikmati The ‘o’ panas bersama wafel berperisa strawberry. Sedaplah pula makan wafel kat Cameron Highlands ni tak sama macam kat tanah rendah. Aril asyik memandang aku yang sedang makan manakala dia masih belum menjamah razeki di depan mata.

“Hrmm.. awak ni tak berubah langsung.. dari kecil sampai besar tetap macam ni. Aril suka kalau kita boleh lebih rapatkan bagus..”

“Ha! Jangan nak main sedap mulut je cakap ingat asal usul kita… Dah! Makan... kata nak pegi Ladang Teh lepas ni.” Kataku sambil bercakap mulut penuh dengan wafel.Aril ketawa memandang aku.

“Ingatkan oerangai dah berubah bila dah besar panjang.Rupanya tetap macam tu juga. Gelojoh!” kata Aril.

Setelah selesai makan, aku dan Aril terus ke Ladang Teh Bharat.Kami sama-sama menuruni tangga menuju ke Ladang Teh.Permandangan disini sungguh cantik.Cuaca yang sejuk dan terasa nyaman sekali.Entah mana kaki aku terpelecok semasa menuruni tangga.Nasib baik Aril sempat menyambut aku daripada jatuh tergolek di tangga. Kalau macam ni tak dapatlah aku nak menikmati suasana kat sini..sedihnya! Kataku dalam hati.

“Aril macam mana orang nak turun ni..kaki sakit ni.” Kataku sambil memicit-micit kaki.Aril terus duduk di sebelahku.

“Meh sini kaki tu… ni mesti kes tak sabar-sabar nak turun ke bawahkan..rasa-rasa boleh jalan tak? Kalau tak boleh Aril boleh gendong..kat belakang.”kata Aril tersenyum.

“Boleh jalan tapi tunggu la kejap lagi.sakit ni.. rasa macam nak nangis woo.. sakit sangat.”Aril memicit kaki aku yang sakit.

“Kalau macam ni tak payahlah kita turun ke bawah..dah sakit macam ni macam mana.. karang lagi teruk.. apa Aril nak jawab dengan mak kalau dah balik nanti.” Aril bimbang kalau mak marah.

“Ish! Aril ni macam tak kenal pulak macam mana..takkan lah dia nak marah.. apalah Aril ni.” Aku ketawa melihat muka Aril yang cuak. Aku bangun, Aril cuba membantu aku dengan memenang ketiak aku. Kami naik semula ke atas.Niat untuk turun ke bawah terbatal macam tu saja.

Kami mengambil keputusan untuk meronda di sekitar Cameron dengan menaiki kereta sahaja.Jagung bakar yang masih panas kami nikamati sewaktu meronda-ronda memang sedap.Setiap kali aril keluar membeli aku pula hanya menunggu di dalam kereta dek kerana kaki yang sakit.Nasib baik Aril nak melayan aku yang banyak kerenah.Inilah masa aku kenakan dia setelah tiga tahun tak berjumpa.Sempat juga berposing bergambar dibeberapa lokasi yang kami singgah untuk kenang-kenangan.

Aku bercerita kepada Aril tentang Ezran.Aril mendengar semua cerita dari awal hingga Akhir sehinggakan kontrak tak rasmi antara aku dan Ezran aku ceritakan juga.Aril ketawa berdekah-dekah bila mendengar cerita aku.Aku meminta pendapat Aril adakah patut aku menerima Ezran dalam hidup aku. Melalui apa yang aku ceritakan Aril suka jika meneruskan hubungan aku dengan Ezran. Tapi aku seperti tawar hati hendak meneruskan hubungan dengan Ezran bila terkenangkan Elya.Aku faham perasaan Elya yang terlalu mencintai. Perlukah aku bukakan pintu hati aku ni? Tanyaku pada diri sendiri.

“Dia tau tak kita datang ke sini?” Tanya Aril.Soalannya mengejutkan aku.

“Tau..dah bagi tau dia semalam.” Kataku.

“Bimbang juga nanti gaduh pula bawa lari buah hati orang ke Cameron ni.”Aril ketawa kecil.

“Ish!!belum betul-betul declare lagi.. lagipun  kalau sebab ni pun nak gaduh.. ni dah kira kes cemburu buta… macam lagu kumpulan Angkasa Band.” Giliran aku pula ketawa kecil.

“Mana kita tahu hati orang..tapi tak pe kalau ada perkara berbangkit nanti.. bagitau Aril.. senang Aril nak settlekan.”  Serius muka Aril bercakap.

“Takkan punyalah… dah malam ni jomlah kita check-in hotel..Ros dah siap sewa dua bilik.”Aku dah terasa penat seharian memusing-musing di Cameron.

“Tak nak ke singgah beli apa-apa kat sini untuk mak?” Tanya Aril.

“Esok jelah dah penat ni..kaki pun sakit lagi ni.” Kataku.
*****
Dua minggu Ezran mendiamkan diri.Aku juga begitu pada telahan ku dia sibuk bekerja sepanjang dua minggu ini.Diana pun hairan biasanya hanphone aku sentiasa sibuk dengan sms yang aku terima dari Ezran.Cuma hari ini aku menerima sms dari Ezran menyuruh aku memasak dan mengemas rumahnya selepas waktu kerja.Dia memberitahu aku supaya aku menunggu dia balik ada hal yang hendak dibincangkan.Eloklah tu aku pun macam tu juga nak beritahu dia pasal Elya.

Aku mengaku dalam hati sudah ada bibit sayang dan rindu bila tak bersua.Setidak-tidaknya hari ini aku dapat melihat muka dia pun jadilah. Cuma aku tak mahu terlalu menunjukkan apa yang ada di dalam hati. aku mengajak Diana menemani aku memasak di rumah Ezran hari ini. Nasib baik Diana sudi temankan aku.Nanti tidaklah bibik menjadi mangsa menemani aku berbual sehinggakan kerja bibik tak menjadi.

“Diana perancangan majlis kawin macam mana?Semua beres ke?”Aku mula menyibuk bertanya.

“Semua dah beres..tapi hantaran mamcam biasa kau buatkan ye.. nanti masa aku kawin kau ajak la Ezran datang.”

“Pasal gubahan no problem… aku boleh settle. Tapi kena bayar service charge la.” Kataku tersengih memandang Diana yang sedang memandu.

“ Hai dengan aku pun nak kena bayar juga ke? Kalau macam ni kau pergi sorang jelah ke rumah Ezran..aku tak naklah temankan.” Gertak Diana.

“Mudahnya merajuk… aku gurau je.”Aku mencebik melihat muka Diana muram.

“Orang berdarah manis..biasalah sensitive.” Kata Diana membela diri.

“Cuba kau toreh sikit jari kau tu sampai berdarah..nak juga aku rasa darah kau manis sangat ke?” Kataku berseloroh.

“Kau ni memang suka membelit-belitkan ayat..malaslah nak layan kau.. sakit hati je.”

****
“Ros ni gambar sapa ni?” Ezran menghulurkan handphonenya kepadaku.Aku yang dari tadi duduk disebelah Diana terkejut dengan pertanyaan Ezran.Aku sambut handphone Ezran dengan berhati-hati.maklumlah handphone yang aku tak mampu nak beli. Terbeliak mataku melihat gambar aku bercuti di Cameron Highland bersama Aril di dalam Handpohone Ezran.

“Macam mana awak dapat gambar ni?” Soalan Ezran aku tak jawab sebaliknya aku pula membarikan soalan.Mana tidaknya macam mana gambar aku dan Aril sampai ke tangannya. Mesti dia pasang spy untuk mengintip aku. Aku tak suka jika diperlakukan begini.Diana hanya mendiamkan diri tanpa sepatah kata.Dari riak wajah dia nampak Diana bimbang berlaku sesuatu yang tak baik.

“Kenapa Diana muka cuak je..kau takut aku gaduh ke?” Aku tanya Diana depan Ezran.

“Macam nilah korang berbincanglah dulu aku keluar jap..nanti kalau dah settle telefon aku.” Diana meminta diri.Aku tahu Diana tidak mahu campur urusan peribadi aku. Yang si Ezran ni pulak macam manalah boleh dapat gambar aku ni. Seingat aku semasa di Cameron hari tu aku tak nampak pun dia.

“Kan saya dah bagitau awak yang saya nak ke Cameron dengan sepupu saya.Awak yang tak balas sms saya. Mak dan abah saya izinkan saya pergi..jadi saya pergilah. Kenapa pula awak macam tak puas hati.”Aku membuat penjelasan.Bibik tiba-tiba keluar dari dapur bila dengar kami bising-bising.

“Memang saya tak puas hati.saya tengok gambar-gambar ni buat hati saya panas je. Awak takkan tak tahu batasan..boleh je awak bergambar siap peluk-peluk bahu sepupu awak. Siap ada lagi adegan berpimpin tangan kat tangga ladang teh. Apa ni..saya percayakan awak.. tapi awak buat saya macam ni. Murahnya awak ni..dengan sepupu pun boleh jatuh hati.”Ezran tak dapat kawal perasaan.Bibik masih tercengang-cengang melihat kami berdua.

“Apa awak cakap?Murah? Hrmm… lain kali kalau nak menuduh biar berasas..saya pun tak sangka awak hantar spy suruh ikut saya.. lain kali kalau dah tahu saya murah.. awak carilah perempuan yang mahal. Terima kasihlah encik doktor!”Kataku terus keluar dari rumah Ezran tanpa mengucapkan selamat tinggal.

Aku berjalan kaki dalam kepekatan malam menuju kerumahku.Ezran mengejar aku dari belakang.Aku tak endahkan panggilannya.Apa yang terucap dibibir itulah hakikat bagiku. Dia menilai aku murah.Seharusnya dari awal lagi aku sedar siapa diri aku yang sememangnya tidak sepadan dengan Ezran. Aku berlari dengan  pantas supaya Ezran tidak dapat bersaing dengan aku.

Sangkaan aku meleset sama sekali, Ezran dapat menyaingi aku. Entah macam mana mungkin kaki aku yang terpelecok masa di Cameron masih belum pulih sepenuhnya aku terjatuh.Habis siku aku berdarah.Ezran mendapatkan aku.

“Ros kenapa awak lari? Saya minta maaf..saya tak dapat kawal perasaan saya tadi.. awak..” Kata Ezran sambil cuba membantu. Airmata aku dah mula mengalir kerana sakit akibat jatuh dan ditambah dengan sakit hati.

“Awak dah maki saya..senangnya awak nak minta maaf.. mudah sungguhkan. Dahlah tak payah bantu saya..saya boleh bangun sendiri. Selama ni pun saya boleh je hidup sendiri. Lagi satu, lepas ni tolonglah jangan mudah membuat andaian sendiri tanpa periksa. Perkataan murah yang awak keluarkan tadi adalah hinaan bagi orang kelas bawahan macam saya.”Aku berkata sambil menyapu darah disiku.

“Ros..jangan macam tu.. tolonglah memang salah saya.. cakap awak macam tu.. memang mulut saya ni teruk.. jahat.. saya tak patut cakap macam tu tadi..  pada mulanya saya nak kawal perasaan saya sebaiknya tapi saya tak boleh.” Ezran merayu. Dia cuba memegang tanganku tapi sempat aku merentap.

“Doktor… saya ni murah..murah sangat.. orang macam saya bersepah dekat pasar malam.. kat tepi kaki lima pun banyak.. carilah orang yang mahal setaraf dengan doktor.. lagi satu Elya tu cinta sangat dengan doktor.. dia jumpa dengan saya sebelum saya bercuti. Doktor balaslah cinta dia.”

“Tak..saya sayang awak sorang je.. tolonglah maafkan ketelanjuran apa yang dah saya cakap tadi.. tolonglah.”

Aku melangkah meninggalkan Ezran menuju ke taman tempat aku jogging kerana disitu ada jalan pintas balik kerumah sewa. Ezran masih tak berputus asa mengekori aku sambil meminta maaf berkali-kali.Aku yang berasa tidak selesa dengan Ezran berhenti seketika.

“Awak..untuk pengetahuan awak.. Aril tu sepupu saya..kami adik-beradik susuan dari kesik mak saya yang jaga dia sebab mak dia tak sihat lepas melahirkan dia.. kami tak batal air sembahyang.. tak boleh kawin.. jadi tak jadi masalahkan kalau kami bergambar macam tu. Dan untuk pengetahuan awak kaki saya terpelecok masa nak turun ke Ladang Teh. Disebabkan kaki saya yang cedera tu..Aril pimpinlah saya.”Aku memberi penjelasan.Terkedu Ezran mendengarnya.
******